Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak maklumkan ini bukan entri advertorial tetapi lebih kepada pendapat beribadi yang tidak terikat pada mana-mana parti politik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai halangan akhirnya saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) selamat disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL). Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46 dan tutup diakhir pasaran pada harga RM5.30. Peningkatan 16.5% dengan premium saham Felda RM0.75 daripada harga tawaran adalah prestasi yang agak membanggakan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.
Aku memang suka pegang saham peladangan sebabnya berdasarkan krisis dunia terutamanya peningkatan harga minyak mentah pasti harga komuditi seperti getah dan minyak sawit akan terus meningkat. Berdasarkan harga BSKL pada 28/6/2012 kebanyakan harga saham peladangan memang tinggi antaranya Air Molek RM18.80, Batu Kawan RM18.20, BLD Plantation RM8.60, Chintek RM8.75, IOI Corp RM5.14, Kulim RM4.53 dan UTD Plantation RM25.70. Aku yakin FGVH ini adalah pelaburan jangkamasa panjang dan bagus disimpan tidak mustahil akan meningkat melebih RM8.00 sesaham.

Sebagai seorang pelabur runcit aku cadangkan kepada pelabur bumiputera yang memegang saham FGVH supaya tidak menjual dalam masa terdekat. Kalau nak jual tunggu sehingga harga terkini saham Felda melebih RM8 barulah berbaloi-baloi. Lebih bagus jangan jual lansung jadilah pemegang saham FGVH sampai bila-bila kerana setiap tahun pasti ada bonus dan dividen. Dengan sokongan semua aku yakin FGVH akan menjadi syarikat peladangan besar bukan sahaja di Malaysia malah di dunia yang akan menguasai industri Kelapa Sawit dan Getah.
Yang paling best tu dengan FGVH berpeluang juga aku menjadi salah seorang pemegang saham Felda walaupun aku bukan peneroka Felda. Kepada peneroka Felda yang dapat durian runtuh dan dan pelabur yang untung jangan lupa bersihkan keuntungan itu dengan memberi kepada asnaf 2.5% insyallah lebih berkat rezeki dan bertambah-tambah rezeki lain.
Harga Saham Felda terkini Felda Global Ventures Holding (KLIK)
meningkat sikit demi sikit….diharapkan warga felda simpan saham tu utk menjadi aset penting pada masa hadapan….
Entri terbaru asraff – Barcelona Sign Jordi Alba
sangat setuju kalau jual kejap je abis duit tu tapi kalau simpan tiap2 tahun ada dividen.
baru saja saya baca beritanya di salah satu media bahwa : Pelepasan saham dengan harga 4,55 ringgit per unit ini bakal membuat Felda Global mencatat kapitalisasi pasar hingga US$5,1 miliar. Rekor yang disandang Felda tak main-main. IPO perusahaan ini merupakan rekor terbesar tahun ini setelah perusahaan jejaring sosial Facebook Inc.
Entri terbaru Bang Iwan – Prediksi Skor Final Euro 2012 : Spanyol Vs Italia
Felda bakal menguatkan posisinya menjadi pemain komoditi besar berskala global dengan menamba luas lahan sawitnya dan memperkuat bisnisnya.
Entri terbaru Bang Iwan – Prediksi Skor Final Euro 2012 : Spanyol Vs Italia
Salam..
Tuan Denaihati..
Terima kasih di atas info ini.. Saya juga ada menulis tentang artikel ini dengan merujuk kepada artikel yang tuan tulis dan bebrapa maklumat yang saya perolehi menerusi internet..
Harap tuan boleh memberikan kefahaman kepada saya tentang FGVH ini.. Terima kasih..
Entri terbaru Anuar – Saham Felda Global Ventures (FGVH)
waahhh.. pasti ramai berebut saham
Entri terbaru KiD – Dihadiahkan Status Glitterati Selepas 3 Minggu Kena Ordinary
waalaikumsalam, dunia menjawab. informasi yg sangat menarik. thanks…
Entri terbaru Edyn Laskar – Aneka Download Software Gratis
boleh info sikit tak sdri macam mana nak beli shares felda ni..syukran..bagus penerangan sdri tq
Hehe..harap2 ada pulak ole2 untuk warga felda..
Entri terbaru Hafizul – Pondok Kecil Perlukan Pertolongan Rakan Blogger
boleh percaya ke felda ni? hish
Entri terbaru nikkhazami – Mp3 Player yang Dikawal Oleh Lidah!
Masa akan menentukan tapi berdasar rekod saham peladangan yg lain ada peningkatan harga 10-15% setiap tahun.
Yang namanya peladangan pastilah selalu ada peningkatan.
Entri terbaru Bang Iwan – Prediksi Skor Final Euro 2012 : Spanyol Vs Italia
jadi dengan menyertai pelaburan saham disini, tentunya akan menjanjikan keuntungan yang besar.
Entri terbaru Bang Iwan – Prediksi Skor Final Euro 2012 : Spanyol Vs Italia
Pasti org yg bijak pandai dlm saham, sudah pasti dpt menilai sesuatu saham, adakah patut dimiliki atau sebaliknya.

Entri terbaru sensasi2020 – Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Kepada rakan2 atau sahabat yg mahir dlm saham, boleh kongsi pengalaman anda serta tip2 berguna utk pengetahuan dan dorongan supaya rakan2 lain boleh perolehi ilmu ttg saham ni.
my sis is a remisier dan turut promote saham oleh felda ni…huhu
Entri terbaru sha – Tips Bersangka Baik Terhadap Manusia.
Kakak Sha macam mana ada ke berminat naik beli saham FGVH tu. Past masih mahu tunggu dan lihatkan.

Entri terbaru sensasi2020 – Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
hehehe
kakak sha tu memang gatal tangan utk main saham sebab dah jd rutin bekerja nya kan..haha
Entri terbaru sha – MasterChef Celebrity Malaysia 2012 : Kari Ini Hari
nak kena study dulu camne nak membeli saham..
Entri terbaru pipoq – Kehidupan – Teluskah kita ?
awek tu comel. baca utusanya pagi tadi. nilai FGVH makin naik..
peneroka orang luar nk melabur ni konfirm dapat balik pulangan yg berbaloi2
Entri terbaru syahrilhafiz – Penangan Google Adsense, Blog Bahasa Melayu Susah
Syahrilhafiz ni dah dpt saham FGVH tu ke? pasti mahu keuntungan jangka panjangkan.

Entri terbaru sensasi2020 – Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Terbaik la bro,dah ajdi pelabur tu
Entri terbaru wazy – Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
Kemajuan dan hebatnya ekonomi sesebuah negara pada bursa sahamnya. Jika bursa sahamnya naik, maka ekonominya akan turut naik pesat.
Entri terbaru sensasi2020 – Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Saham betul-betul sudah berpengaruh dengan ekonomi global
Entri terbaru smp3lembang – Preview Final Piala Eropa 2012 Italia Vs Spanyol