Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gempa bumi sudah semakin kerap berlaku pada masa ini.
Masih teringat lagi baru-baru ini Gempabumi Palu dan Donggala, korban jiwa meningkat, tempat tinggal musnah, mayat bergelimpangan dan pelbagai lagi keadaan yang tidak terbayang.
Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Gempa bumi dengan magnitud 5 skala ritcher seringkali berlaku.
Di dalam Al Quran, telah pun disebut tentang gempa bumi ini.
“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”, pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sekecil apa pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sekecil apa pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (QS. Al Zalzalah: 1-8)
Bumi menjadi saksi kepada orang yang rajin berzikir.
Dalam surah Al Zalzalah ini, Allah mengkhabarkan apa yang terjadi pada hari kiamat di mana saat itu bumi bergoncang begitu dahsyatnya dan meruntuhkan segala yang ada di atasnya. Juga akan diterangkan bagaimanakah setiap amalan baik dan buruk akan mendapat balasannya.
Orang yang sentiasa berzikir di jalanan, di rumah, di padang yang hijau, ketika safar atau di pelbagai tempat, itu akan membuatnya mendapatkan banyak saksi di hari kiamat. Kerana di tempat-tempat tadi, misalnya gunung dan tanah, akan menjadi saksi baginya di hari kiamat.
Pada hari kiamat, manusia dikeluarkan dari bumi dalam keadaan beraneka ragam lalu dinampakkan kebaikan dan kejelekan yang pernah mereka buat semasa hidup, kemudian mereka akan melihat balasannya.
Perbuatan baik dan buruk yang kita dilakukan walaupun sebesar zarah, maka itu akan dibalas. Tentu lebih pantas lagi jika ada yang beramal lebih dari itu dan akan dibalas.
Surah Al Zalzalah itu memotivasi untuk kita beramal baik walau sedikit. Begitu pula menunjukkan peringatan bagi yang perbuatan buruk walau itu hanya dosa kecil.
Hanya Allah yang memberi taufik untuk mengingati hari akhir dan memberi petunjuk beramal soleh.
55 Comments
allah dah banyak tunjuk kekuasaannya tp kit je yg leka du buai syurga dunia
Tanda tanda ni semua allah dh tunjuk dan ada disebut dalam al quran. Semoga kita semua dilindungi
Sejak lama dulu sudah disebutkan. Moga kita tidak terus alpa. Selamat semuanya ya
Hanya Allah yang memberi taufiq dan hidayah untuk mengingati hari akhir dan memberi petunjuk beramal soleh.
S moga dengan semua kejadian ini dpt mmberi kita kesedaran akan kuasa sang pencipta.
Gempa bumi di Palu dan Donggala pun sudah banyak korban jiwa, tempat tinggal musnah, mayat bergelimpangan dan pelbagai lagi keadaan yang tidak terbayang.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mintak jauh dari semua ini berlaku kpd kita semua. Sama sama kita doa utk kesejahteraan kita dan Indonesia
Dunia skang pn dah terlalu tua. Dah dalam fasa terakhir. Macam macam tanda kiamat dah muncul
Petanda kiamat kecil dah banyak. Lgbt l, gempa dan perang tu semua allah dh tunjuk
Sejak akhir-akhir ni kerap betul gempa bumi berlaku… Kesian dekat penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan gempa bumi..
Ye. Sgt kesiann. Mereka bukan shj kehilangan harta bahkan kehilangan org yg tersayang.
Yang tinggal di kawasan gempa bumi, kena selal berhati-hati dan bersedia. Malaysia pun tak mustahil terkena juga
Malaysia sekarang pun dah macam nak masuk ke lingkaran gempa bumi juga, semoga Allah melindungi kita
Petanda kiamat kecil makin banyak.
Semoga kita dilindungi Allah dan mati dalam husnul khotimah.
antara tanda tanda kiamat .. tapi tu la..dugaan untuk kita semua. sama-sama beringat
Menggerunkan bila dibayangkan betapa murkanya pada Allah kepada kaum terdahulu dengan menterbalikkan bumi.
Kita sekarang gempa bumi saja pun sudah gerun.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Lagi kan ribut dan banjir kita takut apa lagi bencana alam yg besar macam ni
lagikan guruh kita dan rasa seram inikan [ula bencana alam yg mengorbankan nyawa
“(Kedatangan hari kiamat itu) supaya Tuhan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.”
Saba’ 34:4
Semoga kita didalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dengar gempa pun takut.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
amin Ya Rabb..pernah merasai gempa bumi kecil semasa stay di jepun dulu. Seriau tu masih terasa
Sedikit jer gegaran boleh buat hura hara di semua tempat. Akan ada kehilangan nyawa tersayang dah kehancuran di sana sini.
Semoga kita didalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Macam dah yang berlaku sekanrang ni. Risau gk
Comments are closed.