Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
20 November tarikh keramat yang sentiasa akan diingat selagi nyawa dikandung badan. Permulaan 20 November ini bukan mudah seperti yang pernah dikongsikan dalam entri “pengorbanan seorang wanita“. Bukan semua wanita mampu melalui perjalanan hidup yang susah apabila mereka mempunyai pilihan yang lebih baik untuk keseronokan dunia apatah lagi kepada wanita yang mempunyai kerjaya dengan pendapatan ribuan ringgit.
Suami tak ikut cakap boleh jalanlah sebab dia ada pendapatan yang tinggi untuk menampung hidup dunia tanpa perlu melutut pada suami tapi wanita di sisi aku bukan begitu.
Ketika kawan-kawan merungut dengan berbagai masalah rumah tangga yang terlalu besar mereka rasakan, aku bersyukur dengan kehilangan anak sulong pergi untuk selamanya menjadi tetamu Allah lebih awal menjadi ingatan kepada aku dan isteri. Keperitan ketika kehilangan anak pertama pada 18 Mei hanya tuhan dan mereka yang pernah melalui dapat merasai tetapi hari ini keperitan itu menjadi ubat penyembuh berbagai penyakit hati.
Hari ini apabila Allah menguji dengan berbagai ujian pasti keperitan di awal perkahwinan dan kehilangan anak sulong akan menjadi pemujuk hati. Ujian tidak pernah akan lekang dari kehidupan manusia kerana itu janji Allah kepada hamba-NYA yang terpilih. Kami tidak pernah mengeloh dengan apa juga ujian ALLAH kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya apabila kita redho dan ikhlas menghadapi.
Jangan lari dari masalah kerana masalah akan terus menghambat kita dari belakang. Terima masalah dan ujian seadanya dengan redho dan tunggu ujian yang lain tetapi jangan lupa sentiasa berdoa semuga ALLAH memberi ujian yang termampu oleh kita sahaja.
Ada yang tanya bagaimana boleh bertahan bersahabat dan hidup bersama selama 25 tahun. Jangan kata kami tak pernah bergaduh, bermasam muka malah berkata kasar (terutamanya aku lah tu) … semua itu asam garam berumah tangga yang menjadikan kita lebih matang seiring dengan usia.
Tips rumah tangga yang paling penting yang kami amalkan adalah jangan merasa suami atau isteri itu milik kita sehingga dunia ini terlalu sempit. Suami atau isteri adalah milih ALLAH itu yang mesti kita sematkan dalam hati barulah terasa dunia ciptaan ALLAH sangat luas.
Dengan rasa suami bukan milih nya itu yang bolehkan aku mengembara keseluruh pelosok dunia melihat dunia ciptaan ALLAH. Aku juga bebas buat apa sahaja selagi ianya mengikut syariat Islam dan tak kurang selalu juga isteri menegur kalau dia melihat aku terlecong dari jalan yang lurus.
Biasalah bila kena tegur merah jugalah telinga tetapi bila difikir-fikirkan memang betul setiap teguran yang diberi pasti aku akan perbetulkan alignment diri. Sifat isteri yang tidak mengongkong adalah antara sebab kami masih kekal hingga sekarang walaupun melalui berbagai ujian. Sifat mengongkong akan hanya ada apabila kita merasai suami atau isteri itu milik kita.
Belum tentu suami yang sentiasa berada di depan mata menjadikan rumah tangga itu lebih bahagia. Bila isteri bagi kebebasan jangan pulak suami ambil kesempatan buat perkara tak baik. Pesanan Imam Syafie pasti boleh dijadikan pertunjuk.
[box type=”shadow”]Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat #
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah,
engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan # Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas. – Imam Syafie [/box]
Jangan mengharap kebahagian berumah tangga tapi carilah kebahagian dengan mengamalkan amalan yang telah ditunjukan oleh ALLAH. Hadapi setiap ujian berumah tangga dengan tulus dengan menjadi suami yang bertanggungjawab seperti telah digariskan oleh Al Quran dan menjadi isteri yang terbaik kepada suami.
