Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kelima yang terpilih adalah blog status PR2 UpProfits telah mengumpul 2105 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy Note menjadi impian dan harapan UpProfits semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati UpProfits kenapa Samsung Galaxy Note menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Samsung dan Apple kini menjadi jenama Gadjet Impian ramai orang. Tahun baru 2012 ini tak mustahil ramai yang berazam nak dapatkan salah satu produk jenama tersebut. Termasuklah aku. Kalau korang mengikuti entri aku sebelum ini, sudah tentu tahu apa Gadjet Impian aku.
Ya, Samsung Galaxy Note. Cuma nak beli tu kenalah ambil masa kumpul duit. Nak cepat, cuba nasib sertai Contest, Cabutan Bertuah atau yang seumpama dengannya. Manalah tahu usaha kita tuh boleh membuahkan rezeki.
Sebenarnya memang dah lama aku ikuti perkembangan pesat trend Gadjet di Malaysia. Cuma buat masa ini hanya dapat memerhati perkembangan trend Gadjet semasa. Bak kata orang, jangan kita ketinggalan zaman dan tenggelam dalam arus teknologi masa kini. Bermula dengan perkembangan trend Handphone, kemudian diikuti dengan notebook, DSLR dan kini smartphone dan tablet. Jangan terkejut kalau budak sekolah pun dah ada Gadjet sendiri.
Koleksi Gadjet aku ketika ini hanyalah sebiji handphone 2G, Laptop 15″ dan Camera Kompak. Jangan korang gelak pulak dengan Gadjet Antik aku tuh. hehe. Bukan kolot atau tak mahu mengikuti perkembangan Gadjet masa kini cuma lebih mengikut kemampuan semasa terlebih dahulu.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku beli gadjet idaman hati. Tengok kecanggihan smartphone baru, tertarik. Tengok rakan-rakan sekerja bimbit Tablet dan iPad baru pun aku tertarik. Tengok gambar-gambar menarik rakan-rakan hasil dari DSLR pun aku tertarik juga. Whoa, semua tertarik nih takkan la nak beli semua kan? Berangan jelah dulu. Hahaha.
Sehinggalah muncul produk terbaru Samsung Galaxy Note. Aku rasa produk ini merupakan pilihan terbaik untuk dimiliki selain produk Apple kerana ia menawarkan apa yang aku mahu All-in-One. Jika digunakan dengan sebaik-baiknya, tak mustahil ianya boleh menambahbaik dan membantu kehidupan kita. Bagaimana? Nanti aku cerita.
Bagaimana bantuan Gadjet boleh membantu kehidupan?
Mengikut trend Gadjet semasa, produk jenama Apple dan Samsung antara jenama pilihan ramai orang diikuti dengan HTC dan lain-lain. Kualiti, harga, populariti dan spesifikasi terbaik menjadi keutamaan dalam persaingan itu.
Pada mulanya, aku terasa ingin memiliki Tablet samada iPad 2 atau pun Galaxy Tab. Tapi bila dah survey kelebihan dan kekurangan Gadjet tersebut, aku ‘hold’ sekejap niat aku tu memandangkan aku dah ada laptop. Lagipun, aku ingat tablet nih semua boleh buat ‘call’ macam Handphone. Bolehlah sekaligus menggantikan Handphone 2G antik aku tuh nanti. Rupanya hanya Galaxy Tab jer yang ada menawarkan ciri-ciri tersebut tapi rasa macam terlalu besar pulak nak letak di telinga, kenalah pakai earphone. hehe.
Selain tu, aku ingat kalau aku ada tablet, tak perlulah aku nak usung laptop aku tu ke mana-mana selain untuk memudahkan urusan kerja. Aku sangka, kegunaan tablet sama seperti laptop. Rupanya hanya untuk kerja atau dokumentasi yang simple sahaja. Maknanya, aku tetap perlukan Laptop aku tu untuk membuat kerja-kerja dokumentasi. Takkan nak beli tablet semata-mata nak main Angry Bird jer. hehe.
