Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hujung bulan Mac yang lalu, Team DH telah dijemput untuk bersama-sama menonton perlumbaan Formula 1 di Litar F1 Sepang. Program yang telah dianjurkan oleh Exness sebagai penaja bersama dengan Red Bull memberikan pengalaman yang menarik.
Pada hari pertama program, iaitu hari Jumaat, pihak Exness telah menguruskan satu lawatan ke ruangan Paddock Litar Sepang untuk beramah mesra dengan pemandu team Red Bull Infiniti. Program yang diadakan pada petang hari itu dianjurkan oleh pihak Exness untuk meraikan rakan-rakan niaga mereka yang turut di bawa khas untuk menikmati perlumbaan Formula 1 yang menarik itu.
Exness merupakan syarikat broker pengurusan tukaran wang asing yang berasal dari Rusia dan kini ibu pejabat mereka ditempatkan di Cyprus. Exness ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah berkembang pesat dalam bidang ini dengan mempunyai pelanggan di pelbagai negara. Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang mereka mempunyai pelabur-pelabur yang aktif.
Pada hari kedua program, kami di bawa untuk melihat sesi kelayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix. Melihat secara dekat pusingan kelayakan Formula 1 yang diadakan merupakan pengalaman yang menarik. Ini merupakan pertama kali melihat sendiri proses pusingan kelayakan dibuat. Walaupun pusingan kelayakan itu terpaksa dihentikan separuh jalan disebabkan hujan lebat, namun ianya tidak mengecewakan.
Ada yang menyatakan, sejak enjin yang digunakan untuk perlumbaan Formula 1 ini ditukar, bunyinya sudah tidak terlalu bising. Ini perkara yang tidak dapat dibandingkan, sebab baru pertama kali melihat secara dekat. Kami ditempatkan di Grandstand bahagian utara, tempat duduk yang cukup strategik untuk melihat kereta-kereta F1 mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi.
Pada malam hari kedua, satu jamuan makan malam telah diadakan untuk tetamu-tetamu Exness termasuk blogger dari malaysia, thailand dan indonesia. Jamuan yang diadakan di G-Tower Kuala Lumpur itu telah diadakan dengan meriah demi memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada para tetamu oleh Exness.
Hari ketiga atau hari kemuncak di mana perlumbaan akan diadakan adalah hari yang dinanti-nantikan. Seawal jam 11 pagi kami telah menjejakkan kaki di Litar Formula 1 Sepang. Cuaca yang panas tidak menghalang untuk kami menikmati semua aktiviti yang diadakan.
Terdapat ramai peminat-peminat perlumbaan Formula 1 yang menghadirkan diri untuk menyaksikan perlumbaan dan aksi pasukan pilihan mereka. Terdapat banyak booth-booth yang menjual pelbagai pakaian dan peralatan berkaitan dengan Formula 1. Antara yang menarik perhatian adalah team Redbull yang mempunyai rekaan pakaian yang menarik.
Kami juga tidak ketinggalan mengenakan tshirt polo dan topi khas team redbull infiniti yang ditaja oleh pihak Exness.
Pertama kali mengunjungi Litar F1 Sepang, ternyata kemudahan tandas dan surau adalah cukup disediakan oleh pihak pengurusan litar. Pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan atau minuman dari luar, sekiranya kelihatan dipegang di tangan, pihak urusetia yang menjaga pintu masuk ke kawasan Grand Stand akan meminta untuk kita buang atau habiskan minuman atau makanan tersebut.
Dalam ruangan Grand Stand, terdapat banyak gerai-gerai dan booth-booth yang menjual pelbagai perkara, antaranya makanan, minuman, bluetooth headset untuk mendengar ulasan secara langsung dan beberapa lagi perkara lain.
Cuaca yang panas memerlukan pengambilan air kosong yang secukupnya, nasib baik pihak Exness telah sedia maklum dengan perkara ini. Mereka menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya sepanjang 3 hari program berlangsung.
Sementara menanti perlumbaan sebenar, ada beberapa perlumbaan sampingan yang diadakan. Menarik juga melihat kereta lain berlumba, walaupun yang pasti lebih menggembirakan adalah melihat perlumbaan sebenar.
Perlumbaan Formula 1 Sepang
Sekitar jam 2 petang, kelihatan gadis-gadis litar, tentera dan beberapa lagi pihak bersiap sedia untuk perlumbaan. Gadis-gadis litar yang berpakaian kebaya warna petronas berbaris dengan membawa bendera-bendera negara pemandu Formula 1. Mereka berarak keluar dari kawasan pit menuju ke kawasan grid di atas litar. Dalam keadaan cuaca yang panas, ianya bukanlah tugas yang mudah sebenarnya.
Sesudah para gadis litar berada di kawasan grid, semua team Formula 1 kelihatan mula keluar membaca peralatan seperti tayar dan beberapa perkakasan lain ke kawasan grid. Mereka semua berpakaian lengkap mengikut team masing-masing. Terdapat beberapa set tayar yang dibawa ke kawasan grid.
Setelah semua bersedia, barulah para pemandu membawa kereta mereka ke atas litar sebelum ditolak oleh krew-krew yang terlibat ke kedudukan grid permulaan masing-masing. Proses keseluruhan mengambil masa hampir satu jam sebelum mereka memulakan perlumbaan.
