Saham Felda Global Ventures terkini

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak maklumkan ini bukan entri advertorial tetapi lebih kepada pendapat beribadi yang tidak terikat pada mana-mana parti politik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai halangan akhirnya saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) selamat disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL). Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46 dan tutup diakhir pasaran pada harga RM5.30. Peningkatan 16.5% dengan premium saham Felda RM0.75 daripada harga tawaran adalah prestasi yang agak membanggakan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

Klik untuk tahu Panduan buat duit dengan SAHAM
Penyenaraian saham FGVH adalah penyenaraian saham yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Sebagai seorang yang sudah lama melibatkan diri dengan dunia saham BSKL penyenaraian FGVH sangat ditunggu oleh para pelabur runcit. Alhamdulillah aku sebagai pelabur runcit bumiputera dapatlah sikit saham FGVH.

Felda Global Ventures Holding

Aku memang suka pegang saham peladangan sebabnya berdasarkan krisis dunia terutamanya peningkatan harga minyak mentah pasti harga komuditi seperti getah dan minyak sawit akan terus meningkat. Berdasarkan harga BSKL pada 28/6/2012 kebanyakan harga saham peladangan memang tinggi antaranya Air Molek RM18.80, Batu Kawan RM18.20, BLD Plantation RM8.60, Chintek RM8.75, IOI Corp RM5.14, Kulim RM4.53 dan UTD Plantation RM25.70. Aku yakin FGVH ini adalah pelaburan jangkamasa panjang dan bagus disimpan tidak mustahil akan meningkat melebih RM8.00 sesaham.

Ada suara-suara yang menentang penyenaraian FGVH kerana takut jadi seperti MAS yang tak habis-habis ditimpa masalah. Bagi aku MAS dan FGVH dalam sektor yang sangat berbeza. MAS dalam sektor penerbangan yang sangat terkesan dengan masalah ekonomi dunia dan peningkatan harga bahan bakar. Suka tak suka pihak pembangkang mesti menentang penyenaraian FGVH sebagai modal politik tak kan pulak pembangkang setuju dengan apa yang Kerajaan buat walaupun ianya baik. Hijrah ekonomi bumiputera memang susah pasti ada halangan, ya lah nak berubah daripada kebiasaan Felda sejak berpuluh tahun dahulu nak menjadi GLC besar dunia pasti ada yang tak setuju. Ada pihak yang takut peneroka akan rugi dengan meminjam bank untuk membeli saham Felda maka sekarang sudah terjawab. Untuk maklumat pihak tersebut majoriti pelabur bumiputera juga pinjam duit dari bank dan broker saham untuk membeli saham FGVH.

Sebagai seorang pelabur runcit aku cadangkan kepada pelabur bumiputera yang memegang saham FGVH supaya tidak menjual dalam masa terdekat. Kalau nak jual tunggu sehingga harga terkini saham Felda melebih RM8 barulah berbaloi-baloi. Lebih bagus jangan jual lansung jadilah pemegang saham FGVH sampai bila-bila kerana setiap tahun pasti ada bonus dan dividen. Dengan sokongan semua aku yakin FGVH akan menjadi syarikat peladangan besar bukan sahaja di Malaysia malah di dunia yang akan menguasai industri Kelapa Sawit dan Getah.

Yang paling best tu dengan FGVH berpeluang juga aku menjadi salah seorang pemegang saham Felda walaupun aku bukan peneroka Felda. Kepada peneroka Felda yang dapat durian runtuh dan dan pelabur yang untung jangan lupa bersihkan keuntungan itu dengan memberi kepada asnaf 2.5% insyallah lebih berkat rezeki dan bertambah-tambah rezeki lain.

Harga Saham Felda terkini Felda Global Ventures Holding (KLIK)


Spread the love

185 Comments

  1. hai…saya masih x berapa faham la pasal saham FGVH ni. lagi satu pasal borang pinjaman x de amaun pinjaman, interest dan bayaran bulanan….mcm x valid je borang tu.

  2. Aku sebagai Pelabur ,Kata orang putih traders..gitu agaknya sudah agak lama tak aktif saham,,mula 1988 dulu.Zaman saham naik 3.00 sehari tu biasalah..waktu tu siapa yang dapat 2 IPO yang pohon, cukup senang.lumayan.Waktu tu gaji sangat sedikit apatah lagi sebagai kerani cabut je..masa demi masa sehingga tahun 2012 ne..baru ada rasa nak main saham tu pun saham percuma dah dapat cuma melalui pembiayaian Bank.Walaupun peratus kenaikan harian, sedikit tapi kalau tunggu seminggu banyak juga.Yang pasti tidak seperti dulu..bagaimana pun saham Luar negara masih tinggi malah melebihi 25 % sebulan..hanya sebagai Invest saja.terutama berasakan emas,Sapa sapa berminat ada saham luar negara ECMC akan di Listing pada Okt, 2012 nanti..rebutlah peluang.Bagi saya secara tekni..kl jangan ikut sangat ..jangan ikut indica..semua tak betul..ikut duniasemasa..ambil je Everage 6 bulan lalu banyak Anou..diInternet..sekurang kurangnya perlaburan saham..di Lindungi oleh sekurang 2 pegangan Emas…Pamp Sw ke..atau mana-mana..Saham perladangan mengikut kenaikan Emep..adalag bulan turun naik emas . komoditi..akhirnya naik ..berbading Mac–Ogos..turun naik ..tapi jauh mejunam dari harga asal..Saham FGV adalah Titik kejayaan pentadbiran D Najib..dan menjadi Penanda Aras Pentdbiran BN..Perniagaan yang pernah beroperasi bernilai 40 Bill…RM tu..Pendapatan FGV pada tahun 2011 berjumlah 7.47 Bil..Esxport sawit Negara bernilai 8& Bill..adalah petanda jangkamasa lama Saham FGV menjadi rebutan seluruh..Pelabur samaada Sya..atau individu..Minggu Ketiga Julai, 2012 Pelabur dari L Negara akan membeli saham FGV berilai Berjuta..Nah..agaknya sapa spa nak ambil untung tu kalau Pink Form tu..jual je harga 6.50 ada untung Bersih…5451.45 ..oklah ..untuk catatan kali ini..

  3. semoga xde la effect nyer…nanti akan akan terkena pakcik2 dan makcik Felda tu…kesian dkt dia orang

    1. Pak cik n mak cik felda yg rajin ramai dah kaya raya dan ramai juga pak cik2 yg bawa sifat malas sehingga tiada perubahan hidup.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!