Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penat menganjurkan #SBB2013 terasa hilang apabila melihat Dewan Hotel Singgahsana penuh dengan Rakan Blogger, Penaja, Aktivis Sosial Media, Media dan Tetamu Jemputan.
Lebih gembira apabila melihat Blogger demi Blogger naik ke pentas memeriahkan majlis dan ramai Rakan Blogger dan Penaja yang diinterview oleh Media. Matlamat utama menjadikan #SBB2013 sebagai platform memperkenalkan seramai mungkin Rakan Blogger tercapai.
Dalam kegembiraan terkejut apabila melihat Sahabat Bro Jejai ditolak masuk ke dalam dewan oleh Isteri beliau. Tidak dapat menahan sebak apabila Bro Jejai sudah tidak mengenali aku dan kelihatan ramai Rakan Blogger lain yang rapat dengan Bro Jejai melarikan diri menjauhkan diri kerana tidak tahan menahan sebak hati.
Terima ksih kepada Rakan Blogger dari Indonesia dan Brunei serta jemputan dari Indonesia dan Kemboja yang sudi bersama dengan #SBB2013. Terasa nusantara majlis #SBB2013.
Walaupun aturcara seakan-akan rojak tetapi nampak kepuasan di muka setiap Rakan Blogger yang sanggup menunggu melebihi jam 6 pm walaupun janjinya #SBB2013 akan tamat sebelum jam 6 pm. In shaa Allah banyak yang penganjur pelajari untuk memperbaiki seandainya ada sokongan untuk menganjurkan #SBB2014.
Tahniah kepada pemenang iPhone 5 Gabget Impian seperti telah dikata hadiah bukan segalanya yang paling penting kita telah berjaya membina ukhwah dan jaringan yang boleh membina persahabatan berpanjangan. In shaa Allah tunggukan contest yang hebat untuk 2013.
Terima kasih kepada Penaja seperti disenarai di SINI yang sudi menaja berbagai hadiah tapi rasanya taklah sampai RM100k seperti kata sahabat Blogger dalam entrinya di SINI. Selain Rakan Blogger, Penaja, Media tidak dilupakan AJK dan Sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan #SBB2013 menjadi acara gilang gemilang yang santai (tak sempat nak bergambar dengan Rakan-Rakan yang hebat ini).
Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi menjadi moderator dan panel untuk mini forum, banyak ilmu yang dapat dicedok dari perkongsian Abang Ensem, Kak Jie, Beautifulnara, Ustaz Nur Effendi, Broframestone, Yuyu Zulaikha, Amanz dan Bang Iwan.
Untuk melihat berbagai foto menarik dan senda gurau #SBB2013 sila ke SINI.
Semuga #SBB2013 menjadi langkah pertama untuk 1000 langkah Kejayaan.
(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … maaf ya!!)
181 Comments
Alhamdulillah akhirnya bisa berjalan dengan lancar SBB2013 ini senangnya bisa melihat keceriaan rakan-rakan blogger semuanya…
Tahniah kepada para pemenang dan juga yang mendapatkan hadiah cabutan pula.
Semoga silaturahmi dan persahabatan akan senantiasa terjalin terus aamiin..aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Tayammum
Sayang sekali Mas Ferry tidak bisa ikutan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
Moga tahun depan Mas Ferry bisa join…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
Insyaallah…ada masa, ada rezeki, satu hr nti aku akan join juga…btw tahniah kpd semua rakan2 blogger yg join projek ni.Terbaik!!!
Curahan rasa yas @ ..Seoul Central Mosque Dalam Kenangan
kalau berkesempatan lain kali boleh join pulak..
Curahan rasa pipoq @ ..Agama hanya ibadah ?
2013 di mulai dengan event terbaik …
menariknya. pasti menambah network denaihati
Memang meriah. Rasanya boleh wat kat Indonesia atau S’pore plak lepas ni utk penjenamaan lebih mantap kat sana.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Denaihati kerana berjaya menganjurkan SBB2013 dengan cemerlang… Diharap saya berkesempatan untuk turut serta dalam SBB2014 nanti…
Waa..menariknya event ni…bila la dapat bersama dengan otai-otai blogger ni semua 🙂
Alhamdulillah…. tercapai jugak hasrat saya nak bertemu bersua muka dengan Tuan DH nie…. sangat senang hati ….
tahniah pasukan Denaihati, jadikan ni sebagai acara tahunan
aiseh..ada plak gambar gua kat sini..haha
meriah nampak majlisnya. Tahniah kepada tuan Denaihati kerana berjaya menganjurkannya dengan gilang gemilang.
Seronok lihat semua orang seronok di SBB2013 😀
Curahan rasa anif @ ..Perkara Negatif Boleh Berjangkit
Assalamualaikum Tuan DH,
Secara personal, saya berpuas hati dengan perjalanan program ini dilakukan cumanya dalam segmen mini talk bersama blogger kala boleh sediakan masa yang lebih sedikit beserta dengan slideshow dari panel.
Terima kasih -SH
Curahan rasa shahrollphoto @ ..Behind The Scene: Sepetang Bersama Blogger anjuran Denai Hati 2013 by shahroll
Assalamualaikum Tuan DH,
Secara personal, saya berpuas hati dengan perjalanan program ini dilakukan cumanya dalam segmen mini talk bersama blogger kala boleh sediakan masa yang lebih sedikit beserta dengan slideshow dari panel.
Terima kasih -SH
Curahan rasa shahrollphoto @ ..Behind The Scene: Sepetang Bersama Blogger anjuran Denai Hati 2013 by shahroll
Comments are closed.