Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak ke belakangan ini isu Status Halal Jakim menjadi bualan di sosial media dari isu status Frankfurter Ramly, status Halal Meatball IKEA, status Halal Secret Recipi dan Bir Arab, status Halal restoran Nando’s dan paling panas status Halal Kopitiam di Malaysia sehingga kepada status Halal coklat pepero. Rakyat Malaysia begitu perihatin dengan isu halal haram dan sentiasa mencari informasi dengan menyemak Status Halal Jakim secara online dan SMS.
Tahukah anda sejarah Status Halal di Malaysia bermula pada tahun 1972 apabila Kerajaan telah mengujudkan Akta Perihal Dagangan 1972 dengan memperkenaklan Surat Halal pada tahun 1974. Penggunaan Sijil Halal hanya mula diperkenalkan pada tahun 1994 yang diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 2008 kuasa memberi sijil halal telah diserahkan kepada Halal Development Corporation (HDC) yang kemudian diserah kembali kepada JAKIM pada tahun 2009.
[box type=”shadow”]Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman – Al Maidah ayat 88[/box]
Dari maklumat yang aku dapat dari 1972 sehingga sekarang pengusaha atau syarikat TIDAK DIWAJIBKAN untuk memohon sijil halal untuk produk atau permis mereka. JAKIM juga tidak ada kuasa untuk memeriksa status halal produk yang diimport dari luar negara. Ini yang ramai keliru dengan menyalahkan JAKIM tidak membuat serbuan kilang atau restoran atau menyekat produk dibawa masuk ke Malaysia yang tidak mempunyai Sijil Halal. JAKIM dan agensi yang berkenaan hanya mempunyai kuasa untuk memeriksa produk dari luar negara yang mempunyai label halal kerana hanya produk yang mempunyai label halal yang dibenarkan JAKIM sahaja dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia.
Yuran untuk memohon Sijil Halal tidaklah mahal sangat hanya RM100 untuk satu produk, RM100 untuk satu premis restoran dan RM100 untuk satu dapur hotel, untuk kadar yang lain boleh semak di yuran sijil halal JAKIM. Sijil Halal akan diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pembayaran yuran dibuat setelah semua dokumen dan syarat pensijilan telah dipatuhi. Masalah yang berlaku banyak pengusaha menggunakan orang tengah dengan bayaran yuran yang sangat mahal sehingga mencecah belasan ribu ringgit sedangkan sebenarnya pengusaha boleh memohonan Sijil Halal secara online di website e-Halal Jakim dengan kos yang sangat murah. Kepada pengusaha baguslah memohon sijil halal kerana menjadi satu kesalahan besar kepada pengusaha kilang, hotel dan restoran menipu logo Halal dan akan berdepan dengan hukum berat.
Pensijilan Halal JAKIM melalui berbagai peringkat dan audit yang sangat ketat dengan menggunakan makmal Jabatan Kimia Malaysia yang mempunyai akreditasi yang diiktiraf dunia untuk menganalisa produk, jadi dari sudut saintifiknya tidak sepatutnya pengguna meragui status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Sebelum ini beberapa kali JAKIM telah menjawab beberapa isu produk yang diragui sijil halalnya seperti isu halal McDonald, Starbuck dan Secret Recipi. Paling terbaru pengguna masih ragu dengan status halal coklat cadbury walaupun sudah disahkan halal oleh JAKIM. JAKIM hanya menarik sementara sijil halal Cadbury untuk siasatan dan bukannya dibatalkan.
[box type=”shadow”]Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)[/box]
Terdapat ramai pengguna yang tidak yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk tertentu contohnya Cadbury dan yakin pulak status halal produk yang lain. Pada pendapat aku soal halal haram makanan ini sangat sensitif apabila kita tidak mengiktiraf status halal JAKIM pada suatu makanan tertentu maka ini bermakna kita juga tidak mengiktiraf semua makanan lain yang menggunakan status halal JAKIM. Kita tidak boleh terlalu emosi dalam status halal sesuatu produk tanpa membuat menyelidikan dengan hanya bergantung pada informasi wassap dan facebook tanpa pengesahan. Sebarang persoalan dan maklumat atau keterangan isu status halal JAKIM, bagus kita terus hubungi Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 atau terus datang ke pejabat untuk penjelasan.
Blog Denaihati akan terus menulis dan berkongsi informasi yang berkaitan dengan Status Halal makanan untuk rujukan pembaca.
84 Comments
satu produk yang tidak pernah mendapat sijil halal JAKIM tapi masih ramai orang Islam membelinya ialah ROKOK. huhuhu.. berhentilah merokok wahai umat Islam! anda menyumbang $$ kepada orang yahudi jika membeli rokok, dan anda meragut kesihatan anda dan orang lain kerana merokok.
