Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penat menganjurkan #SBB2013 terasa hilang apabila melihat Dewan Hotel Singgahsana penuh dengan Rakan Blogger, Penaja, Aktivis Sosial Media, Media dan Tetamu Jemputan.
Lebih gembira apabila melihat Blogger demi Blogger naik ke pentas memeriahkan majlis dan ramai Rakan Blogger dan Penaja yang diinterview oleh Media. Matlamat utama menjadikan #SBB2013 sebagai platform memperkenalkan seramai mungkin Rakan Blogger tercapai.
Dalam kegembiraan terkejut apabila melihat Sahabat Bro Jejai ditolak masuk ke dalam dewan oleh Isteri beliau. Tidak dapat menahan sebak apabila Bro Jejai sudah tidak mengenali aku dan kelihatan ramai Rakan Blogger lain yang rapat dengan Bro Jejai melarikan diri menjauhkan diri kerana tidak tahan menahan sebak hati.
Terima ksih kepada Rakan Blogger dari Indonesia dan Brunei serta jemputan dari Indonesia dan Kemboja yang sudi bersama dengan #SBB2013. Terasa nusantara majlis #SBB2013.
Walaupun aturcara seakan-akan rojak tetapi nampak kepuasan di muka setiap Rakan Blogger yang sanggup menunggu melebihi jam 6 pm walaupun janjinya #SBB2013 akan tamat sebelum jam 6 pm. In shaa Allah banyak yang penganjur pelajari untuk memperbaiki seandainya ada sokongan untuk menganjurkan #SBB2014.
Tahniah kepada pemenang iPhone 5 Gabget Impian seperti telah dikata hadiah bukan segalanya yang paling penting kita telah berjaya membina ukhwah dan jaringan yang boleh membina persahabatan berpanjangan. In shaa Allah tunggukan contest yang hebat untuk 2013.
Terima kasih kepada Penaja seperti disenarai di SINI yang sudi menaja berbagai hadiah tapi rasanya taklah sampai RM100k seperti kata sahabat Blogger dalam entrinya di SINI. Selain Rakan Blogger, Penaja, Media tidak dilupakan AJK dan Sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan #SBB2013 menjadi acara gilang gemilang yang santai (tak sempat nak bergambar dengan Rakan-Rakan yang hebat ini).
Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi menjadi moderator dan panel untuk mini forum, banyak ilmu yang dapat dicedok dari perkongsian Abang Ensem, Kak Jie, Beautifulnara, Ustaz Nur Effendi, Broframestone, Yuyu Zulaikha, Amanz dan Bang Iwan.
Untuk melihat berbagai foto menarik dan senda gurau #SBB2013 sila ke SINI.
Semuga #SBB2013 menjadi langkah pertama untuk 1000 langkah Kejayaan.
(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … maaf ya!!)
181 Comments
alhamdulillah syukur, betul kata admin walaupun acara pada hari tersebut agak rojak kerana jadual sudah lari, ini disebabkan oleh sambutan dari rakan blogger, penaja dan aktivis yang sangat2 mengejutkan kami, terlalu banyak…. tapi ianya berakhir dengan satu kenangan yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh semua yang terlibat, inshaaAllah kami akak perbaiki untuk majlis2 yang akan datang
Curahan rasa sweetkurma @ ..telekung sweetkurma
kenangan yang terhasil sudah pasti akan diingati selagi bernama blogger… apatah lagi sekiranya ada yang menyentuh jiwa… alhamdulillah…segalanya berjalan lancar… 🙂
Curahan rasa Pendekar @ ..Sejarah Penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
hebat,,blogger dari indonesia juga ada ya ? mantap DH,,,,
Apa pun, ianya sangat meriah walaupun tak ikut serta. ='(
Curahan rasa Man @ ..Kenyataan Khas CandidSyndrome Mengenai Isu Liyana Jasmay
Ya tahniah dan syabas atas kejayaan penganjuran 🙂 hehehe… First time dapat pergi 🙂
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Terasa Diri Ini Kecil #SBB2013
wahhhh…kau pergi jugak ke izzu??? untung laaaa….
Curahan rasa Pendekar @ ..Sejarah Penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
abang berkumis dan mengenakan baju batik tu, kacak. =)
Curahan rasa Man @ ..Kenyataan Khas CandidSyndrome Mengenai Isu Liyana Jasmay
Apa pun, ianya sangat meriah walaupun tak ikut serta. ='(
Beliau adalah salah satu blogger Indonesia, Bang Iwan panggilannya…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Pertemuan Mengesankan Sepetang Bersama Blogger 2013
beliau adalah salah seorang top commentator di blog ini… sangat bagus sebenarnya mengenali blogger seperti beliau… teringin juga hendak mengenali beliau….
Curahan rasa Pendekar @ ..Sejarah Penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
He..he… kenalan melalui koment disini juga sudah sangat bersyukur.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
Pendekar juga hebat dalam berkomentar.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
Hanya 2 hari muncul disini, komentnya meletup-letup
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
Hadir di acara ini, banyak sekali yang saya dapatkan. Terima kasih Denaihati…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Pertemuan Mengesankan Sepetang Bersama Blogger 2013
Meski tak dapat hadiah iPhone 5 pun…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Pertemuan Mengesankan Sepetang Bersama Blogger 2013
betul Kang…. sambutan sahabat dan terutama founder dari denaihati adalah hadiah terbesar yang pernah kita terima
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
Meski hanya sebentar, tapi memberikan kesan yang mendalam
Curahan rasa Dawaihati @ ..Pertemuan Mengesankan Sepetang Bersama Blogger 2013
Moga bisa kembali berjumpa di event-event lainnya…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Pertemuan Mengesankan Sepetang Bersama Blogger 2013
sekarang bukan lagi tapi telah bertemu muka dengan blogger-blogger Malaysia Alhamdulillah
“maksudnya bukan lagi mimpi”
Bertuah jumpe bang munir…alhamdulillah
Curahan rasa hafizmd @ ..Sehari di #SBB2013 yang Sungguh Hensem & Anggun!
Terima kasih DH kerana memberikan peluang kepada saya bertemu bloggers yang hebat semua..
Curahan rasa abangkhai @ ..‘Gian’ bermain Bowling!
Selamat atas berlangsungnya acara sepetang bersama blogger tahun 2013 yang berjalan dengan lancar dan sukses
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Bantuan Hidup Dasar
tahniah atas kejayaan event #SBB2013 🙂
Curahan rasa beckhrooy @ ..Earning Nuffnang Sudah Boleh Cash Out
Tanniah kepada tim Denaihati dan penaja bertungkus lumus menjayakan majlis #SBB2013. Mungkin permintaan saya agak besar untuk menjadi majlis ini sebagai acara tahunan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
Mungkin boleh dipertimbankan sekiranya kita sama2 turun pandang jadi ajk.hehehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Sehari di #SBB2013 yang Sungguh Hensem & Anggun!
Bersyukur pd Allah semua berjalan seperti yg dirancangkan. Tahniah buat semua… 🙂
Curahan rasa auc @ ..Semak Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia | STAM 2012 Online
Comments are closed.