Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak ke belakangan ini isu Status Halal Jakim menjadi bualan di sosial media dari isu status Frankfurter Ramly, status Halal Meatball IKEA, status Halal Secret Recipi dan Bir Arab, status Halal restoran Nando’s dan paling panas status Halal Kopitiam di Malaysia sehingga kepada status Halal coklat pepero. Rakyat Malaysia begitu perihatin dengan isu halal haram dan sentiasa mencari informasi dengan menyemak Status Halal Jakim secara online dan SMS.
Tahukah anda sejarah Status Halal di Malaysia bermula pada tahun 1972 apabila Kerajaan telah mengujudkan Akta Perihal Dagangan 1972 dengan memperkenaklan Surat Halal pada tahun 1974. Penggunaan Sijil Halal hanya mula diperkenalkan pada tahun 1994 yang diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 2008 kuasa memberi sijil halal telah diserahkan kepada Halal Development Corporation (HDC) yang kemudian diserah kembali kepada JAKIM pada tahun 2009.
[box type=”shadow”]Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman – Al Maidah ayat 88[/box]
Dari maklumat yang aku dapat dari 1972 sehingga sekarang pengusaha atau syarikat TIDAK DIWAJIBKAN untuk memohon sijil halal untuk produk atau permis mereka. JAKIM juga tidak ada kuasa untuk memeriksa status halal produk yang diimport dari luar negara. Ini yang ramai keliru dengan menyalahkan JAKIM tidak membuat serbuan kilang atau restoran atau menyekat produk dibawa masuk ke Malaysia yang tidak mempunyai Sijil Halal. JAKIM dan agensi yang berkenaan hanya mempunyai kuasa untuk memeriksa produk dari luar negara yang mempunyai label halal kerana hanya produk yang mempunyai label halal yang dibenarkan JAKIM sahaja dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia.
Yuran untuk memohon Sijil Halal tidaklah mahal sangat hanya RM100 untuk satu produk, RM100 untuk satu premis restoran dan RM100 untuk satu dapur hotel, untuk kadar yang lain boleh semak di yuran sijil halal JAKIM. Sijil Halal akan diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pembayaran yuran dibuat setelah semua dokumen dan syarat pensijilan telah dipatuhi. Masalah yang berlaku banyak pengusaha menggunakan orang tengah dengan bayaran yuran yang sangat mahal sehingga mencecah belasan ribu ringgit sedangkan sebenarnya pengusaha boleh memohonan Sijil Halal secara online di website e-Halal Jakim dengan kos yang sangat murah. Kepada pengusaha baguslah memohon sijil halal kerana menjadi satu kesalahan besar kepada pengusaha kilang, hotel dan restoran menipu logo Halal dan akan berdepan dengan hukum berat.
Pensijilan Halal JAKIM melalui berbagai peringkat dan audit yang sangat ketat dengan menggunakan makmal Jabatan Kimia Malaysia yang mempunyai akreditasi yang diiktiraf dunia untuk menganalisa produk, jadi dari sudut saintifiknya tidak sepatutnya pengguna meragui status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Sebelum ini beberapa kali JAKIM telah menjawab beberapa isu produk yang diragui sijil halalnya seperti isu halal McDonald, Starbuck dan Secret Recipi. Paling terbaru pengguna masih ragu dengan status halal coklat cadbury walaupun sudah disahkan halal oleh JAKIM. JAKIM hanya menarik sementara sijil halal Cadbury untuk siasatan dan bukannya dibatalkan.
[box type=”shadow”]Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)[/box]
Terdapat ramai pengguna yang tidak yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk tertentu contohnya Cadbury dan yakin pulak status halal produk yang lain. Pada pendapat aku soal halal haram makanan ini sangat sensitif apabila kita tidak mengiktiraf status halal JAKIM pada suatu makanan tertentu maka ini bermakna kita juga tidak mengiktiraf semua makanan lain yang menggunakan status halal JAKIM. Kita tidak boleh terlalu emosi dalam status halal sesuatu produk tanpa membuat menyelidikan dengan hanya bergantung pada informasi wassap dan facebook tanpa pengesahan. Sebarang persoalan dan maklumat atau keterangan isu status halal JAKIM, bagus kita terus hubungi Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 atau terus datang ke pejabat untuk penjelasan.
Blog Denaihati akan terus menulis dan berkongsi informasi yang berkaitan dengan Status Halal makanan untuk rujukan pembaca.
