Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “selamat hari guru jasa mu tidak terhitung“. Kali ini Abang nak berkongi ilmu soal jawab solat jamak untuk kaki travel.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebaik sahaja keluar dari Surau Al Ikhlas Bukit Belimbing Balakong, sahabat abang kata “macam silap je Ustaz Ridwan tu, yang lima hari kenapa pulak tak boleh jamak?”
Abang kata ilmu yang Ustaz Ridwan kongsi tentang solat jamak sama dengan apa yang abang faham. Kalau kita sudah niat nak duduk kampung lima hari iaitu dah tahu bila nak balik makanya kita tak boleh jamak, yang boleh jamak masa perjalanan pergi dan balik je.
Sahabat abang merungut lagi, tu yang keliru. kan kita ada masa safar pergi dan balik. Macam lain je ustaz ni ajar. Abang kata itu kalau kita nak balik tiga hari, yang ustaz tu cerita kalau lima hari.
Sahabat tu berlalu sambil berkata “pening, pening, pening”
Sebenarnya ramai lagi yang masih keliru bab solat jamak ni.
Berikut sedikit soal jawab solat Jamak yang Abang catat daripada tazkirah Ustaz Ridwan mengikut kefahaman imam Shafie yang beliau faham untuk nota Abang sendiri.
Solat Jamak Qasar takdim dan takhir
- Solat Jamak Qasar adalah gabungan dua solat yang dipendekkan apabila cukup syarat dua marhalah. Jarak dua marhalah untuk imam Shafie adalah perjalanan 91 KM atau lebih.
- Solat jamak qasar Zuhur dan Asar maksudnya gabungkan dengan dipendekkan kepada dua rakaat untuk kedua-dua solat. Boleh di Jamak Qasar taqdim yang mengabungkan solat zuhur bersama solat asar dan jamak qasar takhir yang mengabungkan solat asar bersama solat zuhur.
- Solat jamak qasar Maghrib dan Isyak maksudnya gabungkan dengan dipendekkan kepada dua rakaat untuk solat Isyak dan kekalkan tiga rakaat solat maghrib. Boleh di Jamak Qasar taqdim yang mengabungkan solat maghrib bersama solat isyak dan jamak qasar takhir yang mengabungkan solat isyak bersama solat maghrib.
- Untuk solat jamak qasar takhir asar dan zuhur, kita boleh dahulukan solat zuhur kemudian solat asar atau solat asar dahulu kemudian solat zhur.
- Untuk solat jamak qasar takhir isyak dan maghrib, kita boleh dahulukan solat maghrib kemudian solat isyak atau solat isyak dahulu kemudian solat maghrib.
Solat Jamak Musafir kurang tiga hari
Kita dibolehkan solat jamak apabila bermusafir kurang daripada tiga hari walaupun kita sudah tahu bila nak balik. Contohnya hari 1 perjalanan, hari 2 musafir, hari 3 musafir, hari 4 musafir dan hari 5 perjalanan balik.
Solat Jamak musafir lebih tiga hari apabila sudah ada niat bila nak balik
Kita tidak bolehkan solat jamak apabila bermusafir lebih daripada tiga hari apabila kita sudah tahu bila nak balik. Contohnya hari 1 perjalanan, hari 2 musafir, hari 3 musafir, hari 4 musafir, hari 5 musafir dan hari 6 balik. Kita hanya boleh jamak dalam perjalanan pergi dan dalam perjalanan balik. Kita tidak boleh jamak apabila sudah sampai ke lokasi musafir juga tidak boleh jamak pada hari 2, 3, 4 dan 6.
Niat Jamak Taqdim Empat Rakaat
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
Solat Jamak musafir lebih tiga hari apabila tiada niat bila nak balik
Kita bolehkan solat jamak apabila bermusafir lebih daripada tiga hari dan tidak tahu bila nak balik. Contohnya hari 1 perjalanan, hari 2 musafir, hari 3 musafir, hari 4 musafir, hari 5 musafir, hari 6 musafir dan lagi, lagi tidak tahu bila nak balik mungkin kerana menjaga keluarga sakit atau menunggu arahan bos kerana bekerja di luar kawasan. Kita boleh jamak semua solat sehingga 18 hari. Selepas 18 hari tidak boleh jamak lagi.
Niat Jamak Taqdim Beserta Qasar
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
Solat jamak apabila sudah sampai rumah lebih awal
Kita solat jamak taqdim zuhur atau maghrib kerana sudah bermusafir lebih dua marhalah tapi sampai rumah awal sebelum masuk masuk waktu asar atau isyak. Adakah perlu ulang solat asar atau isyak. Ustaz kata tak perlu sebab kita sudah cukup syarat bermusafir lebih dua marhalah.
Solat jamak tapi berpatah balik
Niat hati nak bermusafir melebihi dua marhalah maka dalam perjalanan belum cukup dua marhalah kita pun solat jamak. Selepas solat terpaksa berpatah balik ke rumah sebab jalan sangat-sangat jem ada kemalangan atau ada sebab-sebab lain. Apa status solat jamak kita. Ustaz kata kena ulang balik kedua-dua solat mengikut waktu yang sebenar apabila sampai rumah.