Kalau cerita bab kamera pula, memang menjadi kemestian tatkala berkunjung ke destinasi menarik. Memang suatu kerugian kalau terlepas shot atau event menarik gara-gara takder kamera nih. Tapi tak dinafikan, selalu juga tertinggal. Kalau tak tertinggal pun, bateri habis. Kamera handphone? Kamera VGA yang ada dalam Handphone 2G antik aku tuh, tak berapa nak membantu. Lagipun memori Handphone 2G tu kecil jer, tak pasal-pasal jadi mangsa delete kalau memori tak cukup. Tengok rakan-rakan berkongsikan gambar-gambar cantik dari DSLR mereka, tak dinafikan cemburu pun ada. Tapi setakat ni hanya mampu berangan jelah nak ada DSLR sendiri suatu hari nanti. Masa je yang akan menentukan.
Tapi nak memiliki semua gadjet-gadjet tu dalam satu masa macam mustahil pula. Selain sebab harga, boleh ke aku bawa semua tu sekali. Dalam kepala dah terbayang beg besar nak isi gadjet-gadjet tu kalau aku ke mana-mana. Kalau nak ikut keutamaan, mana satu nak bawa ye. Dilema juga nak pilih tu. hahaha. Sehinggalah muncul Samsung Galaxy Note. Aku rasa, ia pilihan terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan aku tu.
Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Pilihan?
Ciri-ciri dan spesifikasi Galaxy Note memang memukau dan aku percaya boleh membantu menambahbaik dan memudahkan urusan harian aku.
Apa yang buat aku tertarik dengan Galaxy Note ni adalah ciri-ciri Smartphone dan Tabletnya selain didatangkan dengan Kamera 8MP. Kat sini je dah ada semua ciri-ciri Gadjet Impian aku, All-in-One. Tak perlulah aku nak fikir nak beli Smartphone, Tablet dan DSLR secara berasingan. Bukankah ianya dah menjimatkan?
Saiznya juga sederhana dengan paparan skrin HD Super AMOLED 5.3″. Kalau korang melihatnya sebagai Handphone, memang nampak agak besar tapi jika melihatnya sebagai tablet, tidaklah terlalu besar. Pendek kata, masih boleh masuk poket. Tablet yang bersaiz 10.1″ pun orang boleh usung ke sana ke mari, inikan pula Galaxy Note. hehe.
Antara kelebihan Samsung Galaxy Note:
- Paparan cantik skrin HD Super AMOLED (pertama dan terbesar 5.3″) sangat sesuai untuk aspek multimedia.
- Skrin besar (5.3″, 800 x 1280 pixels), ringan (178g) dan nipis (9.65mm).
- Camera 8MP + lensa depan 2MP (tak perlu risau tertinggal kamera lagi)
- Rakaman Video HD (tak perlu risau terlepas event menarik untuk diabadikan jadi kenangan)
- Smart Stylus S-Pen (boleh guna untuk catat nota, organiser, edit gambar, melukis dan sebagainya)
- Bateri 2500 mAh (semestinya tahan lama. Standby: Up to 960h (2G), Up to 820 (3G). Talk time: Up to 26h (2G), Up to 13h (3G))
- Sistem Operasi Dual-Core 1.4 GHz ARM Cortex A-9 pasti sangat lancar digunakan.
- Memori Internal 16GB/32GB berserta RAM 1GB + Card Slot MicroSD up to 32GB
- dan lain-lain lagi.
Aku memang dah lama mengimpikan memiliki sebuah smartphone atau tablet bagi menggantikan handphone yang aku pakai sejak 2004. Harap-harap tahun 2012 ini impian tu dapat direalisasikan. Jika ianya dapat membantu memudahkan urusan harian aku, kenapa tidak aku memilikinya. Target tahun 2012.. Samsung Galaxy Note.
