Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
20 November tarikh keramat yang sentiasa akan diingat selagi nyawa dikandung badan. Permulaan 20 November ini bukan mudah seperti yang pernah dikongsikan dalam entri “pengorbanan seorang wanita“. Bukan semua wanita mampu melalui perjalanan hidup yang susah apabila mereka mempunyai pilihan yang lebih baik untuk keseronokan dunia apatah lagi kepada wanita yang mempunyai kerjaya dengan pendapatan ribuan ringgit.
Suami tak ikut cakap boleh jalanlah sebab dia ada pendapatan yang tinggi untuk menampung hidup dunia tanpa perlu melutut pada suami tapi wanita di sisi aku bukan begitu.
Ketika kawan-kawan merungut dengan berbagai masalah rumah tangga yang terlalu besar mereka rasakan, aku bersyukur dengan kehilangan anak sulong pergi untuk selamanya menjadi tetamu Allah lebih awal menjadi ingatan kepada aku dan isteri. Keperitan ketika kehilangan anak pertama pada 18 Mei hanya tuhan dan mereka yang pernah melalui dapat merasai tetapi hari ini keperitan itu menjadi ubat penyembuh berbagai penyakit hati.
Hari ini apabila Allah menguji dengan berbagai ujian pasti keperitan di awal perkahwinan dan kehilangan anak sulong akan menjadi pemujuk hati. Ujian tidak pernah akan lekang dari kehidupan manusia kerana itu janji Allah kepada hamba-NYA yang terpilih. Kami tidak pernah mengeloh dengan apa juga ujian ALLAH kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya apabila kita redho dan ikhlas menghadapi.
Jangan lari dari masalah kerana masalah akan terus menghambat kita dari belakang. Terima masalah dan ujian seadanya dengan redho dan tunggu ujian yang lain tetapi jangan lupa sentiasa berdoa semuga ALLAH memberi ujian yang termampu oleh kita sahaja.
Ada yang tanya bagaimana boleh bertahan bersahabat dan hidup bersama selama 25 tahun. Jangan kata kami tak pernah bergaduh, bermasam muka malah berkata kasar (terutamanya aku lah tu) … semua itu asam garam berumah tangga yang menjadikan kita lebih matang seiring dengan usia.
Tips rumah tangga yang paling penting yang kami amalkan adalah jangan merasa suami atau isteri itu milik kita sehingga dunia ini terlalu sempit. Suami atau isteri adalah milih ALLAH itu yang mesti kita sematkan dalam hati barulah terasa dunia ciptaan ALLAH sangat luas.
Dengan rasa suami bukan milih nya itu yang bolehkan aku mengembara keseluruh pelosok dunia melihat dunia ciptaan ALLAH. Aku juga bebas buat apa sahaja selagi ianya mengikut syariat Islam dan tak kurang selalu juga isteri menegur kalau dia melihat aku terlecong dari jalan yang lurus.
Biasalah bila kena tegur merah jugalah telinga tetapi bila difikir-fikirkan memang betul setiap teguran yang diberi pasti aku akan perbetulkan alignment diri. Sifat isteri yang tidak mengongkong adalah antara sebab kami masih kekal hingga sekarang walaupun melalui berbagai ujian. Sifat mengongkong akan hanya ada apabila kita merasai suami atau isteri itu milik kita.
Belum tentu suami yang sentiasa berada di depan mata menjadikan rumah tangga itu lebih bahagia. Bila isteri bagi kebebasan jangan pulak suami ambil kesempatan buat perkara tak baik. Pesanan Imam Syafie pasti boleh dijadikan pertunjuk.
[box type=”shadow”]Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat #
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah,
engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan # Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas. – Imam Syafie [/box]
Jangan mengharap kebahagian berumah tangga tapi carilah kebahagian dengan mengamalkan amalan yang telah ditunjukan oleh ALLAH. Hadapi setiap ujian berumah tangga dengan tulus dengan menjadi suami yang bertanggungjawab seperti telah digariskan oleh Al Quran dan menjadi isteri yang terbaik kepada suami.