ALLAH tidak pernah kejam pada hambanya kerana apabila kita sudah menjadi terbaik kepada pasangan pasti kita tidak dipersiakan. Kalau hari ini kita rasa dipersiakan oleh pasangan kita cubalah muhasabah apa kesilapan yang telah kita lakukan sebelum menyalahkan pasangan kita. Selagi bernyawa belum terlambat untuk memperbaiki diri untuk menjadi terbaik kepada pasangan dan paling penting yang terbaik di sisi ALLAH SWT.
[box type=”shadow”]Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). – Surah Al-Mulk ayat 15 [/box]
Memang benar pepatah Melayu “Susah-susah dahulu senang-senang kemudian” biar kita susah di dunia tapi senang di akhirat. Semuga kami terus dapat melayari bahtera kehidupan walaupun dirempoh badai dan taufan.
124 Comments
warna-warni kehidupan berumahtangga, kita hadapinya dengan redha kerana itulah takdir buat kita.
Curahan rasa ejam @ ..Isteri Disayangi Anak-anak Dikasihi.
setiap pasangan impikan rumahtangga yang bahagia♥
http://www.mrsfiza.com/2013/11/tips-rumah-tangga.html
Curahan rasa fiza @ ..Tips rumah tangga bahagia
Suami/Isteri adalah Anugerah, bukan Hak Milik..apa-apa pon, semoga kita semua mampu melayari bahterha perkahwinan hingga ke akhir hayat..
Curahan rasa JMR @ ..Tips Rumahtangga Bahagia
Biarlah menitis air mata ketika mengukir sebuah keluarga bahagia , biar akhir cerita tersenyum tawa berbahagia .
Curahan rasa Klinik Cinta @ ..Tips Rumah Tangga
Rumah tangga yang bahagia bermula dari dalam hati. Hati yang tidak bahagia membawa kepada kehancuran rumah tangga. Sama-sama berdoa agar diberikan nikmat rumah tangga yang bahagia hingga akhir hayat.
Curahan rasa Fadhil Husin @ ..5 Tips Rumah Tangga Terunggul
tahniah kerana dapat kekal sehingga ke hari ini. Kawan Sya pernah kata, bukan senang. Kena banyakkan bersabar lah.
Curahan rasa Sya Isya @ ..TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA | SALING MENGHARAP REDHA ILAHI
Pandangan dari ORANG BUJANG mengenai tips rumah tangga :-
http://hazmanfadzil.com/2013/11/20/tiga-tips-rumahtangga-yang-praktikal/
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..TIGA Tips Rumahtangga yang praktikal
Perkongsian yg cukup menarik buat pasangan muda macam ambe ni =)
Terima kasih tuan DH berkongsi tips rumahtangga…nak2 pesan imam syafie tu…
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Tips Rumah Tangga Pasangan Baru Kahwin
Dalam rumahtangga harus ada persefahaman..
http://www.melastikbintang.com/informasi/tips-rumahtangga-dari-melastik-bintang.html
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Tips Rumahtangga Dari Melastik Bintang
setuju…kalau tak, payah nak faham =)
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Tips Rumah Tangga Pasangan Baru Kahwin
Perkahwinan itu adalah kemalangan yang menggembirakan. Walaupun gaduh-gaduh kecil itu berlaku, ianya tetap memori manis yang untuk dikenang. Orang berkahwin ni, lepas bergaduh, baiknya tu seperti baru berkenalan dahulu. Macam bercinta semula pun ada. Hehe
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Pulang Disambut, Bahagia Orang Berkahwin
gua tak leh la wat. gua belum kahwin lagi. hoho..
Kongsilah pengalaman emak bapak yang tuan nampak bagus utk kami contohi.
pasal mak bapak..emm..ok gak tu. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia tewas dengan Qatar (0-1).
Comments are closed.