Top 5 penulis komen November 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mohon maaf kerana lambat mengumumkan top 5 penulis komen November 2015. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa singgah membaca setiap entri dan meninggalkan rasa hati melalui komen-komen yang menarik dan berkualiti. Tahniah kepada top 5 November iaitu Noriza Rahman, SuperNifz, Sensasi2020, Sani dan Jobdirumah buat duit. Pemenang akan dihadiahkan sekotak Codi Cafe bernilai RM55, sila PM nama, email, no hp, alamat kepada Shakiddo.

top 5 komen November 2015

Komen yang menarik dan berkualiti bukan sekadar membuka minda pembaca malahan diterima Google dalam SEO sehingga boleh menarik trafik organik. Bayangkan dengan keyword menarik yang kita tulis dalam komen sesuatu entri blog boleh memberi trafik bukan sahaja kepada blog yang kita tinggalkan komen malahan trafik juga boleh berpindah kepada blog penulis komen. Kepada blogger yang belajar SEO pasti tahu komen di blog bukan sekadar menulis komen tetapi boleh menarik trafik blog dan membina jenama blog.

Rahsia Blogger Biasa-Biasa Menjana Lebih 100 Komisen

Aku dulu sering meninggalkan komen berkualiti di blog yang mempunya trafik tinggi dan jenama hebat untuk membina jenama blog Denaihati di kalangan blogger dan lebih penting mengenalkan blog kepada Google. Strategi ini memang sangat menjadi dan berkesan untuk blog Denaihati. Mungkin rakan blogger boleh meniru strategi ini untuk meningkatkan prestasi blog ketahap yang lebih tinggi.

798 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!