Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun akhir bulan Mac pasti Sepang akan riuh dengan deruman kereta lumba Formula 1 sejak 1999. Litar lumba Sepang yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir meninggalkan banyak kenangan pahit manis dalam hidup aku. Aku pernah memandu kereta Proton Wira mengelilingi Sepang International Circuit (SIC) tapi bukan untuk berlumba saja test power. Bukan mudah memandu di litar walaupun nampak besar.
Di awal perlumbaan formula one banyak cemuhan yang diterima terutama daripada pihak pembangkang sehingga tidak banyak syarikat yang nak berkerjasama. Sekarang Formula One Sepang sudah menjadi satu nadi pembangunan industri motor di Malaysia. Alhamdulillah syarikat tempat aku berkerja telah mengambil kesempatan di permulaan formula one dengan mengambil kontrak menyediakan makanan untuk VIP, Media dan Marshal perlumbaan.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 1 28/3/2014
- Lewis Hamilton Mercedes 1:40.691 19
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.843 0.152 20
- Nico Rosberg Mercedes 1:41.028 0.337 19
- Jenson Button McLaren-Mercedes 1:41.111 0.420 20
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 1:41.274 0.583 18
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 1:41.402 0.711 15
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:41.523 0.832 9
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:41.642 0.951 19
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:41.686 0.995 23
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:41.830 1.139 2
KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 2 28/3/2014
- Nico Rosberg Mercedes 1:39.909 30
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:39.944 0.035 30
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:39.970 0.061 30
- Lewis Hamilton Mercedes 1:40.051 0.142 32
- Fernando Alonso Ferrari 1:40.103 0.194 29
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.112 0.203 34
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.276 0.367 29
- Jenson Button McLaren-Mercedes 1:40.628 0.719 28
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.638 0.729 35
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.691 0.782 34
[/box]
Bukan mudah nak menyediakan makanan untuk perlumbaan bertaraf dunia dengan spesifikasi yang sangat tinggi. Selain daripada kualiti makanan yang paling penting adalah ketepatan jadual hidangan makanan yang tidak boleh lewat kerana akan menganggu jadual perlumbaan. Cabaran yang paling getir adalah kesesakan lalul lintas apabila litar lumba sepang dibanjiri kenderaan bukan sahaja peminat F1 dari Malaysia malah dari Singapore dan Thailand. Selain daripada itu pemeriksaan untuk masuk ke kawasan perlumbaan pun sangat ketat bukan boleh masuk sebarangan sahaja untuk mengelak perkara buruk berlaku kepada perlumba dan jentera formula one yang sangat mahal.
Menguruskan makanan dan logistik selama empat hari nampak mudah tetapi sangat mencabar. Semua pengurus, tukang masak, pembantu tukang masak, pekerja am dan pemandu bersengkang mata selagi perlumbaan belum tamat. Pernah berlaku bekalan makanan sampai lambat apalagi kami disergah oleh penganjur dan bayaran ditolak mengikut peratusan tertentu. Makan untuk perlumba dan pegawai pasukan disediakan oleh syarikat katering antarabangsa yang mendapat kontrak khas dan akan pergi kesemua litar lumba formula one sepanjang musim. Khabarnya mereka menyewa satu pesawat jumbo untuk membawa peralatan dan bahan masakan untuk perlumba dan pegawai pasukan.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 3 29/3/2014
- Nico Rosberg Mercedes 1:39.008 13
- Lewis Hamilton Mercedes 1:39.240 0.232 13
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.156 1.148 13
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:40.387 1.379 14
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.523 1.515 15
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.686 1.678 14
- Fernando Alonso Ferrari 1:40.736 1.728 14
- Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.781 1.773 20
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.891 1.883 20
- Sergio Perez Force India-Mercedes 1:41.029 2.021 15
KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Kelayakan 29/3/2014
- Lewis Hamilton Mercedes 1:57.202 1:59.041 1:59.431 22
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:57.654 1:59.399 1:59.486 20
- Nico Rosberg Mercedes 1:57.183 1:59.445 2:00.050 23
- Fernando Alonso Ferrari 1:58.889 2:01.356 2:00.175 22
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:58.913 2:00.147 2:00.541 20
- Kimi Räikkönen Ferrari 1:59.257 2:01.532 2:01.218 21
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:58.883 2:00.839 2:01.712 23
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 2:00.358 2:02.094 2:02.213 20
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 2:01.689 2:02.096 2:03.078 23
- Jenson Button McLaren-Mercedes 2:00.889 2:01.810 2:04.053 22
[/box]
Ketika perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix sedang berlansung kami hanya mendengar deruman engine yang kuat tetapi tidak berkesempatan untuk menonton kerana sibuk menguruskan makanan. Sesekali sempat juga menjengok ke litar lumba untuk melihat perlumba mana yang bersaing panas dalam cuaca yang sangat panas tetapi yang nampak hanya kelibat kereta lumba yang dipandu sangat laju. Memang agak mustahil nak mengetahui perlumba mana yang mendahulu perlumba yang lain. Sesekali dapat juga melihat pelanggaran antara perlumba di skrin besar yang di pasang di beberapa lokasi di dalam litar.
