Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hujung bulan Mac yang lalu, Team DH telah dijemput untuk bersama-sama menonton perlumbaan Formula 1 di Litar F1 Sepang. Program yang telah dianjurkan oleh Exness sebagai penaja bersama dengan Red Bull memberikan pengalaman yang menarik.
Pada hari pertama program, iaitu hari Jumaat, pihak Exness telah menguruskan satu lawatan ke ruangan Paddock Litar Sepang untuk beramah mesra dengan pemandu team Red Bull Infiniti. Program yang diadakan pada petang hari itu dianjurkan oleh pihak Exness untuk meraikan rakan-rakan niaga mereka yang turut di bawa khas untuk menikmati perlumbaan Formula 1 yang menarik itu.
Exness merupakan syarikat broker pengurusan tukaran wang asing yang berasal dari Rusia dan kini ibu pejabat mereka ditempatkan di Cyprus. Exness ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah berkembang pesat dalam bidang ini dengan mempunyai pelanggan di pelbagai negara. Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang mereka mempunyai pelabur-pelabur yang aktif.
Pada hari kedua program, kami di bawa untuk melihat sesi kelayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix. Melihat secara dekat pusingan kelayakan Formula 1 yang diadakan merupakan pengalaman yang menarik. Ini merupakan pertama kali melihat sendiri proses pusingan kelayakan dibuat. Walaupun pusingan kelayakan itu terpaksa dihentikan separuh jalan disebabkan hujan lebat, namun ianya tidak mengecewakan.
Ada yang menyatakan, sejak enjin yang digunakan untuk perlumbaan Formula 1 ini ditukar, bunyinya sudah tidak terlalu bising. Ini perkara yang tidak dapat dibandingkan, sebab baru pertama kali melihat secara dekat. Kami ditempatkan di Grandstand bahagian utara, tempat duduk yang cukup strategik untuk melihat kereta-kereta F1 mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi.
Pada malam hari kedua, satu jamuan makan malam telah diadakan untuk tetamu-tetamu Exness termasuk blogger dari malaysia, thailand dan indonesia. Jamuan yang diadakan di G-Tower Kuala Lumpur itu telah diadakan dengan meriah demi memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada para tetamu oleh Exness.
Hari ketiga atau hari kemuncak di mana perlumbaan akan diadakan adalah hari yang dinanti-nantikan. Seawal jam 11 pagi kami telah menjejakkan kaki di Litar Formula 1 Sepang. Cuaca yang panas tidak menghalang untuk kami menikmati semua aktiviti yang diadakan.
Terdapat ramai peminat-peminat perlumbaan Formula 1 yang menghadirkan diri untuk menyaksikan perlumbaan dan aksi pasukan pilihan mereka. Terdapat banyak booth-booth yang menjual pelbagai pakaian dan peralatan berkaitan dengan Formula 1. Antara yang menarik perhatian adalah team Redbull yang mempunyai rekaan pakaian yang menarik.
Kami juga tidak ketinggalan mengenakan tshirt polo dan topi khas team redbull infiniti yang ditaja oleh pihak Exness.
Pertama kali mengunjungi Litar F1 Sepang, ternyata kemudahan tandas dan surau adalah cukup disediakan oleh pihak pengurusan litar. Pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan atau minuman dari luar, sekiranya kelihatan dipegang di tangan, pihak urusetia yang menjaga pintu masuk ke kawasan Grand Stand akan meminta untuk kita buang atau habiskan minuman atau makanan tersebut.
Dalam ruangan Grand Stand, terdapat banyak gerai-gerai dan booth-booth yang menjual pelbagai perkara, antaranya makanan, minuman, bluetooth headset untuk mendengar ulasan secara langsung dan beberapa lagi perkara lain.
Cuaca yang panas memerlukan pengambilan air kosong yang secukupnya, nasib baik pihak Exness telah sedia maklum dengan perkara ini. Mereka menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya sepanjang 3 hari program berlangsung.
Sementara menanti perlumbaan sebenar, ada beberapa perlumbaan sampingan yang diadakan. Menarik juga melihat kereta lain berlumba, walaupun yang pasti lebih menggembirakan adalah melihat perlumbaan sebenar.
Perlumbaan Formula 1 Sepang
Sekitar jam 2 petang, kelihatan gadis-gadis litar, tentera dan beberapa lagi pihak bersiap sedia untuk perlumbaan. Gadis-gadis litar yang berpakaian kebaya warna petronas berbaris dengan membawa bendera-bendera negara pemandu Formula 1. Mereka berarak keluar dari kawasan pit menuju ke kawasan grid di atas litar. Dalam keadaan cuaca yang panas, ianya bukanlah tugas yang mudah sebenarnya.
Sesudah para gadis litar berada di kawasan grid, semua team Formula 1 kelihatan mula keluar membaca peralatan seperti tayar dan beberapa perkakasan lain ke kawasan grid. Mereka semua berpakaian lengkap mengikut team masing-masing. Terdapat beberapa set tayar yang dibawa ke kawasan grid.
Setelah semua bersedia, barulah para pemandu membawa kereta mereka ke atas litar sebelum ditolak oleh krew-krew yang terlibat ke kedudukan grid permulaan masing-masing. Proses keseluruhan mengambil masa hampir satu jam sebelum mereka memulakan perlumbaan.
Melihat persiapan setiap team dari dekat, memberikan pemahaman dan pengalaman yang berbeza jika dibandingkan semasa menonton melalui televisyen. Terima kasih Exness kerana menjemput kami untuk merasai dan melihat sendiri dari dekat perlumbaan yang berprestig ini.