84 Comments
Bagus rakyat Malaysia sangat sensitif dengan isu halal ini.. Tapi kadang2 kebanyakannya terlalu emosi juga apabila berlaku humors tertentu. Selain daripada sijil halal Malaysia, JAKIM juga mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh negara-negara luar yang masuk ke Malaysia. Semuanya kite boleh cek kt web JAKIM, negara manakah yang diiktiraf sijil halalnya..
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Jerawat Sebelum Majlis Persandingan
memang sering mendatangkan subhat jika tak ada logo halal tapi kalau ada statusnya jadi tenang deh
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
Ada logo halal yang asli dari jakim insya Allah halal. Kalau was was lebih baik tinggalkan
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
lebih baik kita ertanya kepada pihak yang dupertanggungjawabkan..sebab itu tugas mereka..takkna mereka nak main-main dalam isu yang sesnsitif seperti ini
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
sapa tak ragu-ragu dalam satu-satu pemakanan takut jadi yg lain pulak..bagus juga ada entry mcm ni sekurangnya dpt juga ilmunya
Curahan rasa adna2029 @ ..[East Coast Flood Victims] Donate Now
Perkara status ke-halal-an produk sungguh amat penting, jangan sampai membuat orang menjadi ragu,..
Curahan rasa Zainul Hal @ ..Hinaan Membawa Berkah
Status halal memang selalu membawa keraguan kalau sudah status yang jelas meski tak ada keraguan
kot takde logo halal Jakim memang tak kubeli! Kot nak beli barang makan, belek dulu sampai nampak logo..
Curahan rasa faezah @ ..Siapa nak kulit cantik dalam masa kurang dari sebulan, malah tak sampai 3 minggu pun?
sikap terbaikk jangan sampai masuk kedalam perut kita barang yang tak halal besar dosanya
Saya sangat setuju. Bila halal jakim, entah kepana orang pertikaikan. Padahal kat luar selamba je makan “chicken ham”, tak boleh terima lagi perkataan “ham”. Tetap terbayang daging babi. Aha
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Terima kasih untuk informasinya sangat bermanfaat dan memberikan pengetahuan baru bagi para pembacanya, sukses terus gan
Terima kasih atas perkongsian info ini. Sebagai seorang muslim, wajib kita ambil tahu tentang halal haram ini.. Bukan perkara kecil.
Curahan rasa Fatimah @ ..PETUA KURUS, LANGSING DAN SIHAT SECARA SEMULAJADI
label halal sangat penting untuk kum muslim..nice post terimakasih sharing nya 🙂
Serahkan isu halal ini kepada pihak yang bertanggungjawab. InsyaAllah mereka telah dan akan melaksanakan seperti yang sepatutnya 🙂
Curahan rasa ila Fyra @ ..Masalah Alahan Laktosa dan Susu Lembu Yang Boleh Membahayakan Kanak-Kanak
isu ini memang sensitif kerana status halal jangan dipermain-mainkan.Ianya berkaitan dengan agama.
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..VIDEO TESTIMONI PENGGUNA YANG PULIH SETELAH 7 TAHUN DERITA JERAWAT TERUK
saya setuju, isu halal bukan nya main-main. isu yg sangat berat. rasa geram ja pada syarikat yg mempergunakan logo halal, seolah-olah tak fikir sensitiviti rakyat malaysia yg lain
Curahan rasa nazra @ ..Cara Mudah Untuk Hilangkan Kulit Kusam, Kesan Sunburn dan Gelap!
Saya setuju bro Denaihati. Kawan saya katakan pada saya jangan ragu pada status halal Malaysia. Beliau menceritakan pengalaman rakan beliau memohon sijil halal sangat ketat. Tempoh masa lama dan banyak benda yang kena check. Bukan mudah nak dapat. Dengan proses yang ketat, halal Jakim telah memainkan peranan untuk memberikan sijil halal kepada yang layak. Mereka halal jakim telah buat kerja mereka. Kita sebagai orang awam x perlu nak pening kepala. Janji ada cop halal sudah ok. Tp pastikan logo tu sah la. Kalau dalam sistem jakim kata halal, maka halal lah
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Panduan Belajar Bahasa Arab Dari Rumah
kalau ada jaminan dari pemerintah maka kita harus yakin dengan pemerintah
Comments are closed.