Restoran Melayu bila lagi nak berubah?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hampir dua tahun aku tidak menjejaki kaki ke Alor Star, kali terakhir ketika menziarahi Universiti Antarabangsa Al Bukhary pada Februari 2013. Kali ini misi menziarahi Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Kuala Nerang sambil memberi semangat kepada anak sahabat yang terpilih melanjutkan pelajaran di sini.

Walaupun perjalanan hanya 12 jam sempat juga kami jalan-jalan cari makan dibeberapa tempat makan menarik di Alor Star yang menjadi kesukaan sahabat kami yang pernah bekerja di sini. Aku sangat tertarik dengan kisah Restoran Iman Koey Teow yang berbelas tahun dahulu bermula hanya dengan gerai roda tiga.

Di tapak lokasi yang sama Iman Koey Teow berkembang dari gerai roda tiga kemudian menjadi gerai tetap dan hari ini sudah ada tiga pintu rumah kedai yang dibanjiri puluhan pelanggan.

restoran iman koey teow alor star

Kami sempat merasa sebungkus nasi lemak dan koey teow kerang yang mejadi menu kesukaan ramai. Dari pemerhatian aku di papan menu harga termahal RM7 untuk koey teow super special. Aku berpuashati dengan rasa makanan yang dihidangkan, perkhidmatan yang diberikan oleh pertugas dan kebersihan restoran luar dan dalam.

Sehari selepas trip ke Alor Star aku dan keluarga pergi pula ke Muar menziarahi anak yang belajar di Madrasah An Nur. Sekembali dari Muar kami singgah di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi untuk menjamah koey teow kerang versi Bangi. Porsi terlalu banyak sesuai kepada yang memang lapar gila, kepada yang tak lapar boleh kongsi sepinggan untuk berdua dan rasanya bolehlah tahan.

Yang tak bagus kebersihan restoran memang kurang dan perkhidmatannya sehingga perlu angkat entah berapa kali tangan untuk buat bayaran. Blogger dan wartawan Hilal Azmi kabarnya pun ada pengalaman teruk makan di restoran Melayu ketika berhoneymoon dengan wife.

keow teoy kerang special alor star
Koey Teow Kerang Iman

Selepas menunggu entah berapa minit seorang pembantu datang kata bayar di hadapan tapi tak nampak pun kaunter. Rupanya kena bayar pada pengoreng koey toew dan pelanggan kena sebut satu persatu apa yang dimakan dan minum. bayangkan kalau kita datang 10 orang jenuh juga nak ingat semula yang dimakan. Aku tegurlah apa punya sistem yang restoran ini guna dan dia sengih sahaja dan kata tak cukup pekerja.

Kalau pembaca pernah baca entri-entri lama pasti tahu aku pernah terlibat dalam industri makanan berbelas tahun. memang sedih bila melihat prestasi toke restoran Melayu yang majoriti tidak pernah kisah untuk memajukan perniagaan mereka seiring dengan kemajuan teknologi dan tahap ekonomi pelanggan.

Kalau nak dibandingkan dengan toke restoran Mamak dan Cina jauh sangat kerana mereka sudah berubah menjadi Bistro dan Cafe sehingga ada yang sudah disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur. Kedai mamak pun sudah guna smartphone dan aplikasi untuk ambil pesanan dan buat bayaran.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Berjaya dengan Bisnis Burger! Klik Sini

Rahsia Bejaya Bisnis CupCake di Rumah! Klik Sini

Rahsia buat Roti Canai & Muratabk yang SEDAP! Klik Sini[/box]

Setiap kali menjejaki kaki ke pasaraya besar punyalah susah nak cari restoran Melayu yang pasti halal, kalau di Mid Valley hanya ada satu sahaja iaitu Restoran Belanga. (sekarang dah tutup)

Nak kata restoran Melayu tidak berjaya tidak juga kerana ada banyak restoran Melayu yang penuh dengan pelanggan cuma ada yang sudah berbelas tahun dengan imej yang sama tidak pernah dan mungkin tidak mahu berubah seperti Restoran Iman Koey Teow yang berani berubah. Restoran Melayu lain bila agaknya nak berubah?


Spread the love

170 Comments

  1. Kena ubah sistem dan cara melayan pelanggan. Bukannya restoran melayu aje. Kedai runcit melayu pun sama. Bukannya ada ramai orang pun tapi memang kerja slow. Beli 4 barang tapi dalam 10 minit baru selesai.

    Puncanya?
    Mata pakcik cashier tak lepas dari tv. Ambil satu barang, pastu sambung tengok tv, ambil satu lagi. Padahal pelanggan dah tunggu dari tadi untuk dia kira. Nipis sabar jadinya. Dah la slow buat kerja, tak fokus pulak.

    Memang tak ke situ lagi dah lepas ni. Serik dan tawar hati!
    Curahan rasa #ARSENALTEGAR @ ..Arsenal jumpa Manchester United di suku akhir FA CupMy Profile

  2. jika ingin memilih tempat makan kita haruslah

    1.layanan istimewa.
    2.makanan yang disediakan tu mestilah mengikut cita rasa semua.
    3.harga mestllah berpatutan .Janganlah mahal sangat contoh biar kita untung sedikit tetapi ia berterusan jangan untung banyak sekali tetapi sekali itu sahaja.
    4.Ruang tempat makan mestilah selesa dan kemudahan untuk sembahyang itu mestilah ada walaupun hanya bilik kecil untuk kemudahan pelanggan sebelum mendapat makanan.
    5.Rancangan atau pun tv !buka lah ayat al quran contoh kita semua pergi ke kedai mamak .24 jam buka dan dengarkan ayat-ayat al quran .

    Oleh itu kita perlulah ubah cara supaya kebakatan perniagaan itu ada.Jom lihat (Tips – tips sebelum meninggalkan rumah sebelum pulang perayaan !)http://firerescueinfo.blogspot.com/2015/02/fire-information-tips-tips-sebelum.html
    Curahan rasa andy @ ..Fire Information :Tips – tips sebelum meninggalkan rumah sebelum pulang perayaan !My Profile

  3. sistem tak bagus la tu.dari segi management restoran tu depa tak fikir.meniaga redah je,tak fikir tentang customer.juga tokeynya tak percaya pada staff yang diupah..apa salahnya upah seorang dua staf supaya boleh estimate harga berapa supaya taklah jadi semua benda nak kena rujuk bos.

    bos memang memainkan peranan, kena la bahagikan tugas, bukan isu tak cukup pekerja..dia tak berani nak tanggung risiko..untung biar lebih..

  4. Suka sangat kalau makan di kedai-kedai mkn kt area kg. Terasa betul original mknn melayu. Nasi lemak org kg dengan ns lmk kt bndr kebiasaannya mmg menang kt dorang. Cuma untuk pengembangan perniagaan la mmg kurang skit. Yg kt bndr, ada modal tapi servis, rasa mmg tak up to the level… Semoga akan ada perubahan lps ni.
    Curahan rasa Muhammad Razif Ismail @ ..Mana bahaya? Minyak penuh atau minyak sikit?My Profile

  5. Restoren Melayu dengan kedai makan Patani berpisah tiada..haha sama naik dua dua ni. Banner bukan main gempak, harga boleh tahan tapi service sangat teruk.. Tak sedap tak apa, ini bukan masam 24 jam….hmmm

    Anak muda pilihan dia mesti kedai mamak. 24 jam layanan istimewa.. 😀
    Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Malaysia Best Blog 2015My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!