Selamat Hari Guru jasa mu tidak terhitung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “selamat hari ibu catatan seorang anak“. Kali ini Abang nak berkongi luahan hati seorang anak murid sempena Hari Guru.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

16 Mei adalah tarikh keramat. Selamat Hari Guru kepada semua GURU yang pernah mengajar Abang. Tanpa guru siapalah kita. Daripada usia tujuh tahun hingga masuk ke Universiti masa kita lebih banyak bersama dengan guru-guru berbanding ibubapa. Ada guru yang bersungguh mendidik seperti kita ini anaknya mereka sendiri.

Abang teringat pada cikgu Robi yang menjadi guru kelas semasa darjah enam di Sekolah Kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat memang bersungguh membantu untuk memastikan Abang masuk sekolah berasrama penuh. Mungkin kerana dia pernah datang ke rumah kami yang macam nak rutuh dalam kebun getah yang jauh dengan kampung. Cikgu begitu kecewa apabila permohonan masuk ke MRSM ditolak. Alhamdulillah berkat usaha cikgu Abang dapat masuk ke Sekoleh Menengah Sains Johor (SMSJ). Selepas itu Abang tidak pernah bertemu cikgu, dengar khabar cikgu sudah berpindah ke Melaka dan menetap di sana. Nak tengok macam mana rupa rumah Abang masa sekolah rendah dulu klik rumah denaihati.

Berikut adalah senarai tempat dan guru-guru yang pernah Abang belajar ilmu kehidupan.

  1. Sekolah Kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat
  2. Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang
  3. Matrikulasi, Sekolah Alam Shah, Cheras
  4. Pengajian persedian Bahasa Inggeris, UiTM
  5. UKM
  6. Guru Agama
  7. Guru Al Quran
  8. Guru Bisnis
  9. Guru Motivasi
  10. Guru Saham
  11. Guru Hartanah
  12. Guru Multi Level
  13. Guru Masak
  14. Guru Blog
  15. Guru Digital
  16. Semua guru yang telah mengajar biar pun satu huruf dan satu angka

Segala hasil didikkan guru-guru yang pernah mengajar dengan tengkingan, tamparan, merotan, memujuk dan berbagai emosi bercampur baur itulah ilmu kehidupan. Terima kasih cikgu.

Kalau kita dulu boleh dimarah cikgu, boleh dirotan cikgu, boleh ditampar cikgu dengan tujuan mendidik supaya kita menjadi manusia KENAPA bila sampai giliran anak-anak kita, kita pulak tak sanggup melepaskan anak-anak dididik sebegitu oleh guru-guru. Kita pulak yang lebih sudu dari kuah, tidak ada masa mendidik anak-anak tetapi apabila cikgu bertegas kita marah sehingga ada yang buat laopran polis.

Memang betul kisah kehidupan “Anakku Sazali” yang difilemkan oleh Tan Sri P Ramlee sekarang sudah berleluasa dan inilah anak bangsa yang kita akan warisi akan datang. Kepada ibubapa yang  terlalu sayangkan anak itu biarkan mereka mendidik anak mereka dengan acuan mereka sebab kemudian hari yang senang pun mereka dan yang susah pun mereka.

Sempena Hari Guru ini Abang doakan semuga semua GURU, SIFU dan MENTOR terus istiqomah menjadi guru yang cemerlang. Jasa GURU tidak terhitung hanya Allah jua yang mampu membalas jasa kalian mendidik anak-anak bangsa. Semoga semua cikgu diberkati di dunia hingga akhirat…Aamiin.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

60 Comments

    1. Yup. Betul tu.

      Nasiblah gaji dah lebih baik dari dulu.

      Cuma sedih sgt sbb bila sembang dgn cikgu2, byk yg komplen yg skrg ni lebih byk buat administrative work dari fokus dgn student. Tu yg x keruan je budak skrg.
      Curahan rasa LovelySuri @ ..Kurung Moden Raya 2017My Profile

  1. Harap masih tidak terlamabat untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ . Tanpa mereka, tiadalah doktor, peguam, dan jurutera serta lain-lain2 lagi. Di sekolah merekalah ayah dan ibu yang menjaga keselamatan dan mendidik kita. Insan yang sangat sabar dan tabah dengan telatah anak muridnya. Rasa rindu pula di sekolah lama dan terasa macam nak jadi murid semula..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!