Ibu muda ini dijemput untuk reka kreatif tshirt untuk kempen Donald Trump

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

kisah ini adalah kisah yang membanggakan apabila seorang Ibu muda yang telah dijemput untuk membuat design tshirt yang digunakan untuk kempen Donald Trump. Anak muda bernama Jammnah Maidin yang berasal dari negeri Melaka ini telah membuat rekaan design sejak sekian lama.

Bekerja melalui platform Upwork dan Freelancer beliau telah menjadikan kerjaya reka design ini sebagai aktiviti untuk menjana pendapatan digital dengan matawang USD.

5 design untuk kempen Donald Trump

Semasa beliau dijemput untuk membuat design kemeja-T kempen Donald Trump, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan projek tersebut telah menjemput Jammnah untuk menyediakan 5 design bagi tujuan tersebut. Design-design ini kemudiannya dicetak dan dijual di platform Amazon.com

Contoh design tshirt kempen Donald Trump
Contoh design yang dijual di Amazon

Semua tugasan yang diberikan dibayar menggunakan matawang USD, ini merupakan antara potensi yang boleh kita rebut untuk menjana pendapatan tambahan mahupun pendapatan sepenuh masa. Platform digital memberikan kita peluang untuk bekerja dengan syarikat dari seluruh dunia.

Soalan sebenar, adakah kita mahukan perkara sebegini?

Menjana purata USD1600 sebulan

Sehingga hari ini, Jammnah berjaya menjana pendapatan melalui platform-platform yang tersedia ini setiap bulan. Purata pendapatan beliau adalah sekitar USD1600 sebulan tanpa perlu pergi ke syarikat-syarikat yang menempah perkhidmatan beliau.

Apa yang penting, mempunyai telefon pintar dan internet serta peralatan untuk beliau membuat design yang diperlukan oleh pelanggan.

Contoh design tshirt Donald Trump
contoh design yang disediakan oleh Jammnah

Hasil anak Malaysia di persada dunia

Jammnah telah  membuktikan bahawa hasil kerja anak Malaysia juga berdiri setaraf dengan pereka-pereka di luar sana. Ini telah dibuktikan apabila beliau dijemput untuk membuat rekaan untuk projek yang begitu besar seperti kempen Donald Trump.

Jammnah designer tshirt Donald Trump

Anda juga boleh melakukan perkara yang sama seperti Jammnah. Belajar bagaimana untuk menggunakan platform ini dengan daftarkan diri anda dengan program latihan eRezeki di bawah kempen #YouCanDuit.

Rebut peluang untuk mendapatkan latihan percuma melalui program ini dan kemudian anda akan boleh memulakan aktiviti menjana pendapatan digital menggunakan pelbagai platform seperti yang dilakukan oleh Jammnah. Tahniah diucapkan kepada beliau, semoga terus menerus mengharumkan nama Malaysia dengan design-design yang akan terpapar di seantero dunia.

57 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!