Melihat persiapan setiap team dari dekat, memberikan pemahaman dan pengalaman yang berbeza jika dibandingkan semasa menonton melalui televisyen. Terima kasih Exness kerana menjemput kami untuk merasai dan melihat sendiri dari dekat perlumbaan yang berprestig ini.
Perlumbaan kali ini memang menarik, terdapat beberapa insiden yang menyebabkan kebanyakan kereta terpaksa masuk ke kawasan pit sebelum meneruskan semula perlumbaan. Disebabkan cuaca yang sangat panas, ada beberapa team yang terpaksa menukar tayar kepada yang lebih sesuai.
Sesi kejar mengejar yang berlaku, semuanya adalah menyeronokkan dan menggemparkan. Team Redbull Infiniti yang terdiri daripada pemandu-pemandu muda tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak menaiki podium, mereka menunjukkan prestasi yang baik dan dengan pengalaman yang lebih banyak, pasti akan memberi saingan yang lebih hebat.
Pada penghujung perlumbaan, kelihatan ramai penonton yang berdiri. Pada mulanya kami ingat mereka sekadar berdiri untuk menyokong pelumba yang memenangi perlumbaan pada hari tersebut. Namun aktiviti selepas semua kereta masuk ke kawasan pit sangat mengejutkan.
Ramai yang telah memanjat penghadang grand stand dan turun ke kawasan litar. Melihat ramai yang berbuat demikian, kami juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan perkara yang sama. Mungkin memang sudah menjadi tradisi, tiada pengawal atau polis yang menghalang perbuatan tersebut.
Peluang untuk berdiri sendiri di atas litar memang pengalaman yang sangat menyeronokkan, berada di celah-celah kelompok orang ramai, melihat pemenang di podium, melihat kereta selepas perlumbaan di kawasan pit, semuanya adalah pengalaman yang menarik. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Exness kerana memberi peluang untuk mengalami semua ini.
Pastinya 3 hari berada di Litar F1 Sepang, merupakan pengalaman yang berharga dan menyeronokkan.
61 Comments
Masa perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia 2015 yang lalu, pelumba Mercedes AMG Petronas hanya berada di tempat kedua dan ketiga menaiki podium . Ia dimenangi oleh Sebastian Vettel daripada Ferrari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
Kerajaan Malaysia di Jabatan Belia dan Sukan berikhtiar dan melahirkan pelumba F1 daripada Malaysia. Aku sangat bersetuju dan menyokong. Semoga ada pelumba F1 dari Malaysia yang dapat berada di pentas perlumbaan F1.
Kali terakhir pelumba dari Malaysia adalah Alex Yong.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
Kelajuan yang tinggi dan bunya yang sudah tidak bising seperti sebelum ini, sangat sesuai untuk semua penonton. Memang cukup teruja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
Kalau ada yang syarikat besar menaja untuk saksikan perlumbaan F1 di mana-mana litar saya pun mahu wehhhh…. semuanya percuma dan pula sukan yang paling prestij di dunia. Hebatnya…. pelumba mengendali kereta lumba dengan kelajuan yang tinggi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
Harga tiket yang mahal membuat aku tak dapat saksikan perlumbaan F1 di Litar Sepang ( SIC). Teringin juga suatu hari nanti nak menontonnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
Pengalaman menonton perlumbaan F1 oleh team Denaihati pasti pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
Sepanjang hidup ini belum pernah saksikan perlumbaab F1 secara live dan dekat. Pasti teruja dan menyeronokkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
Tahniah team Denaihati berpeluang lihat pelumba-pelumba F1 yang hebat. Dapat pergi tengok pula secara percuma, tajaan daripada Exness.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Duo Mercedes Juarai GP China 2015
memang hebat bisa nonton live apalagi free pasti lain rasanya menonton di televisi apalagi bisa berada di pit seperti itu
Curahan rasa islam di dadaku @ ..35 Hal yang anda bisa lakukan untuk menjaga Cinta Istri Anda
dgr cerita kawan press Tv3 tu, punya la seronok..ohho..belum pernah lagi pegi tengok F1..jauh satu hal..mahal pun satu hal…kalau Exness sponsor tu…memang best le..Exness pun kaya tuh..ahaha..broker forex tuh
Alah rugi tak sempat nak pergi tahun ini, terpaksa berkerja pulak. Biasanya tak pernah miss tengok F1 di Sepang. Tunggu motogp pulak hujung tahun ini,.
Curahan rasa Eiffelda @ ..Pentingnya Vitamin C untuk kita
memag terbaik f1 kali ni..bnyk event lai kt luar entrance berbandig yang lepas…bestttt
Curahan rasa Penapis Air Coway Malaysia @ ..Perbezaan Coway Malaysia Dengan Brand Penapis Air Lain
saya dapt tiket f1 free khas untuk couple..tap sayang xdapat pergi.. :((((
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax Malaysia Original ! Dapatkan Sekarang !
terbaik, seronoknye…bace pun dah excited kalo tengok live depan mata tak taula…
Curahan rasa huda @ ..3 Bulan Turun 26 kg Dengan Cinch Shake Shaklee
fuh…memang seronok bro…gua pun memang dah lama teringin nak tengok F1 depan-depan mata..tapi belum ada rezeki
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Blog Retis Terlampau, Suka Sebar Cerita Blogger Malaysia
GP motobike lebih seru kalau F1 cuma strategi pitstop dan pemakaian bahan bakar yang sangat berperan meskipun pabrikan juga sangat menentukan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Bagaimana Islam memandang hak cipta kekayaan intelektual
Comments are closed.