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Sayangkan Suami? Cara Cepat Berhenti Merokok tanpa Dia Sedar!!
sangat setuju…merokok memang bahayakan diri dan orang lain.stop merokok dan simpan duit..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Samsung Galaxy S6
masih banyak produk makanan diluar menempelkan logo halal JAKIM yang palsu.
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Idea Menyambut Hari Jadi yang Tak Mainstream
kisah makanan dan halal sering diperkatakan di laman sosial sekarang. benda ni sebenarnya tidak ditimbulkan sangat cuma apabila kita teremosi lebih dengan perkara ni, semua nak kata makanan tu haram atau tidak, boleh jatuh talak 3 kalau terlalu emosi tahap gila.
yeop tau benda ni perlu diselidik terlebih dahulu, dan macam biasalah. orang lain sebar orang lain buat kerja.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Yeaaa! Gembira Akhirnya!
Sebelum membeli, kena check dulu logo Halal. Contoh macam teh hijau @ oolong. Made in China, takde tanda halal… ragu-ragu nak beli…
Curahan rasa Fatihah Salleh @ ..Tidur tak cukup punca berat badan naik
Sekarang senang, apa saja yang meragukan , kita boleh cek sendiri via sms. Makanan halal & haram ni amat perlukan penilitian teliti dan perlu dipandang serius.
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Demam Tapi Tak Nak Makan Ubat
mcm boleh buat sekarang ni kan lagi2 dunia semakin canggih logo palsu pun mcm sama dgn yg asli dari jakim..
Curahan rasa adna2029 @ ..1st Giveaway by Ibu Zarith.
itula yang peliknya.. status halal jakim yg lain boleh pulak terima…akibatnya bila cepat terpengaruh dgn media sosial…
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Amway bukan perniagaan cari orang
Bukan sengaja nak diragui kot tapi dah macam-macam benda berlaku. Contohnya macam di restorang India Muslim. Logo halal terpampang merata-rata tapi realitinya yang masak dan hidang makanan bukan muslim. Tu yang masalahnya.
Curahan rasa Jep Wan @ ..Index Laman Web Anda Dengan Pantas Menggunakan ‘Fetch as Google’
Boleh semak online, in Sha Allah boleh dengan mudah tahu mengenai status sebenar.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Lazada Malaysia Makin Melampau
bila dah was-was terus tinggalkan dah cadbury.
pilihan ditangan kite. ritu pon tibe2 je ada isu halal cadbury kan.
Curahan rasa Leyha @ ..Cara buang angin dalam badan
Isu halal Cadbury dah settle dah …. kan ada tulis dalam entri ni .. hoho …:P
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..16 Video Formula Pemasaran Affiliate Menerusi Facebook
mungkin mereka terkejut dengan apa yang berlaku. sebab product lain tiada isu berkenaan dengan status kandungan.
Curahan rasa Bistari Corner @ ..E-Book Percuma : 5 Tips Perahan Susu Ibu
seharusnya itu semua makanan haram di musnahkan beserta pabrik nya
setuju dengan ayat jangan mudah percaya dengan informasi yang viral ni..kebanyakannya belum tentu lagi betul, jangan percaya dulu sampailah dapat clarification yang jelas..kalau dah rasa yakin dengan penjelasan boleh je continue makan, kalau rasa was-was baik jangan makan.. 🙂
Curahan rasa faezah @ ..Nak dapatkan kulit cantik dengan cara paling senang?
Percaya kepada pakar dan tahu selok belok hal ini atau dengan orang yang hanya terima cakap2 orang lain yang tak tahu latar … pilihan di tangan sendiri.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014
status halal ni memang menjadi isu sensitif..ye la soal makanan yang nak jadi darah daging kita kan..insya allah..JAKIM menjalankan tugas mereka dan kita perlu yakin.
Curahan rasa linie @ ..Kenapa kulit makin kusam bila usia meningkat
harapnya dalam isu halal haram ni tiada mainan sorok duit kat belakang la.
kita memang bergantung pada Jakim saja untuk yakin
Curahan rasa maria @ ..Petua Besarkan Payudara Tanpa Suntikan Elak Rasa Rendah Diri Pada Suami
Dah trauma nak makan produk Cadbury. Dah jadi was-was. Baik tinggalkan.
Curahan rasa En Zac @ ..Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
kita nama je negara islam, tapi banyak gunakan produk bukan islam
samalah saya pun.masih lagi waswas setakat hari ini.
nasib baik saya bukan penggemar coklat.
cuma pada anak2 kena fahamkan betul2 walaupun mereka masih kecil
Curahan rasa maria @ ..Cara Hilangkan Jerawat Dan Bintik Hitam Pada Wajah Supaya Ralit Dipandang Suami
Comments are closed.