Anak-anak bising ketika Khutbah Jumaat

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap kali Jumaat setiap kali pasti kita akan melihat anak-anak yang berlari sana sini sambil buat bising ketika katib sedang berkhutbah. Aku sering terfikir siapa sebenarnya yang salah apabila anak-anak ini tidak tahu tertib masjid terutama ketika khutbah dibaca.

Teringat aku kisah berpuluh tahun yang lepas. Ketika itu aku masih bersekolah rendah, ketika sembahyang Jumaat beberapa teman dibelakang aku buat bising dan tak semena-semena abah aku datang dan lempang aku kerana katanya aku buat bising. Teman aku yang buat bising terus senyap tak terkata apa-apa. Ketika itu aku rasa sungguh kecewa. Sekarang setelah aku ada anak baru aku faham kenapa abah buat begitu. Sudah pasti kita rasa tidak selesa apabila orang buat bising ketika katib berkhutbah tetapi tak akan nak tegur anak orang sedangkan ayahnya yang ada disitu pun buat selamba sahaja. Jadi rupanya tindakan abah tu sebenarnya bertujuan untuk menegur teman-teman aku yang buat bising.

masjidil haram mekah

Anak-anak bising ketika khutbah Jumaat biasa tapi yang lebih malang bila pak cik yang dah beruban pun sibuk berbual kisah dunia ketika katib berkhutbah. Semua ini berlaku kerana kurang ILMU sebenarnya. Tujuan untuk ke masjid baik tetapi kerana tidak tahu adab masjid maka semuanya menjadi sia-sia sahaja.

Nota : sepotong hadith yang antara lain mafhumnya: “ Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.

52 Comments

    1. Tu lah ILMU penting mungkin boleh aku cadangkan setiap masjid ada unit anak-anak yg boleh memberi kuliah khas kepada anak-anak dengan cara santai dan menjelaskan adab masjid serta berkongsi ilmu-ilmu lain.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!