10.10.10

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rasanya baru semalam 1Dunia berbicara tarikh istimewa 09.09.09 dan hari ini  penantian 1000 tahun manusia untuk tarikh istimewa 10.10.10 telah tiba. Berbagai acara istimewa akan disambut oleh manusia dan mojiriti memilik untuk mendirikan mahligai indah bersama pasangannya. Ada juga bergembia kerana menyambut orang baru pada tarikh istimewa 10.10.10.

Untuk aku tiada yang istimewa dengan tarikh 10.10.10 melainkan umur bertambah dekat dengan kematian yang entahkan bila hanya Allah swt yang Maha tahu. Kepada yang pakar mengira kelebihan tarikh lahir sudah pasti sudah dapat mengira untung nasib bagi yang lahir pada tarihk 10.10.10. Kekadang tidak mahu percaya dengan mengiraan tarikh lahir tetapi apabila dianalisa ada banyak yang benarnya.

Berikut antara rahsia tarikh lahir pada 10hb.

1. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

2. Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Agaknya apalah rahsia tarikh lahir anda sudi ke nak berkongsi???

Kepada anda yang ada acara tertentu pada 10.10.10 sila kongsikan dengan 1Dunia @ One Day On Earth.

[ad#nuffnang336]

112 Comments