[box type=”shadow”]KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014
- Lewis Hamilton Mercedes 56 1:40:25.974 1 25
- Nico Rosberg Mercedes 56 +17.3 secs 3 18
- Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 56 +24.5 secs 2 15
- Fernando Alonso Ferrari 56 +35.9 secs 4 12
- Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 56 +47.1 secs 7 10
- Jenson Button McLaren-Mercedes 56 +83.6 secs 10 8
- Felipe Massa Williams-Mercedes 56 +85.0 secs 13 6
- Valtteri Bottas Williams-Mercedes 56 +85.5 secs 18 4
- Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 55 +1 Lap 8 2
- Daniil Kvyat STR-Renault 55 +1 Lap 11 1
- Romain Grosjean Lotus-Renault 55 +1 Lap 15
- Kimi Räikkönen Ferrari 55 +1 Lap 6
- Kamui Kobayashi Caterham-Renault 55 +1 Lap 20
- Marcus Ericsson Caterham-Renault 54 +2 Laps 22
- Max Chilton Marussia-Ferrari 54 +2 Laps 21
- Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 49 Retired 5
- Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 35 Gearbox 12
- Adrian Sutil Sauber-Ferrari 32 Power unit 17
- Jean-Eric Vergne STR-Renault 18 Turbo 9
- Jules Bianchi Marussia-Ferrari 8 Accident damage 19
- Pastor Maldonado Lotus-Renault 7 Power unit 16
- Sergio Perez Force India-Mercedes 0 Gearbox 14
[/box]
Tiga tahun kami menabur keringat di Litar Lumba Sepang membantu menjayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix ketika syarikat lain tidak berani membantu. Teringat kali terakhir aku menjejakkan kaki di Litar Lumba Sepang ketika itu pihak pengurusan sudah bersetuju mengambil syarikat kami untuk satu majlis. Ketika menghidangkan makanan untuk cuba rasa salah seorang pengurus SIC telah memaklumkan kepada aku big bos dia telah mengambil syarikat lain walaupun persetujuan telah diberi. Syarikat-syarikat lain yang dahulunya takut kini berlumba-lumba untuk masuk ke Litar Lumba Sepang dengan berbagai strategi walaupun dengan cara yang salah.
[box type=”shadow”]Dapatkan tiket Formula 1 Sepang 2014 secara online @ Tiket Formula One [/box]
Itulah kali terakhir aku menjejaki kaki di Litar Lumba Sepang. Tahun lepas sempat aku menyaksikan perlumbaan Formula 1 di Singapore. Agaknya apa KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 yang berlansung pada 28 – 30/3/2014. Mungkinkah dua pasukan Malaysia Petronas-Mercedes dan Caterham-Renault mampu bersaing untuk menaiki podium SIC. Pernahkan rakan blogger menonton Formula 1 secara live di litar?
Gambar Petronas Formula 1 Malaysia Grand Prix
TERKINI FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 @ Twitter
98 Comments
Syukur la saya ni bukan jenis minat yang mak kena pi tengok depan-depan. Kalau tak,jenuh duk tahan panas semata-mata nak tengok race ja
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
tahu takpe..panas tu menonton formula 1 secara live..kalau bawak payung pun terasa bahang…apapun kalau dah minat semua boleh…
memasak utk golongan VIP memang leceh. walaupun kita dah sediakan mkanan cukup sempurna tapi masih ada rungutan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
VIP ni memang la taraf depa suka nak orang layan macam raja. Kekadang macam tak reti nak bersyukur pula depa ni. Tapi tak semua la yg tergolong dalam golongan yg macam ni
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
biasalah tu nama pun VVIP mesti nak layanan yang terbaik. tapi mereka bukan cerewet pasal makanan,tetapi mereka jaga pemakanan mereka.
Curahan rasa misz aa @ ..physics
bukan senang nak dapat kontrak besar macam ni kena betul betul bags baru mrk percaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sepang ni satu je kekurangannya, lokasi jau sangat dari KL. ramai yg malas pegi sebab jauh
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sepang memang sering jadi lokasi buat event seperti ni. konsert pun selalu buat kat sini
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
best sangat kalau dapat menonton Formula 1 di Litar Sepang..melihat secara dekat event lumba kereta nombor satu dunia memang mimpi indah dalam hidup
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Bangganya kerana Malaysia mempunyai kemudahan litar lumba bertaraf dunia macam ni. Nampak sangat cantik reka bentuk litar Sepang ni. Berharap suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki di sana. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
secara jujurnya aku tak pernah masuk litar sepang..lalu je..kalau ada rezeki atau ada orang nak pergi..nak pergila..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
saya pun tak pernah pergi litar sepang. sebab tak minat racing kot
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sama, belum pernah lama nak merasa masuk litar sepang, hanya lalu sahaja.
Curahan rasa misz aa @ ..physics
sepang tempat dia jauh juga la..kalau nak pi kKLIA baru jumpa huhuuu dulu selalu p FAMA ja untuk ekspot produk buah buahan best sgt…
Curahan rasa adna2029 @ ..Penyakit cacar Air
Tahun ini Formula 1 bagaikan kurang rencah dan menarik untuk dilihat. Mungkin kerana persaingan hanya tertumpu kpd 2 pelumba dari pasukan yg sama. Lagi pun ianya tenggelam seketika akibat kehangatan Piala Dunia.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Dulu masa kecik2 suka tengok Sukan Formula 1 ni kat TV. Macam best je kalau boleh pandu. Selama ini tak pernah lagi tengok secara live.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Compare
hehehe..semoga impian Sally Yatiey untuk dapat pandu kereta formula 1 berjaya..hehehe…samalah tak pernah tengok live..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Wawa suka tengok formula 1 sepang ni Kalau tengok secara live lagi best. Sakan tengok. Tapi lagi syok kalau wawa boleh bawak sendiri.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Kalau dulu time M Schumacer saja wan akan tengok F1 di TV tanpa miss satu pun game.
Lepas dia bersara dari Ferrari, wan pun bersara juga. Tak tengok sangat dah F!. Walaupun dia masuk balik join team lain, wan kurang dh layan. Hahaha.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Sukan Formula 1 antara yang termahal…hadiah juga lumayan tapi risiko untuk maut juga tinggi
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Dapatkan Bonus Raya Di Denaihati.com
Comments are closed.