SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajet smartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan “tiada smartTAG” sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.

gambar smartTAG baru

Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama “tiada smartTAG”. Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.

gambar bateri smartTAG baru

Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch ‘n Go bertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG  baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch ‘n Go.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia PayPal Untuk Perniagaan Online. Klik Sini

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik Sini

Panduan Lengkap Temuduga. Klik Sini[/box]

Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch ‘n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch ‘n Go.  Tolong ya Lembaga Lebuh RayaPLUS highway dan Touch ‘n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.

smartTAG baru komplen dari pengguna

smartTAG baru komplen dari pengguna

Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

SmartTAG baru harap je cantik kecil molek tapi banyak masalah lebih baik guna yang lama besar gedabak tapi jarang ada masalah. Kepada semua pengguna yang ada masalah dengan smartTAG mari kita Viralkan di Facebook sebagai tanda protes dengan produk yang bermasalah dan rendah kualiti sehingga pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go mengambil tindakan.


Spread the love

236 Comments

  1. so far saya pakai smartTag baru nih ok jerk.. takde prob pon.. saya rase penggunaan ur kne betol. tulisan smartTag yg kaler kuning tuh kene menghala ke atas. kalo terbalik @ serong @ tulisan ur ke bawah mmg akan sangkut. Dulu saya pnh test buh terbalik,serong, salah letak mesin akn papar tiada smartTag.. papepon saya suke smartTag baru..

  2. Salam sy pengun smart tag baru.memang leceh. Yg baru ini sy terpaksa modified sendiri..supaya bateri tak longgar.sementara ini..mungkin u olss bole selitkan kertas kecik(muat utk tepi bateri) pastu tutup macam biasa.inysyallah masalah itu selesai…selamat mencuba kawan2

  3. Baru ni aku otw ke Kl sampai je tol karak masuk lorong Smart tag ” tiada smartTag” aku reverse kereta masuk balik pn sama jugak then try sekali lagi ada bunyi tp palang xbukak screen pn xtunjuk baki..mujur kereta belakang xmarah ke apa dia bagi double signal kete dia lgpun tol karak ni xbyk sgt kete okay lagi..aku keluar balik masuk lorong Touch n Go..bila screen menunjukkan baki.. punya lah aku mengamuk skejap baki aku ditelannya lorong SmartTag sebelah! 2x ganda duit kene telan…MAaaakkkk Aiiii ni makan dia..lepas pada tu next tol smpai lah dlm kl pn aku xmalas nk try semula takot jd benda sama..lg2 kl yg byk kereta kang xpasal2 kene maki apa semua bla bla bla…

    1. Kes macam ni saya pun dah terkena saya dari Tol bukit beruntung ke Shah alam melalui tol gatrie baki saya masa tag d pintu masuk Ade lagi rm 20
      Masuk tol keluar d tol Guthrie palang Tak buka saya undur sikit tertulis di screen tiada baki abis d telan petugas plus suruh saya patah balik pergi ke plaza tol jalan duta untuk ambik balik duit saya persoalan nya kenapa saya perlu pergi or plaza tol jalan
      Sedangkan saya nak menghala ke shah alam duit minyak bole saya claim balik ke jika saya pergi ke jalan duta ?
      Kenapa pihak plus tidak bole selesaikan masaalah sebegini di setiap plaza tol?
      Tolong lebih prihatin dengan masaalah penguna?

  4. Sebelum ni pakai smart tag lama mmg xde masalah. Pernah terkena dgn smart tag baru, tiba2 tak dapat baca pernah terkena di toll PLUS dan toll Duke.. masa kena tu cek device ok xde masalah. Reverse sikit baru dia di detect. Jadi berdasarkan pengalaman aku, aku masuk lorong terlampau laju jd sensor mungkin xdapat kesan device tu. So sekarang ni aku masuk lorong smart tag dgn kelajuan yg agak perlahan.. Dia ada signboard bgtau berapa kelajuan yg sesuai dan jarak antara kenderaan aku dah lupa berapa. So far sekarang ni Alhamdulillah xde masalah device letak atas dashboard dgn kad menghadap dashboard dan sensor mengadap cermin.

  5. Ak pakai ok jew… klu kowg nak taw.. cara penggunaan yg betol kowg cari pelapik getah hitam.. kowg letak kat tgh2 dashboard.. pas2 kowg telangkupkan smart tag model baru kowg 2.. sensor die bg menghala ats… ni kawan ak yg ajar… so far ak wat ni.. always perfect lalu lorong smart tag, skali pon x penah gagal… selamat mencuba guys…

  6. So far Saya sudah beli 6 bln smart tag baru nie.. so far takde masalah pakai kat max, akleh, duke, highway pantai timur, nkve, lekas dan plus.. kalau masalah pon sebab taruk kat deskboard tinggi sangat.

