Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kelima yang terpilih adalah blog status PR2 UpProfits telah mengumpul 2105 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy Note menjadi impian dan harapan UpProfits semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati UpProfits kenapa Samsung Galaxy Note menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Samsung dan Apple kini menjadi jenama Gadjet Impian ramai orang. Tahun baru 2012 ini tak mustahil ramai yang berazam nak dapatkan salah satu produk jenama tersebut. Termasuklah aku. Kalau korang mengikuti entri aku sebelum ini, sudah tentu tahu apa Gadjet Impian aku.
Ya, Samsung Galaxy Note. Cuma nak beli tu kenalah ambil masa kumpul duit. Nak cepat, cuba nasib sertai Contest, Cabutan Bertuah atau yang seumpama dengannya. Manalah tahu usaha kita tuh boleh membuahkan rezeki.
Sebenarnya memang dah lama aku ikuti perkembangan pesat trend Gadjet di Malaysia. Cuma buat masa ini hanya dapat memerhati perkembangan trend Gadjet semasa. Bak kata orang, jangan kita ketinggalan zaman dan tenggelam dalam arus teknologi masa kini. Bermula dengan perkembangan trend Handphone, kemudian diikuti dengan notebook, DSLR dan kini smartphone dan tablet. Jangan terkejut kalau budak sekolah pun dah ada Gadjet sendiri.
Koleksi Gadjet aku ketika ini hanyalah sebiji handphone 2G, Laptop 15″ dan Camera Kompak. Jangan korang gelak pulak dengan Gadjet Antik aku tuh. hehe. Bukan kolot atau tak mahu mengikuti perkembangan Gadjet masa kini cuma lebih mengikut kemampuan semasa terlebih dahulu.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku beli gadjet idaman hati. Tengok kecanggihan smartphone baru, tertarik. Tengok rakan-rakan sekerja bimbit Tablet dan iPad baru pun aku tertarik. Tengok gambar-gambar menarik rakan-rakan hasil dari DSLR pun aku tertarik juga. Whoa, semua tertarik nih takkan la nak beli semua kan? Berangan jelah dulu. Hahaha.
Sehinggalah muncul produk terbaru Samsung Galaxy Note. Aku rasa produk ini merupakan pilihan terbaik untuk dimiliki selain produk Apple kerana ia menawarkan apa yang aku mahu All-in-One. Jika digunakan dengan sebaik-baiknya, tak mustahil ianya boleh menambahbaik dan membantu kehidupan kita. Bagaimana? Nanti aku cerita.
Bagaimana bantuan Gadjet boleh membantu kehidupan?
Mengikut trend Gadjet semasa, produk jenama Apple dan Samsung antara jenama pilihan ramai orang diikuti dengan HTC dan lain-lain. Kualiti, harga, populariti dan spesifikasi terbaik menjadi keutamaan dalam persaingan itu.
Pada mulanya, aku terasa ingin memiliki Tablet samada iPad 2 atau pun Galaxy Tab. Tapi bila dah survey kelebihan dan kekurangan Gadjet tersebut, aku ‘hold’ sekejap niat aku tu memandangkan aku dah ada laptop. Lagipun, aku ingat tablet nih semua boleh buat ‘call’ macam Handphone. Bolehlah sekaligus menggantikan Handphone 2G antik aku tuh nanti. Rupanya hanya Galaxy Tab jer yang ada menawarkan ciri-ciri tersebut tapi rasa macam terlalu besar pulak nak letak di telinga, kenalah pakai earphone. hehe.
Selain tu, aku ingat kalau aku ada tablet, tak perlulah aku nak usung laptop aku tu ke mana-mana selain untuk memudahkan urusan kerja. Aku sangka, kegunaan tablet sama seperti laptop. Rupanya hanya untuk kerja atau dokumentasi yang simple sahaja. Maknanya, aku tetap perlukan Laptop aku tu untuk membuat kerja-kerja dokumentasi. Takkan nak beli tablet semata-mata nak main Angry Bird jer. hehe.
