SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajet smartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan “tiada smartTAG” sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.

gambar smartTAG baru

Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama “tiada smartTAG”. Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.

gambar bateri smartTAG baru

Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch ‘n Go bertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG  baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch ‘n Go.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia PayPal Untuk Perniagaan Online. Klik Sini

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik Sini

Panduan Lengkap Temuduga. Klik Sini[/box]

Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch ‘n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch ‘n Go.  Tolong ya Lembaga Lebuh RayaPLUS highway dan Touch ‘n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.

smartTAG baru komplen dari pengguna

smartTAG baru komplen dari pengguna

Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

SmartTAG baru harap je cantik kecil molek tapi banyak masalah lebih baik guna yang lama besar gedabak tapi jarang ada masalah. Kepada semua pengguna yang ada masalah dengan smartTAG mari kita Viralkan di Facebook sebagai tanda protes dengan produk yang bermasalah dan rendah kualiti sehingga pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go mengambil tindakan.


Spread the love

236 Comments

  1. saya pon alami benda yg sama.. sampai fobia da nak pakai..mula2 beli..seminggu dh habis battery.. beli 5jenis battery yg berbeza brand.. semuanya saiz xsama.lepas tu hantat plus balik smart tag..lepas 5bulan baru dpt balik.. tu pun lambat.. lepas dh dpt.. guna 4x je.. terus habis battery.. sakit hati betul.. sekrang smart tag tu dah xpakai.. rugi je

  2. Baru sebulan pakai dh rosak…hantar repair dan lepas 2 bulan rosak lagi dan terus hantar ke tong sampah. Tak berkualiti langsung.

  3. saya hanya pengguna touch n go. tapi saya fhm masalah pengguna. malu mesti org ingat kita lalu smart tag tapi duit xde dlm kad…

  4. Saya pengguna smart tag baru..belom smpi setahun batt dh low..mana nk beli batt tu?sbb kt batt tu ada tulis ‘not for retail sale’..betul2 low quality berbanding yg lama

  5. Sepatutnye, dkt lorong smart tag bt alternative utk touch kad tng, bile smart tag problem, snng… tp kedudukn jgn letak mcm lorong tng pnye, nti pengguna tng kebas lorong smart tag… letak jaoh sikit (tp pihak expressway kne make sure la sensor palang die tu akn tutup lps kereta lalu wlpun lambat) biar kne kluar pn xpe sbb tu utk alternative je jd xyh la nk main undur2

  6. Saya pun mengalami masalah yang sama..baru beli 6 bulan lepas..nak cepat tapi tersekat..geram betul..

  7. Salam,

    Rasanya selama pakai tak sampai setahun guna smartag baru,tapi ok jer…suami ada dengar ramai komplain,pulangkan balik smartag sebab masalah bateri lemah..ibarat macam pkai lampu laser la utk present kan,bateri kecik bulat jer…letak la kertas or something tindih tengah2 bateri utk elakkan bateri lemah,ia akan ketatkan bateri smartag tau…hubby kita beli jer,trus bt cmtu…no probs keyh..Walaupun dgr mcm kelakar,tp setakat nih tak penah probs lgsg or rugi akibat pkai smartag baru. So cuba utk selesaikan mslh,cri apa puncanya. Bkn tukar yg baru @ apa…membazir namanya..try la bt…kdg ramai komplain nih,probs kecik jer or tak reti guna ker…tu punca ramai tersangkut kat smartag…kdg lorong smartag probs…sbb nak upgrade mcm smartag baru tak slp la…itu jer…jd kena bersabar dan jd pengguna berhemah ok 🙂 jgm mrh tak tentu hala… Selamat beraya

      1. Betul aku rasa touch n go lagi laju, pasal ke barangkalian, org tak cukup bagi mmg kurang, touch card mesti kena…
        Smart tag kebarangkalian Tak cukup baki dan Smart tag tak detect..

  8. Betul tu.dh beli smart tag spy senang nk ulang alik tiap2 minggu dr sabak bernam ke kedah.tp hampeh smart tag x berfungsi.sampai ja kat lorong smart tag naik tiada smart tag.mau hangin 1 badan.nk senang jd susah.sekarang ni guna just kad touch n go pn dh naik geram.sbbnya bl smpai kt lorong touch n go pn dh susah nk touch.jd lmbt.mcm dh x dak fungsi sangat dh.sakit hatinya

  9. Slm bro, sy rasa bateri yg tn pakai tak ikut spesipikasi. cuba tukar jenis lithium. InsyaAllah sy pernah jadi macam tu bila tukar dah ok.

  10. Entah lah…dah lama sy pakai smart tag. Baik yg lama, baik yg baru…tp xde pulak masalah mcm yg encik denai hati ni ckp…
    Ade la tersangkut sbb dia xdpt detect smart tag, tp tu sume salah sy sendiri sbb bwk laju masa nak lalu kat scanner atau letak x btl.
    Lain drpd tu…ok aje….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!