Biodata Datuk Abdul Rahim Hashim

Spread the love

Masih ada yang tertanya-tanya siapa Naib Chanselor Universiti Malaya.

Nama beliau disebut sejak akhir-akhir ini rentetan daripada kisah mahasiswa demo semasa majlis konvokesyen. Beliau juga memberi ucapan di Kongres Maruah Melayu baru-baru ini.

Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hj. Hashim kini adalah Naib Canselor Universiti Malaya (UM). Sebelum pelantikan ini, beliau adalah Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS sejak 1 November 2012.

Nama penuh : Abdul Rahim Hashim
Pendidikan :
– Harvard Business School (Electronics and Electrical Engineering – 1976)
– University of Birmingham (Honorary Doctorate in Engineering – 2006)

Sejarah pekerjaan :
Executive Director – Tenggara Oil BHD 09/2003
Vice Chancellor – University of Malaya
VP:Research & Technology Petroliam Nasional BHD
President – Tenggara Oil BHD
Managing Director – Tenggara Oil BHD
CEO/Managing Director – Petronas Penapisan
CEO/Managing Director – Malaysian Refining Co
VP:Gas Busineess – Petroliam Nasional BHD
VP:Human Resources ManagementPetronas

Keahlian :
International Gas Union
Asia Pacific Natural Gas Vehicle Association
Malaysian Gas Association
Institute of Engineers Malaysia
Board of Engineers Malaysia
American Institute of Chemical Engineers
National Science & Research Council of Malaysia

Sedikit biodata mengenai Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim ialah beliau merupakan mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas dan berlatarbelakangkan kejuruteraan. Beliau juga pernah menjadi salah seorang ahli lembaga Lembaga Jurutera Malaysia selama lima tahun bermula dari tahun 2007 di mana beliau telah berkhidmat sebagai CEO Engineering Technology Accreditation Council (ETAC).

Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor Universiti Malaya telah secara rasminya efektif bermula dari 1 November 2017 sehingga 31 Oktober 2020. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengatakan bahawa pelantikan beliau adalah berfaktor daripada ilmu, kepakaran, pengalaman dan pencapaian beliau sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas.

Ketokohan beliau dalam bidang akademik, tadbir urus korporat dan kemampuan memastikan kemapanan kewangan universiti juga turut terserlah apabila dilantik sebagai Naib Canselor UTP pada tahun 2012 dan memperlihatkan pelbagai kecemerlangan diraih universiti berkenaan.

Pada bulan Oktober 2016, dia diterima sebagai Fellow William Pitt oleh Pembroke College of Cambridge. Beliau ialah Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (2009-2012) yang lalu, Presiden Persatuan Gas Malaysia (2003-2015) dan Presiden Persatuan Kenderaan Gas Asli Asia Pasifik (2003-2009). Beliau juga telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan Harvard pada tahun 1997.

Pelantikan Abdul Rahim dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau kepada kecemerlangan UM sebagai universiti tersohor dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta pemerkasaan masyarakat ke arah mencapai hasrat menempatkan UM dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!