Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang Denaihati tertarik dengan status SEO tulisan Datuk Roslan Ab Hamid di Facebook beliau. Datuk Roslan sahabat Abang masa belajar di UKM dan sekarang sudah berjaya menjadi sifu public speaking dan story telling. Bila bercerita tentang SEO memang tidak dapat dipisahkan dengan blog tetapi sebenarnya teori yang sama boleh digunakan dalam bisnis.
Abang menjadi menulis blog Denaihati sejak Julai 2008. Politik yang bigung adalah entri pertama blog Denaihati. Sebenar sebelum blog Denaihati, Abang sudah menjadi blogger mengguna domain underground yang majoritinya berbahasa Inggeris. Abang ada misi besar menulis blog bukan sekadar extra income untuk beli barang dapur sahaja.
Penulisan blog ada seninya yang apabila kita ikut caranya akan memberi keputusan yang sangat menakjubkan. Antara seni blog adalah SEO yang apabila kita fahami akan memberi trafik organik yang sangat tinggi sehingga menghasilkan bounce rate yang sangat rendah. Bounce rate blog Denaihati terkini 4.84% berbanding bulan Jun 2016 bounce rate blog Denaihati pada 5.51%. Bestkan bila bounce rate blog kita rendah. Maknanya setiap pembaca yang datang pasti akan tersangkut di blog kita untuk membaca beberapa entri yang lain. Kepada rakan blogger baru yang mungkin tak berapa mahir dengan makna bounce rate sila baca artikel “Bounce rate tak sesuai untuk blog” ada sedikit kupasannya.
Ada yang tanya apa itu trafik organik? Trafik organik adalah trafik yg datang dengan kerelaan sendiri dari search engine antaranya Google dan Yahoo. Trafik organik boleh menjana database baru yang sangat berkuasa untuk meningkatkan nilai sesebuah blog apabila blog kita ada teknik mengumpul database tersebut.
Tiada bezanya dengan bisnis apabila kita membina jenama yang baik cara seni SEO maka pelanggan akan datang dengan rela dari satu pelanggan ke pelanggan yang lain. Database pelanggan kita akan bertambah kerana ada sahaja pelanggan baru dan sebahagian pelanggan akan menjadi pelanggan setia. Sesekali buat contest, sesekali bagi offer runtuh, sesekali buat roadshow untuk bagi suntikan berbeza dalam pemasaran dan penjenamaan.
Istiqomah dengan seni menulis blog pasti blog akan terus memberi ilmu kepada dunia begitu juga bisnis akan terus semarak apabila minda bisnis ada dalam diri bukan sekadar ikut-ikut orang. Bila diuji jadi panik tak tahu nak buat apa.
Nak belajar cara profesional urus blog sehingga boleh meningkatkan sale bisnis anda menggunakan SEO, kami team Denaihati bersedia membantu, sila email ke [email protected]
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
42 Comments
Alhamdulillah.. SEO sememangnya banyak membantu saya dalam usaha saya mempromosikan homestay melalui blog..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Setakat ni iklan homestay saya 100% bergantung kepada blog.. tiada fanpage atau pengiklanan di mudah.. cuma di blog saya sahaja.
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Tapi nak pastikan keyword2 berkaitan dgn homestay saya dpt bertahan di page pertama google memang mencabar..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Tanpa SEO blog gak bisa berkembang dan gak bisa bersaing untuk jadi yang pertama di Search Engine
SEO itu emang bisnis masa depan yang menguntungkan,investasi di SEO juga gak rugi. Thanks informasinya
gambar dua lejen dalam dunia online..tidak dapat dipisahkan..
ternyata blog tanpa SEO akan kurang bisanya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jejaka Samarahan Ini Nak Buat Kecoh
Meletuh tu apa ye? Pertama kali pula dengar perkataan tu.
Kunci sukses keberhasilan blog
SEO ini bagi yang nak buat jualan dalam blog amat penting. Team denaihati nak kongsi ilmu. Jom sama-sama belajar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Tips Jangan Mudah Mengalah dan Putus Asa Jobdirumah
Bagi yang nak pergi jauh dalam dunia blog ni. Memang bagus sekali belajar SEO ini. Saya pun masih belajar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Tips Jangan Mudah Mengalah dan Putus Asa Jobdirumah
Kalau pandai main seo ini memang bisa meningkatkan kualitas website, saya pun lagi belajar.
Mohon izin berbagi ilmu SEO, saya sedang mendalami Seo yang bagus untuk website.
Bagus yang nak mendalami benda ni. Insyallah jika rajin belajar akan dapat ilmunya. Usaha itu penting.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Tips Jangan Mudah Mengalah dan Putus Asa Jobdirumah
Ngeblog tidak bisa lepas dari SEO. Apalagi tujuan ngeblognya untuk menjadi penghasilan sampingan, harus benar-benar mengerti dan menguasai perkembangan SEO dari waktu ke waktu
Curahan rasa Dawaihati @ ..Qurban Online eQurban di Indonesia, Kamboja dan Mekah
Ilmu SEO memang power! Saya pun masih terus belajar dari semasa ke semasa untuk mantapkan lagi ilmu SEO yang ada. Boleh gunakan untuk blog dan website bisnes.
Curahan rasa Anarm @ ..Kredit Kena Telan Sebab Caj Tersembunyi Syarikat Telekomunikasi
Tips yang berguna. Kepada yang nak tahu lebih tentang SEO ini, ayuh Bro denaihati dan team sedia membantu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..2 Cara Murah Membunuh Nyamuk Dengan Pencuci Pinggan
Memang jika pandai main seo ini memang menjadi. Tapi nak kena belajar. Saya pun tengah belajar lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..2 Cara Murah Membunuh Nyamuk Dengan Pencuci Pinggan
Memang bagus belajar SEO. Sayapun masih belajar lagi. Tak pandai nak kena tahu itu ini juga. Terima kasih atas perkongsian ini bro DH.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah September 2016
Comments are closed.