Perlumbaan kali ini memang menarik, terdapat beberapa insiden yang menyebabkan kebanyakan kereta terpaksa masuk ke kawasan pit sebelum meneruskan semula perlumbaan. Disebabkan cuaca yang sangat panas, ada beberapa team yang terpaksa menukar tayar kepada yang lebih sesuai.
Sesi kejar mengejar yang berlaku, semuanya adalah menyeronokkan dan menggemparkan. Team Redbull Infiniti yang terdiri daripada pemandu-pemandu muda tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak menaiki podium, mereka menunjukkan prestasi yang baik dan dengan pengalaman yang lebih banyak, pasti akan memberi saingan yang lebih hebat.
Pada penghujung perlumbaan, kelihatan ramai penonton yang berdiri. Pada mulanya kami ingat mereka sekadar berdiri untuk menyokong pelumba yang memenangi perlumbaan pada hari tersebut. Namun aktiviti selepas semua kereta masuk ke kawasan pit sangat mengejutkan.
Ramai yang telah memanjat penghadang grand stand dan turun ke kawasan litar. Melihat ramai yang berbuat demikian, kami juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan perkara yang sama. Mungkin memang sudah menjadi tradisi, tiada pengawal atau polis yang menghalang perbuatan tersebut.
Peluang untuk berdiri sendiri di atas litar memang pengalaman yang sangat menyeronokkan, berada di celah-celah kelompok orang ramai, melihat pemenang di podium, melihat kereta selepas perlumbaan di kawasan pit, semuanya adalah pengalaman yang menarik. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Exness kerana memberi peluang untuk mengalami semua ini.
Pastinya 3 hari berada di Litar F1 Sepang, merupakan pengalaman yang berharga dan menyeronokkan.
61 Comments
wah pasti seronok merasai pengalaman formula one ini sendiri, kawan memang tak pernah lagi merasainya
Curahan rasa onlajer @ ..Saya hensem dan genius! Komisen Ashadee April 2015
Malaysia memang the best… mau tanya nih berapa pusingan gp malaysia kemarin?
Kata Kata Cinta Roantis Buat Girl Friend
Curahan rasa gina @ ..Resep Membuat Kue Kering Spesial Untuk Lebaran 2015
Bahasa malayasia yang lucu
Curahan rasa gina @ ..Gambar Terbaru Kata Kata Bahasa Sunda Lucu 2015
wah bestnye..peluang dapat tengok formula 1 secara live memang pengalaman yang menarik dalam hidup
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Lenovo A5000
Tahniah..
Ini satu penghormatan buat blogger. Memang mengujakan bila dapat tengok live F1.
Tambahan pula Vettel menang perlumbaan tu. Team Petronas kita pulak i tempat kedua dan ketiga.
Curahan rasa NFH @ ..Mengapa Pelindung Matahari Patut Jadi Teman Sejati Anda?
Bestnya diberi peluang tengok perlumbaan F1 secara direct ni. Siap jadi jemputan lagi. Memang mengujakan 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Mudah Bercerai Susu Dengan Anak
wajib bawak topi dan payung ke sepang ni..kalau tak mau hangus…terbaik !
Curahan rasa Zul @ ..Belajar Bahasa Inggeris berkesan
bestnya. anak ank mesti suka klau dpt bwk tngok lumba kete camni. huhu
Bestnya boleh tengok acara ini dengan lebih dekat. Pastinya jadi pengalaman hidup yang bermakna juga..
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Tips Kumpul Stok Susu Badan Dengan Modal Yang Ciput
Rakan-rakan blogger Malaysia bisa nonton F1 maupun MotoGP karena Malaysia punya sirkuit Sepang. Kalau Indonesia belum… 🙁
Curahan rasa Dawaihati @ ..How To Become A Super Affiliate In Niche Markets
tiada lintas lansung ke kang, mungkin ada rakamannya nanti. mudahan aka ada di sana juga akan datang
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Social Media Week 2015
Untung lah boleh saksikan perlumbaan dari jarak dekat. gambar pulak cantik2 anglenya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib?
nonton langsung F1 mestilah seru bisa lihat langsung lewis hamilton dan alonzo
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Melatih Anak Agar Rajin Shalat
Wooooow!Mesti teruja dpt tgk live f1 di sepang..dah lama teringin nak ke sepang sejak zaman shumacher lg…hoho
Curahan rasa hafizmd @ ..6 Kriteria Soalan Temuduga Separa Perubatan 2015
Keren mas photo-photonya Formula 1-nya … Kalau saya suka olahraga balapan MotoGP mas …
Curahan rasa Info Menarik @ ..Kegiatan Apa Saja Sebagai Persiapan Tes EPS Topik
Motogp pun hebat! Tp sygnye saye dah kurang layan…skrgpun dah xtau penunggang feveret..tp yg sye ttp admired ialah m.doohan
Curahan rasa hafizmd @ ..6 Kriteria Soalan Temuduga Separa Perubatan 2015
Memang ingat lagi zaman Mick Doohan, Motor GP sebelum era 90an lagi. spesifikasi FI pun dah banyak berubah, enjin zaman 3.0L V10 banding sekarang 1.6L turbocharged V6.
Curahan rasa Denaihati @ ..GST realiti sebenar
MotoGP memang best. Paling best bila Valentino Rossi menang perkumbaan minggu lepas. Dah lama beliau tak menang.
Curahan rasa NFH @ ..Mengapa Pelindung Matahari Patut Jadi Teman Sejati Anda?
Comments are closed.