Solat jamak bersama imam solat biasa
Dalam musafir, kita singgah di Masjid ketika jemaah sedang solat berjemaah. Ramai musafir akan solat sendiri kerana fikir orang berniat jamak tak boleh solat bersama dengan jemaah biasa. Ustaz kata kita boleh solat bersama jemaah biasa dengan niat jamak dan ikut rakaat yang mereka solat kemudian solat yang kedua kita solat sendiri dan qasarkan.
Niat Jamak Takhir Empat Rakaat
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah
Paling kritikal di surau RnR highway masing-msing solat sendiri dan kekadang ada beberapa jemaah solat serentak asalan niat jamak. Kalau mereka faham sebenarnya tak salah untuk solat bersama yang penting niat kita jangan fikirkan niat imam yang kita ikut.
Solat jamak di kampung
- Kita duduk Kuala Lumpur balik kampung contoh di Gemas yang jarak lebih dua marhalah maka tak ada masalah untuk solat jamak dengan syarat seperti kurang tiga hari atau lebih tiga hari ikut niat.
- Kita duduk Kuala Lumpur sudah berniat daripad awal bila pencen nak duduk kampung sebab di KL kos mahal dan sebagainya. Ustaz kata bila balik kampung walaupun sehari, walaupun lebih dua marhalah tidak boleh jamak sebab kita sudah meniat nak duduk kampung.
Teringat pesan mudir madrasah tahfiz An Nur, anak-anak yang bersekolah dimadrasah walaupun sudah bertahun bila balik rumah tidak boleh jamak kerana rumah adalah tempat bermastautin.
Niat Jamak Takhir Beserta Qasar
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah
Niat solat jamak takhir
Kita mesti niat solat jamak takhir pada waktu awal waktu untuk layak buat jamak takhir. Kalau tidak ada niat ustaz kata tak boleh jamak takhir dan mesti di qada kan solat tersebut.
Ini antara catatan soal jawab solat jamak yang Abang faham, kalau ada kekeliruan sila rujuk ustaz terdekat. Abang memang suka bermusafir jadi kena faham kaedah yang betul solat jamak imam shafie dan bagus juga kalau boleh faham cara imam-imam lain supaya kita tidak keliru. Kepada yang terlepas nak baca kisah kembara sila klik Kembara Denaihati.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
22 Comments
Bab solat jamak dan qasar ni memang selalu je confuse dan bila confuse saya solat je macam biasa ikut rakaat asal.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..EXA Global SetiaWalk Outpost – Let’s Explore into the Dimension 12 of Hyper-Reality Entertainment!
Kalau jarang buat, sebaiknya memang kena faham betul-betul cara solat jamak. Dikhuatiri sia-sia pulak nanti. Biasanya kalau dah ready nak bermusafir, memang dah recall balik ilmu solat jamak ni.
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
info yang sangat bagus dan bermanfaat..
boleh dirujuk jika kita dalam keadaan musafir
Curahan rasa mrhanafi @ ..Minyak Wangi Paling Wangi Siapa Punya
Alhamdulillah kemudahan dari Allah swt bagi musafir,,subhanallah DH walaupun jalan jalan keluar negeri tetap tidak meninggalkan sholat.
Curahan rasa Ade Sunandar @ ..Tasly Margarita Plus Capsule Tasly
Alhamdulillah, panduan begini memang perlu ditampilkan selalu sebagai rujukan bersama.. tak dinafikan masih ramai yang keliru.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Tempahan Baju Crew KFC Batu Gajah
Assalamualaikum…
1. Kalau nak solat jamak takhir, kita kena niat nak jamak takhir sebelum habis waktu zohor atau maghrib kan?
2. Kalau jamak taqdim pulak, kita nak kena niat jugak ka nak jamak solat asar atau isyak sebelum kita habis solat zohor atau magrib?
mungkin keliru sebab jarang buat. tapi kalu nak travel wajib baca panduan solat jamak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
saya biasanya membawa buku panduan solat jamak jika sudah keliru..
lebih lebih lagi semasa dalan keadaan musafir..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Kek Coklat Paling Nyaman
Kalau jamak 5 hari sekali gus, barang kali nanti ada yang lupa waktu solat sebab jaraknya terlalu lama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
Bukan sebab lupa tapi cara yang betul ikut niat bermusafir. Jangan silap sebab bila silap tak sempurna solat fardu kita.
Curahan rasa denaihati @ ..Ibu muda ini dijemput untuk reka kreatif tshirt untuk kempen Donald Trump
Terkadang kita ni nak musafir tetapi dah tahu bila nak balik, so niat musafir tadi dah tak boleh dijamakkan bila sampai ke tempat yang dituju.
Itulah penting NIAT kan.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Ada kemungkinan juga tu.
Biasalah manusia ni kan, bila diberi kemudahan tu memang cepat lupa
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
Comments are closed.