Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak maklumkan ini bukan entri advertorial tetapi lebih kepada pendapat beribadi yang tidak terikat pada mana-mana parti politik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai halangan akhirnya saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) selamat disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL). Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46 dan tutup diakhir pasaran pada harga RM5.30. Peningkatan 16.5% dengan premium saham Felda RM0.75 daripada harga tawaran adalah prestasi yang agak membanggakan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.
Aku memang suka pegang saham peladangan sebabnya berdasarkan krisis dunia terutamanya peningkatan harga minyak mentah pasti harga komuditi seperti getah dan minyak sawit akan terus meningkat. Berdasarkan harga BSKL pada 28/6/2012 kebanyakan harga saham peladangan memang tinggi antaranya Air Molek RM18.80, Batu Kawan RM18.20, BLD Plantation RM8.60, Chintek RM8.75, IOI Corp RM5.14, Kulim RM4.53 dan UTD Plantation RM25.70. Aku yakin FGVH ini adalah pelaburan jangkamasa panjang dan bagus disimpan tidak mustahil akan meningkat melebih RM8.00 sesaham.
Sebagai seorang pelabur runcit aku cadangkan kepada pelabur bumiputera yang memegang saham FGVH supaya tidak menjual dalam masa terdekat. Kalau nak jual tunggu sehingga harga terkini saham Felda melebih RM8 barulah berbaloi-baloi. Lebih bagus jangan jual lansung jadilah pemegang saham FGVH sampai bila-bila kerana setiap tahun pasti ada bonus dan dividen. Dengan sokongan semua aku yakin FGVH akan menjadi syarikat peladangan besar bukan sahaja di Malaysia malah di dunia yang akan menguasai industri Kelapa Sawit dan Getah.
Yang paling best tu dengan FGVH berpeluang juga aku menjadi salah seorang pemegang saham Felda walaupun aku bukan peneroka Felda. Kepada peneroka Felda yang dapat durian runtuh dan dan pelabur yang untung jangan lupa bersihkan keuntungan itu dengan memberi kepada asnaf 2.5% insyallah lebih berkat rezeki dan bertambah-tambah rezeki lain.
Harga Saham Felda terkini Felda Global Ventures Holding (KLIK)
185 Comments
pakcik denaihati ambil berapa banyak saham ni??
Curahan rasa titan @ ..Taktik kotor nak menang Eyriqazz vs Denaihati
Jadikan Denaihati sebagai sifu kita, tanya beliau apa yg tak faham? pasti beliau akan sentiasa membantu, “Hidupkan Untuk Memberi”. Denaihati di hati kami semua. 🙂
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Kepada yg dah beli saham ini, jgnlah jual, kerana ia akan mendapat untung berlipat kali ganta tapi harus tunggu harganya naik lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
macam mana ye kita nak beli saham ni?
Curahan rasa boni @ ..Jangan Duga Kesabaran Seorang Lelaki Wahai Sang Gadis
berbicara masalah saham, bagi para investor pasti dikejar nih,,,
bijara masalah saham kalu menurut saya lebih enak main saham emas dan minyak lebih mengiur kan pi untuk saya untuk saya pribadi gak begitu ngerti cara main saham tu gimana..heeee
Curahan rasa sepriyanto @ ..keretaminiku.com produsen kereta mini mainan di indonesia
mungkin sekarang ni masa untuk melabur emas pula
Curahan rasa azriMy @ ..Pelakon Osman Kering Meninggal Dunia
hehe.. mungkin, emas skrg pun cepat je naik harga..
Curahan rasa zhazmi @ ..Online Shopping at Lazada
Emas juga satu pelaburan yg menguntungkan, tapi harus bersabar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
tak salah kita beli saham mcm ni utk pelaburan masa depan sama mcm ASB juga..
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Bisnis Rumpai Laut
Saya lebih suka melabur dlm ASB, tak payah susah2 nak fikir pjg cara2nya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Assalamualaikum…semoga dengan adanya manafaat spt ini dapatlah kita merebut peluang utk memantapkan ekonomi kita..
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Bisnis Rumpai Laut
Peluang yg terhidang begitu luas jgn dilepaskan begitu saja, harus mengambil kesempatan, tapi kena ada modal la.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Bermain saham sekarang berbahaya sob 🙁 ane rugi
Curahan rasa Kodokoala @ ..Subhanallah, Ternyata Otak Manusia Seperti Orang Sedang Sujud
hoho xfhm saham.
Kena harus belajar sedikit demi sedikit, cuba bertanya pada yg pakar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Kemunculan saham FGVH tepat pada waktunya, walaupun ekonomi dunia sekarang masih ditahap membimbangkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
yup, betul tu.. ekonomi dunia sekarang ni tak berapa nak stabil sangat
Curahan rasa azriMy @ ..Pelakon Osman Kering Meninggal Dunia
Bagi yang memikir panjang dan masih was2 dah tentu mahu tunggu dan lihat baru bertindak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Kehebatan saham FGVH akan terus kekal, semoga banyak pihak yg akan dapat manfaatnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Semoga saham ini terus kukuh dan dapt memberi pulangan yg lumayan kepada pelabur.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Ia merupakan IPO kedua terbesar tahun ini selepas Facebook Inc dan juga terbesar di Asia. Sudah pasti akan merancakkan bursa saham di Malaysia pada waktu terdekat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Felda Global Ventures Holdings
Comments are closed.