Kalau cerita bab kamera pula, memang menjadi kemestian tatkala berkunjung ke destinasi menarik. Memang suatu kerugian kalau terlepas shot atau event menarik gara-gara takder kamera nih. Tapi tak dinafikan, selalu juga tertinggal. Kalau tak tertinggal pun, bateri habis. Kamera handphone? Kamera VGA yang ada dalam Handphone 2G antik aku tuh, tak berapa nak membantu. Lagipun memori Handphone 2G tu kecil jer, tak pasal-pasal jadi mangsa delete kalau memori tak cukup. Tengok rakan-rakan berkongsikan gambar-gambar cantik dari DSLR mereka, tak dinafikan cemburu pun ada. Tapi setakat ni hanya mampu berangan jelah nak ada DSLR sendiri suatu hari nanti. Masa je yang akan menentukan.
Tapi nak memiliki semua gadjet-gadjet tu dalam satu masa macam mustahil pula. Selain sebab harga, boleh ke aku bawa semua tu sekali. Dalam kepala dah terbayang beg besar nak isi gadjet-gadjet tu kalau aku ke mana-mana. Kalau nak ikut keutamaan, mana satu nak bawa ye. Dilema juga nak pilih tu. hahaha. Sehinggalah muncul Samsung Galaxy Note. Aku rasa, ia pilihan terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan aku tu.
Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Pilihan?
Ciri-ciri dan spesifikasi Galaxy Note memang memukau dan aku percaya boleh membantu menambahbaik dan memudahkan urusan harian aku.
Apa yang buat aku tertarik dengan Galaxy Note ni adalah ciri-ciri Smartphone dan Tabletnya selain didatangkan dengan Kamera 8MP. Kat sini je dah ada semua ciri-ciri Gadjet Impian aku, All-in-One. Tak perlulah aku nak fikir nak beli Smartphone, Tablet dan DSLR secara berasingan. Bukankah ianya dah menjimatkan?
Saiznya juga sederhana dengan paparan skrin HD Super AMOLED 5.3″. Kalau korang melihatnya sebagai Handphone, memang nampak agak besar tapi jika melihatnya sebagai tablet, tidaklah terlalu besar. Pendek kata, masih boleh masuk poket. Tablet yang bersaiz 10.1″ pun orang boleh usung ke sana ke mari, inikan pula Galaxy Note. hehe.
Antara kelebihan Samsung Galaxy Note:
- Paparan cantik skrin HD Super AMOLED (pertama dan terbesar 5.3″) sangat sesuai untuk aspek multimedia.
- Skrin besar (5.3″, 800 x 1280 pixels), ringan (178g) dan nipis (9.65mm).
- Camera 8MP + lensa depan 2MP (tak perlu risau tertinggal kamera lagi)
- Rakaman Video HD (tak perlu risau terlepas event menarik untuk diabadikan jadi kenangan)
- Smart Stylus S-Pen (boleh guna untuk catat nota, organiser, edit gambar, melukis dan sebagainya)
- Bateri 2500 mAh (semestinya tahan lama. Standby: Up to 960h (2G), Up to 820 (3G). Talk time: Up to 26h (2G), Up to 13h (3G))
- Sistem Operasi Dual-Core 1.4 GHz ARM Cortex A-9 pasti sangat lancar digunakan.
- Memori Internal 16GB/32GB berserta RAM 1GB + Card Slot MicroSD up to 32GB
- dan lain-lain lagi.
Aku memang dah lama mengimpikan memiliki sebuah smartphone atau tablet bagi menggantikan handphone yang aku pakai sejak 2004. Harap-harap tahun 2012 ini impian tu dapat direalisasikan. Jika ianya dapat membantu memudahkan urusan harian aku, kenapa tidak aku memilikinya. Target tahun 2012.. Samsung Galaxy Note.
.
.p/s – Jika bro DenaiHati dikenali dengan slogan Hidup Untuk Memberi, jangan pula kita dikenali dengan ‘Hidup Untuk Menerima’ je. Jika kita benar-benar mahukan apa yang kita impikan, usahalah ke arah itu. Insya-Allah impian pun boleh menjadi kenyataan. Artikel ini pun adalah sebahagian usaha aku untuk memiliki Gadjet Impian.. Doakan aku berjaya ye. Aminn..
