SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajet smartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan “tiada smartTAG” sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.

gambar smartTAG baru

Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama “tiada smartTAG”. Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.

gambar bateri smartTAG baru

Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch ‘n Go bertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG  baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch ‘n Go.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia PayPal Untuk Perniagaan Online. Klik Sini

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik Sini

Panduan Lengkap Temuduga. Klik Sini[/box]

Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch ‘n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch ‘n Go.  Tolong ya Lembaga Lebuh RayaPLUS highway dan Touch ‘n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.

smartTAG baru komplen dari pengguna

smartTAG baru komplen dari pengguna

Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

SmartTAG baru harap je cantik kecil molek tapi banyak masalah lebih baik guna yang lama besar gedabak tapi jarang ada masalah. Kepada semua pengguna yang ada masalah dengan smartTAG mari kita Viralkan di Facebook sebagai tanda protes dengan produk yang bermasalah dan rendah kualiti sehingga pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go mengambil tindakan.


Spread the love

236 Comments

  1. walaupun smarttag menyusahkan tetapi ia paling cepat nak bayar tol tak payah nak beratur panjang kekadang sakit hati dah bratur panjang orang lain motong barisan

    1. x cepat dah. makin panjang queue nyer. baik bayar kat lane Touch N Go jer.. actually saya rasa masalahnyer sensor dia. sbb dia lambat detect, bila kereta kat belakang terlalu hampir, org depan confirm stuck. So apa saya buat biasanya, dok jauh sket dari org depan, once dia clear saya proceed. tp perlahan2.. tak leh laju sangat.. haa.. alhamdulillah takde lagi la stuck (pernah 2-3 kali juga weh.. malu wooo)..
      Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, MalaysiaMy Profile

  2. Selepas sebulan beli smartag ni bagi masalah. Setiap satu minggu diamahu bateri baru. Hantar balik ke touch n go repair lepas tu masalah sama. Hantar pula bulan Mei 2014 depa repair 4 bulan baru dapat balik. Dapat balik 6 sept. Ni pun tak tau masalah berulang tak. Buat mahu company saja.Benda besar tu pun tak boleh baiki.

  3. Utk makluman semua, SmartTag bkn produk keluaran PLUS. Ia 100% keluaran TouchNGo. PLUS hanya sbg salah satu pengedar sahaja, sama spt di highway lain yg ada pusat TouchNGo.

  4. Saya pun dah mengalami problem yang sama.terjadi di plus high way exit kuala ksngsar. Federal highway tol bt 3 dan elit exit ebor. Mulanya ingat saya di sudut yang salah. Saya setuju jika dibuat penggantian yang lebih berkualiti

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!