  7. Aku pakai smart tag bru xpenah ade masalah pun..x penah trsangkut..jaga jarak kenderaan hadapan, jarakkan sedikit..lg 1 lekat kt cermin hadapan di bahagian tengah bawah..bukan pegang kt tangan..

  8. Yup… Saya pun alami masalah yg sma. Saya ingat smart tag sy sorg je ada masalah. Rupanya bila bc blog ni bukan saya sorg yang alaminya. Rmai lagi upanya…

  9. mengalami masalah yg sm juga. dah lah susah nak pegi kaunter khidmat pelanggan. kene dtg waktu pejabatlah. tak de orang lah. bayar dah la mahal

  10. Mmg xguna.. Baru ja beli xsmpai 2bulan.. Pakai pun jarang tiba2 bateri habis…tukar bateri baru..terus x blh pakai…pi repair paling lewat 5minggu baru siap… Tpi smpai 7 minggu pun xsiap lg…dh warranty 1tahun ja… Terukkkkkkkkk

  11. Betul smartag baru memang masalah, saya buat complaint di pejabat tol setia alam tapi saya pulak yang dimaki pegawai teknikal touch n go, malah supervisor tol setia alam pun mengesahkan insiden itu dari rakaman cctv. Bila mengadu pada plus, mereka kata syarikat smarttag yg bertanggungjawab dan pihak plus sedia maklum dengan masalah yang ada. Tapi secara tak bertanggungjawab masih jual smart tag yg mereka dah tau ada kekurangan. Maknanya plus juga bertanggungjawab dalam memperdaya pengguna, bila saya bangkitkan isu ini, saya dimaki oleh pegawai touch n go, saya membuat aduan dan pihak customer service memohon maaf dan berjanji untuk menghantar orang untuk dtg ambil device dirumah sy untuk ditukar ganti. Mereka juga berjanji untuk menghantar surat berkenaan dengan status aduan saya, tetapi masih belum diterima hingga hari ini. Sangat kecewa dengan sikap tak bertanggungjawab plus dan touch n go, sebagai pelanggan kita berhak mendapat servis yang terbaik atau setidaknya seperti apa yang dijanjikan, bahkan saya pula dimaki bila tampil membuat tuntutan yang sewajarnya. Saya betul2 harap pihak bertanggungjawab mengambil langkah untuk menyelesaikan perkara ini.

  12. sy pun sama kene yg sama..baru beli n batri pun baru lg..scan x de smart tag..bile tny diorg mcmne buat tak tau je…asyik kata batri low..hampas betul

  13. aku dah baling smartag tu kat pekerja tol…rela guna touch& go.. tiap kali kat line smartag x leh guna. pastu dia suruh aku undur, camne nak undur blkang byk kete.

  14. Assalamualaikum tuan.Nampak gayanya tak jadilah tukar kepada Smart Tag yg baru.Ingatkan nak tukar baru sebab nampak sgt moleknya.Kecil dan nampak kemas gajetnya.Walaupun mungkin tidak semua merasai situasi itu tapi ia memang mendatang kerungutan kpd pengguna j/raya spt tuan

  15. Setakat ni guna yg lama atau yg baru xde masalah. Pernah jadi yg lama tunjuk bateri high tp bila lalu dia akan bunyi sekali diikuti bunyi 2 3 kali lagi. Itu juga tanda bateri nak habis. Xblh percaya sangat indicator pada alat tu. Cuma yg saya perasan sepanjang pemerhatian setiap hari lalu tol ada pengguna yg x tahu dimana sensor pada smart tag tu terletak ( kes beli dan x baca manual dulu)..maka terjadilah masa lalu di lorong smart tag pegang alat tu merata (kes xnak lekat di cermin). Bukan semua bahagian hitam pada smart tag tu adalah sensor.

    1. Yang best jenis yg pertengahan (x lama dan x baru). Hari tu bunyi buzzer sampai dekat 2 minggu suruh tukar bateri. Tp masih tidak gagal untuk berfungsi. Guna setiap hari Kajang – KL – Kajang.

      Last2, disebabkan rasa belas kasihan pada device tu asyik berbunyi je, tukar jugaklah battery.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!