Nota :
- UpProfits diberi masa sehingga 11.59pm, 20/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
836 Comments
kelebihan Samsung Galaxy Note hebat jugak yerk…..kalah nanti tab aku…….
Curahan rasa hafizal @ ..Tergempar…!!!! Kapal Selam Terdampar Di Pantai Klebang
tab awal sikit keluar dari note kan .. haha 5 org akan jadi pemenang siapa lah agaknya
Curahan rasa puanbee @ ..Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 (Promo)
A’ah..note nih yg terbaru..tu ler pasal, Top 5 jer yg dpt..kalu Top 13 xder la kelam-kabut gini..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
xder sapa menang sapa kalah..ada note nnti leh ar blogging2 kat note mcm ko blogging kat tab..hehe..xkan nk men angry bird jer.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
cukup tak komen aku nie….nak aku komen banyak2 lagi ker…..biar kau boleh bagi aku hadiah……nanti.
Curahan rasa hafizal @ ..Piala Thomas | Malaysia Juara Kumpulan D
banyak lagi kena komen, komen sampai lebam sehingga 11.59 malam ni.
Hahaha..mata pun dh lebam sbb kureng tido..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
perh….impian yang hebat lah……..best ker …nanti nak try lah…….
Curahan rasa hafizal @ ..Gambar menarik hari ini….
Dptkan dulu..dh dpt sure aku bagi pinjam..especially kat rakan2 yg tolg..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
samsung galaxy note ni dah macam pengantara antara S2 dan tab, betul tak?
Yup btol tuh..saya suka dua2..tu sbb pilih note sbb dia dok tgh2..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
galaxy note macam gabungan ke dua – dua gadjet tu kan.
Yup..btol tuh..tu sbb org ckp nih nih = tablet + smartphone
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
impian yang sudah tercapai apa yerk…upprofits…kongsi2 lah gan kawan2…..
Curahan rasa hafizal @ ..Gambar menarik hari ini….
Impian yg dh capai? utk tahun 2012 nih impian aku nk lek keje tmpt asal dh tercapai..heheh..gi keje 5 minit jer dh smp..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
wah…ni nak kena panggil balik dok kerja kat sini nie…..mengelat tul
Curahan rasa hafizal @ ..Tergempar…!!!! Kapal Selam Terdampar Di Pantai Klebang
Hahaha..bertolak dri umah kul 745 jer skrg..hehe..tu yg diorg xpuas ati tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
kemain impian dia haha so senang nak ditunaikan yek
Curahan rasa puanbee @ ..Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 (Promo)
Xsenang jugak PB..byk cabarannya..last2 diorg yg panggil lek..hehe..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
jom teruskan memberi sokongan pada upprofits…agar impiannya tercapai……….terbaik untuk semua…
Curahan rasa hafizal @ ..Gambar menarik hari ini….
Yup..semangat mcm tu ler yg kita mahu..bro..karipap makcik pagar tu bukak x? order singgit..lapar la pulak..hahaha
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
mcm ner…aku ingat dah abis tadi…hehehehe tuh yg tak komen…..nak pinjam hadiah nanti boleh ker….
Curahan rasa hafizal @ ..Gambar menarik hari ini….
belum habis lagi, hari terakhir ni, jom pulun komen banyak – banyak.
btol2..jom komen byk2 kasi pecah ini kotak komen..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
idea – idea tolong datang, nak komen apa lagi pasal galaxy note ni
Buleh incik pizal..tolg dptkan dulu..hehe..time ni ler bro nak dptkan hadiah teman paling mesra mcm yg tuan selalu dpt tuh..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
Terima kasih semua yg sudi memberi sokongan..baru habis meeting..dh nk dkt lunch nih..dh makan semua?
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
saya makan depan laptop je, sambil – sambil komen di entri contest.
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
Owh..ye ker? kat rumah ker tmpt keje? mkn apa? selalu si fairuz jer yg suka citer bab mkn..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
kat opis, makan nasi campur. Kawan – kawan semua tak nak keluar untuk lunch, jd tapau je la.
