Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hujung bulan Mac yang lalu, Team DH telah dijemput untuk bersama-sama menonton perlumbaan Formula 1 di Litar F1 Sepang. Program yang telah dianjurkan oleh Exness sebagai penaja bersama dengan Red Bull memberikan pengalaman yang menarik.
Pada hari pertama program, iaitu hari Jumaat, pihak Exness telah menguruskan satu lawatan ke ruangan Paddock Litar Sepang untuk beramah mesra dengan pemandu team Red Bull Infiniti. Program yang diadakan pada petang hari itu dianjurkan oleh pihak Exness untuk meraikan rakan-rakan niaga mereka yang turut di bawa khas untuk menikmati perlumbaan Formula 1 yang menarik itu.
Exness merupakan syarikat broker pengurusan tukaran wang asing yang berasal dari Rusia dan kini ibu pejabat mereka ditempatkan di Cyprus. Exness ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah berkembang pesat dalam bidang ini dengan mempunyai pelanggan di pelbagai negara. Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang mereka mempunyai pelabur-pelabur yang aktif.
Pada hari kedua program, kami di bawa untuk melihat sesi kelayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix. Melihat secara dekat pusingan kelayakan Formula 1 yang diadakan merupakan pengalaman yang menarik. Ini merupakan pertama kali melihat sendiri proses pusingan kelayakan dibuat. Walaupun pusingan kelayakan itu terpaksa dihentikan separuh jalan disebabkan hujan lebat, namun ianya tidak mengecewakan.
Ada yang menyatakan, sejak enjin yang digunakan untuk perlumbaan Formula 1 ini ditukar, bunyinya sudah tidak terlalu bising. Ini perkara yang tidak dapat dibandingkan, sebab baru pertama kali melihat secara dekat. Kami ditempatkan di Grandstand bahagian utara, tempat duduk yang cukup strategik untuk melihat kereta-kereta F1 mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi.
Pada malam hari kedua, satu jamuan makan malam telah diadakan untuk tetamu-tetamu Exness termasuk blogger dari malaysia, thailand dan indonesia. Jamuan yang diadakan di G-Tower Kuala Lumpur itu telah diadakan dengan meriah demi memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada para tetamu oleh Exness.
Hari ketiga atau hari kemuncak di mana perlumbaan akan diadakan adalah hari yang dinanti-nantikan. Seawal jam 11 pagi kami telah menjejakkan kaki di Litar Formula 1 Sepang. Cuaca yang panas tidak menghalang untuk kami menikmati semua aktiviti yang diadakan.
Terdapat ramai peminat-peminat perlumbaan Formula 1 yang menghadirkan diri untuk menyaksikan perlumbaan dan aksi pasukan pilihan mereka. Terdapat banyak booth-booth yang menjual pelbagai pakaian dan peralatan berkaitan dengan Formula 1. Antara yang menarik perhatian adalah team Redbull yang mempunyai rekaan pakaian yang menarik.
Kami juga tidak ketinggalan mengenakan tshirt polo dan topi khas team redbull infiniti yang ditaja oleh pihak Exness.
Pertama kali mengunjungi Litar F1 Sepang, ternyata kemudahan tandas dan surau adalah cukup disediakan oleh pihak pengurusan litar. Pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan atau minuman dari luar, sekiranya kelihatan dipegang di tangan, pihak urusetia yang menjaga pintu masuk ke kawasan Grand Stand akan meminta untuk kita buang atau habiskan minuman atau makanan tersebut.
Dalam ruangan Grand Stand, terdapat banyak gerai-gerai dan booth-booth yang menjual pelbagai perkara, antaranya makanan, minuman, bluetooth headset untuk mendengar ulasan secara langsung dan beberapa lagi perkara lain.
Cuaca yang panas memerlukan pengambilan air kosong yang secukupnya, nasib baik pihak Exness telah sedia maklum dengan perkara ini. Mereka menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya sepanjang 3 hari program berlangsung.
Sementara menanti perlumbaan sebenar, ada beberapa perlumbaan sampingan yang diadakan. Menarik juga melihat kereta lain berlumba, walaupun yang pasti lebih menggembirakan adalah melihat perlumbaan sebenar.
Perlumbaan Formula 1 Sepang
Sekitar jam 2 petang, kelihatan gadis-gadis litar, tentera dan beberapa lagi pihak bersiap sedia untuk perlumbaan. Gadis-gadis litar yang berpakaian kebaya warna petronas berbaris dengan membawa bendera-bendera negara pemandu Formula 1. Mereka berarak keluar dari kawasan pit menuju ke kawasan grid di atas litar. Dalam keadaan cuaca yang panas, ianya bukanlah tugas yang mudah sebenarnya.
Sesudah para gadis litar berada di kawasan grid, semua team Formula 1 kelihatan mula keluar membaca peralatan seperti tayar dan beberapa perkakasan lain ke kawasan grid. Mereka semua berpakaian lengkap mengikut team masing-masing. Terdapat beberapa set tayar yang dibawa ke kawasan grid.
Setelah semua bersedia, barulah para pemandu membawa kereta mereka ke atas litar sebelum ditolak oleh krew-krew yang terlibat ke kedudukan grid permulaan masing-masing. Proses keseluruhan mengambil masa hampir satu jam sebelum mereka memulakan perlumbaan.
Melihat persiapan setiap team dari dekat, memberikan pemahaman dan pengalaman yang berbeza jika dibandingkan semasa menonton melalui televisyen. Terima kasih Exness kerana menjemput kami untuk merasai dan melihat sendiri dari dekat perlumbaan yang berprestig ini.
