Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penat menganjurkan #SBB2013 terasa hilang apabila melihat Dewan Hotel Singgahsana penuh dengan Rakan Blogger, Penaja, Aktivis Sosial Media, Media dan Tetamu Jemputan.
Lebih gembira apabila melihat Blogger demi Blogger naik ke pentas memeriahkan majlis dan ramai Rakan Blogger dan Penaja yang diinterview oleh Media. Matlamat utama menjadikan #SBB2013 sebagai platform memperkenalkan seramai mungkin Rakan Blogger tercapai.
Dalam kegembiraan terkejut apabila melihat Sahabat Bro Jejai ditolak masuk ke dalam dewan oleh Isteri beliau. Tidak dapat menahan sebak apabila Bro Jejai sudah tidak mengenali aku dan kelihatan ramai Rakan Blogger lain yang rapat dengan Bro Jejai melarikan diri menjauhkan diri kerana tidak tahan menahan sebak hati.
Terima ksih kepada Rakan Blogger dari Indonesia dan Brunei serta jemputan dari Indonesia dan Kemboja yang sudi bersama dengan #SBB2013. Terasa nusantara majlis #SBB2013.
Walaupun aturcara seakan-akan rojak tetapi nampak kepuasan di muka setiap Rakan Blogger yang sanggup menunggu melebihi jam 6 pm walaupun janjinya #SBB2013 akan tamat sebelum jam 6 pm. In shaa Allah banyak yang penganjur pelajari untuk memperbaiki seandainya ada sokongan untuk menganjurkan #SBB2014.
Tahniah kepada pemenang iPhone 5 Gabget Impian seperti telah dikata hadiah bukan segalanya yang paling penting kita telah berjaya membina ukhwah dan jaringan yang boleh membina persahabatan berpanjangan. In shaa Allah tunggukan contest yang hebat untuk 2013.
Terima kasih kepada Penaja seperti disenarai di SINI yang sudi menaja berbagai hadiah tapi rasanya taklah sampai RM100k seperti kata sahabat Blogger dalam entrinya di SINI. Selain Rakan Blogger, Penaja, Media tidak dilupakan AJK dan Sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan #SBB2013 menjadi acara gilang gemilang yang santai (tak sempat nak bergambar dengan Rakan-Rakan yang hebat ini).
Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi menjadi moderator dan panel untuk mini forum, banyak ilmu yang dapat dicedok dari perkongsian Abang Ensem, Kak Jie, Beautifulnara, Ustaz Nur Effendi, Broframestone, Yuyu Zulaikha, Amanz dan Bang Iwan.
Untuk melihat berbagai foto menarik dan senda gurau #SBB2013 sila ke SINI.
Semuga #SBB2013 menjadi langkah pertama untuk 1000 langkah Kejayaan.
(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … maaf ya!!)
181 Comments
Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada DH dan team yang bertungkus lumus menjayakan SBB2013.
Rasa macam tak percaya dapat hadirkan diri bertemu rakan-rakan yang selama ini hanya berhubung melalui blog.Secara jujur majlis ini sangat bermanfaat buat rakan2 blogger yang hadir.Double thumbs up untuk team Denaihati.
*pasal gambar tu DH berhak ambik 🙂
Curahan rasa azmanisma @ ..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
dan macam tak percaya hadiahnya hebat-hebat belaka…
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
Apalagi saya Bro…. sebuah kehormatan besar bisa gabung dengan rekan blogger dari Malaysia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
harap tahun depan ade kesempatan nak join..apepun tahniah sebab buat event besar ni..
Curahan rasa afif @ ..Segmen Bloglist Syaifuddin Alias
salam..
terima kasih Boss..
ermm, tak sempat nak sembang lama..
nampak macam Bro sibuk je melayan
ramai tetamu..saya pun habis je, terus
teman blogger yang baru kenal (prohariz)
ke LRT stesen sebab dia tak tahu jalan dan
ada urusan lain..mungkin kita bertemu di lain
masa..TAHNIAH keran berjaya menganjurkan
program ini yang saya anggap terbaik dalam
menyatukan blogger di seluruh Asia Tenggara
hai DH,
meriah sungguh majlis sepetang bersama blogger 2013 ini, semoga blogger yang hadir dapat sesuatu yang bermanfaat dari majlis ini terutama dapat mengeratkan lagi persahabatan sesama blogger.
Curahan rasa donnyien @ ..Terbang Tinggi Bagai Burung Rajawali
salam bro.. nanti kalau ade info pasal rebuild for gaza tu.. harap bro kasik tau ye. thanks. ramai gak yang selected tertanya-tanye pasal progrem ni. harap dapat pencerahan bro untuk next article. terima kasih!
Hebat-hebat belaka… tahniah moga bertambah sukses…
Curahan rasa Travel-Zoom @ ..Eight Smart Travel Tips to Save Money and Fly Safer
wah semua blogger blogger hebat! terbaik dari ladang! semoga semua terus sukses!
Curahan rasa Dr Fuh @ ..TONTON ONLINE SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 21
Wahhh meriah nya…
Curahan rasa Travel-Zoom @ ..Cheap Travel Websites – The Best of the Best
tahniah DH atas penganjuran majlis ini. moga majlis sebegini akan diteruskan untuk tahun hadapan..
alhamdulillah..2 org rakan saya menang cabutan bertuah & berpeluang berjumpa rakan2 blogger yg lain..
mungkin lain kali boleh juga buat slot untuk para blogger memperkenalkan diri & blog masing2.
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Oreo Crepe dan Mango Crepe
bila nak perkenalkan dan jumpa cigu laili nih? 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
insya Allah..kalau balik ke Sg Besar bolehlah jumpa dgn ciklaili.com + suami, cikRA & kak Ain sekali..kami mengajar di sekolah yg sama.
Curahan rasa ciklaili.com @ ..5 Blog Pilihan ciklaili.com (Part 3)
tgk updated kt twitter,instigram, dan FB SBB2013 ni happening…mmg rugi tak dapat join…
TQ banyak-banyak DH anjurkan majlis macam ni… Tuhan je yang dapat membalas jasa DH bagi makan free pada kitorang.. Semoga ada lagi majlis-majlis macam ni pada masa akan datang untuk menghilangkan keseganan saya yang segan gila masa majlis kali ni..hehehe
terima kasih kerana beri dayah dan suami menyertai #sbb2013 , byk yg dapat dayah pelajari… 😀
untung laaa dayah laki bini menang hadiah.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
saya sebagai participant sangat berpuas hati dengan aktiviti pihak penganjur semalam. banyak manfaat dan kenalan baru saya perolehi di sana. Terima kasih yang amat buat Tuan Denaihati.
Curahan rasa Syed Ikhwan @ ..Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013
terbaek team denaihati..Rasa macam nak jadi sukarelawan pula tahun depan
Curahan rasa faizalPj @ ..Aksi Pemenang Bertuah Sepetang Bersama Blogger 2013
Team denaihati mantap, patut menjadi rujukan buat Master Blogger di Indonesia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
Comments are closed.