Ok ler tuh nasi campur..saya makan nasi ayam jer lepas meeting td..lagi kesian.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
wah…nasi ayam pun sedap juga, nasib baik dah kenyang, kalau tak terliur juga ni.
a’a la betul tu, mana fairuz ni, tak nampak pulak komen dia, sunyi je dia takde.
sudah…nak sokong nie…moga berjaya mendapat yang di impikan
tahniah
Curahan rasa hafizal @ ..Tergempar…!!!! Kapal Selam Terdampar Di Pantai Klebang
singgah sebentar ke sini, buat beri dukungan UpProfits
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PLN Seleksi UI Wilayah Jakarta – 29 Februari 2012
Semoga UpProfits dapat meraih gadget Samsung Galaxy Note impiannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PLN Seleksi UI Wilayah Jakarta – 29 Februari 2012
Insya-Allah..mana tahu berkat sokongan rakan2 semua..impian pun buleh menjadi kenyataan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
Terima kasih bro Dadan..org macam Bang Dadan mmg diperlukan utk menambah mata saat2 akhir nih..TQVM
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
semoga berjaya kepada rakan blog, saya ada sahabat yang menggunakan SGN ni dan ternyata gadjet ni memang awesome… berbaloi dengan harganya yang mahal
Curahan rasa azrijohan @ ..Mudah! Jana Pendapatan Melalui Internet
teringin la nak satu macam tu.. belikan satu untuk saya yer… wiiiii…
amboi..ngorat la dulu bro azri tuh..mana tahu dia belikan..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
ngahahah .. belikan satu yek ..10 ahkak beli ,t p jangan pelik dia guna batery 3AAA tu jek
Curahan rasa puanbee @ ..Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 (Promo)
Terima kasih bro..mmg mengujakan kalu dpt..nk beri sendiri sure amik masa..ada peluang keemasan mcm nih..pulun jelah..mana tahu ada rezeki.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
wah mantap tu gadjet ni kalau dapat kan, memang best la.
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
Mmg ler mantap..tp nk dptkannya tuh leh wat demam tuh..huhu..kepala dh tin tong..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
jangan ting tong dulu, nanti dah dpt gadjet impian ni baru la boleh nak berehat.
Selamat pagi semua, belum habis lagikan.. En.Upprofits pergi kerja la agaknya yer…
Mmg time kerja tu masa terpaksa dibahagi2kan..akan cuba juga luangkan masa utk memberi komitmen pd kontest nih..xder masa tmbhn, pulun selagi daya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
SINGGAH LAGI UNTUK MEMBERI SOKONGAN……AGAR IANYA BERJAYA
Curahan rasa hafizal @ ..Tergempar…!!!! Kapal Selam Terdampar Di Pantai Klebang
Bro pun leh jd sebahagian drp kejayaan nih kalu ianya leh jd kenyaan..tolg bantu bro pizal..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
Salam, singgah pagi ni, oh malam nie last ye, good luck ye, akak dah RT lagi tadi 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Bantu Saya Menang iPhone 4s
Tu la pasal..rasa mcm sekejap sgt pulak 7 hari tuh..kejap jer dh abis..ni nk gi meeting plak, umah ni xder org nk jaga..huhu..sabor, sabor..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
Anda dh tahu apa gadjet impian saya, apa pula gadjet impian kalian? Jom kongsi.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
saya sudah terkeliru tentang gadjet impian saya, semua gadjet impian peserta ni best – best belaka.
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
semoga berjaya bro, tak salah mencuba, usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Amir @ ..Kenapa aku perlu setia pada yang ni kalau ada yang lebih baik?
Yup..btol tu amir..mana tahu kalu ada rezeki..rezeki masing2, siap yg tahu kan
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
betul tu, kena berusaha hingga ke akhir, usaha tangga kejayaan
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
Usaha dh ada..tgga dh ada..kejyaan yg tgh diusahakan nih..insya-Allah akan menyusul kalu ada rezeki..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
Comments are closed.