Perlumbaan kali ini memang menarik, terdapat beberapa insiden yang menyebabkan kebanyakan kereta terpaksa masuk ke kawasan pit sebelum meneruskan semula perlumbaan. Disebabkan cuaca yang sangat panas, ada beberapa team yang terpaksa menukar tayar kepada yang lebih sesuai.
Sesi kejar mengejar yang berlaku, semuanya adalah menyeronokkan dan menggemparkan. Team Redbull Infiniti yang terdiri daripada pemandu-pemandu muda tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak menaiki podium, mereka menunjukkan prestasi yang baik dan dengan pengalaman yang lebih banyak, pasti akan memberi saingan yang lebih hebat.
Pada penghujung perlumbaan, kelihatan ramai penonton yang berdiri. Pada mulanya kami ingat mereka sekadar berdiri untuk menyokong pelumba yang memenangi perlumbaan pada hari tersebut. Namun aktiviti selepas semua kereta masuk ke kawasan pit sangat mengejutkan.
Ramai yang telah memanjat penghadang grand stand dan turun ke kawasan litar. Melihat ramai yang berbuat demikian, kami juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan perkara yang sama. Mungkin memang sudah menjadi tradisi, tiada pengawal atau polis yang menghalang perbuatan tersebut.
Peluang untuk berdiri sendiri di atas litar memang pengalaman yang sangat menyeronokkan, berada di celah-celah kelompok orang ramai, melihat pemenang di podium, melihat kereta selepas perlumbaan di kawasan pit, semuanya adalah pengalaman yang menarik. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Exness kerana memberi peluang untuk mengalami semua ini.
Pastinya 3 hari berada di Litar F1 Sepang, merupakan pengalaman yang berharga dan menyeronokkan.
61 Comments
Walaupun minat dengan kelajuan, tapi tak berapa nak minat sangat dgn F1 ni … tak pernah ada rasa nak pegi pun tgk F1 secara LIVE … mungkin tak berapa suka dengan bunyi bingit dan bising kot …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..40 Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
bunyi bingit tu naikkan adrenalin kita penonton sekali…..heeee. cuma memang berbaloilah bagi yg berminat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jam Tawaf kembali ke fitrah
kalau dapat tajaan tiket, memang rugi besar dilepaskan begitu sahaja.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
bestnye dapat jalan2 dalam paddock tu..atas trek pun boleh masuk jugak..bertuah nye 🙂
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton @ ..Harga Borong Kain Cotton 2015
wah beruntungnya yang sudah nonton secara live, saya pingin juga nonton f1 secara live
Curahan rasa farid @ ..lirik MARRY YOU-BRUNO MARS terjemahan
Pernah tengok live juga dulu di Litar Sepang sebab dapat tiket free. Kereta-keretanya memang laju, tapi kebanyakan cuma nampak kelibat melintas dan bunyi bising hihi!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Sedih Bila GST Gagal Mansuhkan Cukai Perkhidmatan 10% tetapi Menambahkan Lagi 6% extra GST Ke Atas Cukai 10% Itu
saya pun teringin juga nak pergi sini, tp jauh la, kalau dekat x kisah kalau nak pergi sesekali dapat pengalaman merasa tgk ni semua
Curahan rasa myrujukan @ ..Panduan Membuka Dan Mengusahakan Sendiri Kedai Dobi
Satu pengalaman yang amat berharga buat team DH. Memang beruntung sangat.
Curahan rasa Ezlaila.com @ ..Lelaki Thai Ini Menunjukkan Teknik Yang Sungguh Ohsem Menghilangkan Migrain Dengan Pantas
tengok kat tv je selama ni. tapi tak teruja pun. kalau tgk live mesti berbeza kan
Curahan rasa din @ ..Bihun Goreng Special
nak tengok di tv pun seimbas lalu je.
kalau tengok di litar memang berbeza.
tiket pun sudah mencecah 4 angka.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29
tengok live memang sangat berbeza bro, dapat beridiri kat trek tu lagilah…bukan senang nak dapat…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Social Media Week 2015
belum pernah tengok secara live dan saya pasti ia memang menggujakan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bermula Dengan Apa Yang Ada
seronok kalau dapat jemputan macam ni. lebih2 lagi kalau penganjur layan dengan baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Satu Juta Gelas McDonalds Frozen Fanta Percuma
Aah kan tuan. Dapat tiket grand stand lagilah best. Cuma kena tahan sedikit dengan bunyi bising.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terujanya Bila Tengok Suasana Pembelajaran Anak di Little Caliphs Semenyih
Wah dapat tonton dari grandstand tu dah cukup seronok…ni dapat masuk paddock lagi.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Senarai Barangan Runcit Yang Dikenakan Dan Tidak Dikenakan GST
Seronok jgak dpt tgk f1 dari dekat. Sebelum ni cuma tgk di tv je
Curahan rasa nikkhazami @ ..Satu Juta Gelas McDonalds Frozen Fanta Percuma
Best jugak kalau dpt tgk kereta f1 dari dekat. Sebelum ni tgk kat tv je.
Curahan rasa nikkhazami @ ..NIKKHAZAMI.COM
Wah seronoknya. Menonton di televisyen tidak sama perasaannya apabila menonton secara live. Jika kelapangan tahun depan nak juga pergi sana.
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..SEDAPNYA MAKAN PIZZA DI PIZZA VS SATAY, SUBANG JAYA
Comments are closed.