Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai juga Rakan Blogger yang buat duit online samada menyertai affiliate, iklan, ebook, advertorial, jual produk dan sebagainya yang membezakan cuma sikit dan banyak. Ada Rakan Blogger yang berani berhenti kerja setelah income daripada blog boleh menampung keperluan hidup. Sebenarnya blog sudah menjadi kerjaya yang boleh menampung kehidupan sebagaimana ramai blogger profesional di luar negara. Jadi kepada Blogger Nusantara yang masih tercari-cari kerja tetap mengapa tidak jadikan berblogging sebagai kerjaya.
Soalnya apa yang anda akan buat dengan duit yang diperolehi daripada berblogging. Beli gadget, belanja kawan makan, melabur atau simpan?
Ramai Blogger yang menggunakan sebahagian income blog tersebut dengan melaburkan semula untuk blog contohnya beli domain dan hosting, beli iklan untuk promosi blog dan anjurkan contest. Melabur semula penting untuk meningkatkan pendapatan.
Aku nak mencadangkan sebahagian daripada income blog digunakan dengan meningkatkan template blog. Kalau sekarang guna template percuma adalah lebih baik beralih ke template premium. Kepada Rakan Blogger yang sudah buat ribu-ribu ringgit sebulan aku cadangkan cari pakar design blog seperti Eizil dan ramai lagi blog designer untuk buat template khas untuk blog anda. Template percuma atau premium ada risikonya seperti kes “Phishing attack di blog Denaihati“. Blog ini ibarat kedai kita yang perlu ada penampilan yang menarik dan paling penting mempunyai sekuriti yang tinggi baru pelanggan yakin. Memang tidak rugi keluarkan sedikit belanja untuk mengubahsuai template blog mengikut keperluan niche blog kerana ianya pasti akan meningkatkan kualiti dan prestasi blog yang boleh meningkatkan pendapatan blog.
Blog Denaihati sejak bermula pada Julai 2008 telah banyak kali bertukar template dari percuma, percuma, percuma kemudian premium. Alhamdulillah sejak Januari 2012 rezeki blog bertambah dengan kemasukan iklan daripada banyak syarikat berjenama antrabangsa. Rezeki yang bertambah selain dikongsikan dengan Rakan Blogger melalui insentif, rewards dan hadiah contest, sebahagiannya telah dilaburkan semula untuk membina template denaihati. Template blog yang digunakan sekarang dibina oleh Eizil khas hanya untuk blog Denaihati.
Banyak pembaharuan telah dibawa dalam template denaihati. Kepada yang belum mengembara di template baru Denaihati cuba klik
1. Tanda + (plus) selepas angka Rakan Setia Denaihati Network.
2. Link paling popular dan link komen terbanyak yang ada pada main page.
3. Kotak carian yang berbeza daripada kotak carian yang lain dimana setiap kali keywords dimasukan secara automatik entri berkaitan akan keluar.
Templates Denaihati masih lagi dalam pembinaan dan lebih banyak fasiliti akan ditampilkan untuk memudahkan pembaca. Sekiranya ada cadangan sila maklumkan kepada team Denaihati melalui ruang contact.
Pandangan peribadi jangan sayang untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk blog kerana insyallah belanja yang kita keluarkan akan mendapat pulangan yang lumayan kemudian hari. Ibarat bisnis mesti perlukan modal mengikut kemampuan barulah mendapat keuntungan. Keuntungan tidak akan datang bergolek tanpa strategi yang betul.
Kepada Rakan Blogger yang sudah mendapat pendapatan dari berblogging kongsikan bagaimana anda menggunakan duit tersebut.
390 Comments
urmm untuk blogspot rasanya masih berbaloi guna yang free. nanti nak tukar wordpress baru boleh pusing income tu buat bayar domain dan hosting semua.
Curahan rasa khairul asrol @ ..Semakan Secara Online dan SMS Keputusan SPM 2012
buat masa ini income saya melalui blog adalah melalui advertorial dan event.. itupun tidak banyak.. tetapi orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Program Penerangan Konsep Tabika dan Jom Santai Sihat
Mendapatkan income dari blog pertama kali kemarin dari Google adsense saya pergunakan untuk tambahan keluarga dan juga acara ulang tahun anak pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Gejala Penyakit Asma
seperti bisnes fizikal, bisnes online juga memerlukan “money management” yang betul …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Minuman Koko E-Man
setiap pelaburan mesti mengambil kira pulangan dan risiko …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..The Best Motivational Videos Ever – Shila
jangan takut untuk ber bisnes …sekurang2 nya ilmu yang ada buleh di wariskan kepada generasi kemudian …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Berbaloi ke Pangkor hanya
Comments are closed.