Semakan Online status perjalanan Imegrisen

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku ada terbaca di Utusan Malaysia ada 3,974 individu yang disenarai hitam dan di kenakan tindakan sekatan perjalanan keluar negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967. Menurut maklumat mereka yang disekat perjalanan ini adalah berkuatkuasa setelah pembayar cukai mengikut sistem taksiran sendiri gagal membayar cukai yang ditetapkan selepas April dan diikuti denda sehingga 1 Julai tahun berkenaan.

aku di usha LHDN

Sekatan perjalanan keluar negara juga dikenakan kepada mereka yang gagal membayar pinjaman PTPTN. Dengar cerita memang ramai yang tak bayar pinjaman PTPTN ni sehingga mencecah nilai billion ringgit walaupun ada yang dah berjaya dalam kerjaya mereka.

Setelah membaca berita ini aku pun cepat-cepat melawat website Jabatan Imegrisen di http://sspi2.imi.gov.my untuk semakan manalah tahu kot-kot terjebak. Setelah aku semak alhamdulillah nama aku clear. Bayar cukai ni memang tanggungjawab tapi kadang-kadang kita ambil ringan. Bayar hutang lagi lah tanggungjawab dunia akhirat kalau tidak roh kita akan terawang-awang tapi tu lah liat betul bila bab membayar hutang ni.

So bagi yang rasa was-was tu cepat-cepat lah semak ya!!!


Spread the love

31 Comments

  1. saya bakal berhutang 57,750 dengan PTPTN. sampai mati duk bayar hutang HAHAHAHAHAHAHA (setakat ni baru sahaja berhutang 16,000)

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!