Review Contest Gadget Impian

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terasa sungguh fenomena contest Gadget Impian mengalahkan contest-contest yang pernah dianjurkan sebelum ini. Semangat dan kesungguhan peserta untuk merebut Gadget Impian memang sangat jelas lagi nyata. Mungkin kerana inilah satu-satunya contest yang sepertinya yang pernah dianjurkan dalam dunia Blog Nusantara. Tahniah kepad 103 Blogger yang telah layak untuk menyertai contest Gadget Impian.

Contest Gadget Impian dianjurkan bukan hanya sekadar satu lagi contest dari blog Denaihati tetapi contest Gadget Impian telah dirancang sebegini kerana sebab-sebab tertentu yang diharapkan akan memberi impak positif kepada dunia Blog.

1. Misi contest Gadget Impian adalah untuk mengalakkan Blogger memasang button sosial iaitu button ReTweet, FB like dan Google + 1 yang sangat banyak faedah kepada perkembangan sesebuah Blog terutama blog baru. Tidak ramai Blogger yang ambil kisah dengan ketiga-tiga button walaupun jelas sekali kebanyakan blog profesional di Malaysia dan di luar negara menggunakan secara agresif.

2. Membudayakan penggunaan button ReTweet, FB like dan Google + 1. Sebelum ini ramai Rakan Blogger yang mengeloh kerana tidak ramai pelawat yang berminat nak klik button yang disediakan walaupun jelas sekali ketiga-tiga button ini boleh membantu untuk meningkatkan trafik dan penjenamaan sesebuah blog.

3. Contest Gadget Impian dapat menambah network di kalangan peserta dimana kita saling mengenali blogger baru dan lama yang dahulunya kita belum kenal. Bukan sekadar berkenalan tetapi juga dapat berkongsi backlinks antara blog.

4. Menambah ilmu baru selok belok mengurus dan mempromosi blog kepada dunia blog yang tidak ada batasnya. Kekadang kita juga belajar ilmu baru teknik kecurangan blogger hanya kerana untuk mengejar sebuah hadiah.

Hadiah bukanlah segala-galanya apabila kita menyertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh sesebuah blog. Ada banyak lagi rahsia terselindung disebalik penganjuran sebuah contest yang mesti kita gali sebelum kita menyerah kalah hanya kerana blog kita ketinggalan dalam perlumbaan mengumpul markah. Blog Denaihati telah menjadi saksi kepada banyak blog yang dahulu hanya sebuah blog yang tidak dikenali tetapi setelah menyertai banyak contest blog-blog tersebut sudah menjadi terkenal sehingga ada Blogger yang lebih terkenal dari blognya …. macam hebat tak.

Mungkin rakan Blogger mempunyai pengalaman baik setelah menyertai banyak contest yang boleh dikongsikan bersama untuk tatapan kita semua.


Spread the love

243 Comments

  1. perkara yang sukar bagi blogger baru untuk dilaksanakan. mendidik pelawat supaya klik dan share akan memerlukan masa yang panjang. komitment dan keunikan blog menjadi taruhan kerana ia akan menjadikan sumber utama rujukan. jika tidak ia akan menjadi hambar dan tujuan blog diwujudkan tidak akan kesampaian..
    Curahan rasa Syarih @ ..Punca Stress Dan Bagaimana Hendak Mengatasinya.My Profile

  2. sangat setuju dengan pendapat denaihati.ini first time saya join contest besar macam ni.bukan setakat dapat up trafik,kita jugak dapat ilmu tentang blog.dapat belajar tentang pentingnya social network,dapat belajar macam mana nak tarik readers ke blog.dan yang paling penting,dapat kenal ramai blogger lain.

    terima kasih denaihati kerana menganjurkan kontes ini!
    Curahan rasa nik @ ..Gadget impiankuMy Profile

  3. Salam DH, terima kasih untuk contest ini, memang banyak trafik yang masuk ke blog since contest ini dijalankan, syukur alhamdulillah, dan dari blog ini jugak blog saya dapat dikenali hihihi.

    Seperti biasa saya tidak mengharapkan hadiah, semuanya adalah tanda sokongan kepada blog ini, kalah menang tu adat bertanding, menang alhamdulillah rezeki.

    Seperti kebiasaannya usaha berterusan dilakukan, insyaallah mudahan ada rezeki lagi diblog ini, saya percaya kalau usaha berterusan serta promosi hebat yang dijalankan insyaallah peluang itu ada, tapi tidak berharap, saya pun dah dapat macam-macam dari blog ini.

    Kalau menang lepas ni janganlah saya kena banned untuk join contest lagi hehehe cam confirm2 je menang hahaha, gurau2 je heeeee ^_____^
    Curahan rasa yanmie @ ..Gadget Impianku Dan Cabutan Bertuah Yanmieonline.comMy Profile

  4. teknik curang…???curang macam mana tu…???ada ke yg guna teknik macam tu…??isk…isk….apa faedahnya…??best sangat ke…??kenapa eh sya tgk ada blog…entry dia sampai ribu2 yg like…tapi…bukan kat satu entry je…smua entry…tu tektik curang ke..??
    Curahan rasa erah @ ..KENAPA aku MENGIDAM nak GADGET tu ??My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!