ALLAH tidak pernah kejam pada hambanya kerana apabila kita sudah menjadi terbaik kepada pasangan pasti kita tidak dipersiakan. Kalau hari ini kita rasa dipersiakan oleh pasangan kita cubalah muhasabah apa kesilapan yang telah kita lakukan sebelum menyalahkan pasangan kita. Selagi bernyawa belum terlambat untuk memperbaiki diri untuk menjadi terbaik kepada pasangan dan paling penting yang terbaik di sisi ALLAH SWT.
[box type=”shadow”]Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). – Surah Al-Mulk ayat 15 [/box]
Memang benar pepatah Melayu “Susah-susah dahulu senang-senang kemudian” biar kita susah di dunia tapi senang di akhirat. Semuga kami terus dapat melayari bahtera kehidupan walaupun dirempoh badai dan taufan.
124 Comments
semoga tuan sekeluarga berbahagia hingga ke syurga.
Curahan rasa sohoque @ ..Jujur Dengan Pasangan Menjamin Kerukunan Rumahtangga
Saya ucapkan tahniah terlebih dahulu atas hubungan yang utuh Denaihati bersama pasangan selama 25 tahun. Bukan mudah dalam mengharungi dugaanNya, namun ia menjadi kayu pengukur sejauh mana kita berpegang teguh pada ajaranNya. Kami juga diuji dengan anak sulung kami mengidap penyakit Leukemia dan di sini kami mula melihat kehidupan dari perspektif yang lain. Segala-galanya adalah kurniaNya dan kita harus bersyukur dan tabah menghadapinya.
Siap updated by phot sbb tgh keje. Photo akn diupdate petang nnti .
Terima kasih
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Tips Rumah Tangga
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kali ke 25 🙂
Semoga bahagia selaluuu !
Curahan rasa Galah Panjang @ ..Tips Rumah Tangga – Mencari kebahagiaan hidup bersama
Belum sampai anniversary yg ke 25 lagi. 25 tu tahun keseluruhan persahabatan kami.
nak buat entri jugalah…
selamat sejahtera buat semua
😀
Suatu perkongsian pengalaman rumahtangga yang cukup menarik dan sesuai untuk dijadikan nasihat.
Curahan rasa hatiputera @ ..Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2014
Al-Fatihah buat arwah , semoga beliau tergolong di kalangan mereka yang beriman…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..Pertama Kali Bercuti ke Cameron Highland
Entri tips rumah tangga.. Boleh jugak kongsikan kat blog.. Nanti nak tulis..
Selamat ulangtahun!! 😀
Curahan rasa Anarm @ ..Misteri Rumah Hantu Villa Nabila
Peh..mendalam sungguh entri ni..semoga yang baik jadi ikutan ramai. Aminnn.
Yang last tu memang best..time untuk perah otak.
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Rezeki Tersepak
Wowww!! kena berkongsi tips ye.. hmmm akan dipertimbangkan..
dan terima kasih sebab sudi berkongsi dengan kami perjalanan tuan suami isteri 😉
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pertama kali jumpa TIRAM (Oyster)
Baca sampai habis …. rupanya ada perkara menarik untuk pembaca blog nie rupanya…..
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Baca Kisah Villa Nabila bersama CHICKEN PASTA KENNY ROGERS
Selamat ulangtahun… banyak kisah dan cerita rumah tangga.. yang manis. Yang pahit. Semua ditelan.. sama rasa..
Curahan rasa KiD @ ..Syair Imam Syafie Untuk AHMAD AMMAR
Ujian Allah tu datang bersebab. Mungkin nak bagi kita ingat kat dia dan mungkin nak uji sejauh mana keimnanan kita 🙂
Curahan rasa Bean Moreno @ ..ACQ | Bakal Ke Bayern Munich Punca Malaysia Kalah Kepada Qatar 1-0
Comments are closed.