.
.p/s – Jika bro DenaiHati dikenali dengan slogan Hidup Untuk Memberi, jangan pula kita dikenali dengan ‘Hidup Untuk Menerima’ je. Jika kita benar-benar mahukan apa yang kita impikan, usahalah ke arah itu. Insya-Allah impian pun boleh menjadi kenyataan. Artikel ini pun adalah sebahagian usaha aku untuk memiliki Gadjet Impian.. Doakan aku berjaya ye. Aminn..
Nota :
- UpProfits diberi masa sehingga 11.59pm, 20/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
836 Comments
singgah sini pulak bagi sokongan, byk betul entri nak kena sokong ni hehehehe
Curahan rasa rosezha @ ..Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini
Tak rugi pun rosezha..silap2 leh jadi teman paling mesra di denaihati nih mcm Bang Iwan dan Dadan..ada rezeki, ada habuan..hehe 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
ye..betul jugak kan, tak rugi pun, tapi abng iwan memang susah untuk ditandingi..hebat betul beliau.
Curahan rasa rosezha @ ..Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini
Saya mmg suka kalu dia dtg sini..mmg byk membantu walaupun baru jer berkenal-kenalan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
sama lah, orang ye mesra walaupun hanya kenal di laman maya saja.
Curahan rasa rosezha @ ..Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini
Kdg2 kwn2 di alam maya juga jauh lbh baik dari kwn2 di dunia nyata.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
betul juga, secara realitinya kita semua tak pernah jumpa di alam nyata kan, tp boleh bergaul mesra di sini
Curahan rasa rosezha @ ..Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini
Biasanya rakan2 maya nih sekadar utk perkongsian pendapat dan pandangan..kiranya lbh kurg mcm kita luahkan rasa hati kat blog jugak la..biarpun menghadapi isu sama, pendapat dan pandangan setiap org pasti ada yg berbeza..pengalaman setiap org juga xsama..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
setuju, mungkin sebab itu lebih senang mesra kot, berfikiran sama.
Curahan rasa rosezha @ ..Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini
Sembang ngan org kenal kdg2 lg susah tau berbanding sembang ngan org xkenal..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
singgah bagi sokongan.. moga berjaya dapat gadjet impian… sengit nampaknya ni
Curahan rasa syiela @ ..Si kembar demam pulak
TQVM syiela sbb sudi singgah..sokongan syiela tuh sgt2 dihargai..mmg sengit, masing2 nk kejar impian masing2..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
tolong tekan link in jek.. memandangkan yg tu paling kurang haha
Curahan rasa puanbee @ ..Tolong Puanbee Menang iPhone4s Dari Blog Denaihati Boleh ?
LinkedIn tuh xbaper tahu camaner nk promote..+1 tu lg ler..hehe..nk mintak tolg kwn2 pun ramai yg xder dua akaun nih..LinkedIn dan G+..
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
morning ..singgah mai sini tambah mata lak ..
Curahan rasa puanbee @ ..Tolong Puanbee Menang iPhone4s Dari Blog Denaihati Boleh ?
TQ..xkisah ler..janji tmbh mata..dh rasa nk demam jer layan kontest nih..hukhukhuk
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
Adehh..dh pun masuk hari baru..tggl lg 2 ari jer nk pulun..jom kwn2 beri sokongan..rakan2 plg mesra di denaihati nih mmg dialu-alukan..TQVM kerna terus memberi sokongan.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
singgah sini pula bagi sokongan, moga impian jadi kenyataan 🙂
Curahan rasa rosezha @ ..Copy paste dan menang USD5
Thanks rosezha..jemput singgah..mmg dialu-alukan..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
mata dah ngantuk ni sebenarnya, tapi dilayankan juga sambil2 berblog walking 🙂
Curahan rasa rosezha @ ..Copy paste dan menang USD5
Kami yg join kontest nih pun sebenarnya dh ngantuk..jadual tidur pun dh tak teratur..huhu..xper, demi sebuah impian..kena la berkorban sket.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
yang join contest ni memang perlu berkorban masa untuk sebuah impian
Curahan rasa rosezha @ ..Copy paste dan menang USD5
xper..bkn selalu pun dpt peluang keemasan mcm nih..rugiler kalu dipersiakan..x gitu rosezha? 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang!
yup…betul tu, berusaha sehingga saat akhir, peluang tidak boleh disia-siakan.
Curahan rasa rosezha @ ..Copy paste dan menang USD5
Mmg akan berjuang hgga saat akhir pun..masa dh suntuk sgt nih..tggl lg sehari dua jer lg..jemput2 ler berkampung kat sini tolg saya balas2 komen yer.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
insya allah, akan tolong selagi mampu, teruskan usaha ya
Curahan rasa rosezha @ ..Copy paste dan menang USD5
Owh..ada lg..igtkan dh slmt tido dh..hehe 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Sokongan Padu diperlukan Bantu Capai Impian
Singgah malam up point kat upprofits 🙂 Dah banyak point terkumpul tu..
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
Thank Myra sudi singgah..kena pulun selagi ada masa..entri2 otai dh kuar, bila2 jer leh kena pintas..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
Itula, bila entry otai dah keluar, mmg kena race abes-abesan la 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
singgah jenguk hehehe ..apa kabar org sebelah ..
Jenguk jer? Mai ler ReTweet sekali..hehehe..meriah la komen2 kat tmpt PB tuh, ramai yg dtg membantu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
wow. 1k dah like. hebat2.. memang peluang besar nak menang
Curahan rasa ariff @ ..Anak Ekspress
Lom menjamin lg bro..tmbh lg bila entri otai2 mcm bro ngan kak yan dh kuar..senang2 jer kena pintas..hehe..tu sbb kena lari laju dulu..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
kakyong dtg memberi sokongan utk hari ni… selamat yer
Curahan rasa kakyong @ ..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
Owh..terima kasih kakyong..terharunya..ada jugak org sudi mai membantu tmbh markah..hehe..TQ kakyong..
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
Diam tak diam masa tggl hanya 2`3 ari jer lg..masih perlukan sokongan rakan2 blogger utk terus berkunjung ke sini menambah mata..terima kasih juga kepada semua rakan2 yg sudi membantu menambah mata..saya sgt2 menghargai sokongan yg diberikan..TQVM
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
singgah bagi sokongan juga.. 5 markah 😀
Curahan rasa zuls @ ..Contest 1 : Copy paste dan Menang USD5 #gadgetimpian
Terima kasih zuls..bro ada byk masa lg..pulun jelah..aku dh penat dh nih..tggl lg 2 hari nk pulun..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
jenguk eiz. lagi ..go eiz go..nampak dah semakin banyak markah ..dapatkan like lagi jadi 1k kan …
Curahan rasa puanbee @ ..Tolong Puanbee Menang iPhone4s Dari Blog Denaihati Boleh ?
Insya-Allah..tp tu ler, time nih la ada byk keje nk wat..dugaan btol..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
semua org ada dugaan eiz .. hehehe sabar jeklah ..
Curahan rasa puanbee @ ..Tolong Puanbee Menang iPhone4s Dari Blog Denaihati Boleh ?
Tgh bersabar ler nih..maybe ada hikmah kot..mana tahu disebalik dugaan2 tuh ada cahaya galaxy note menanti..hehe..
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
Salam,
Singgah bagi sokongan lagi kat rakan-rakan lain 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Tomyam Berkrim
Hehe..terima kasih sbb sudi singgah..dh makin byk artikel kuar, makin kurg plak org dtg singgah di sini..huhu..xper, tu bkn alasan nk mengalah yer..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
Comments are closed.