Restoran Melayu bila lagi nak berubah?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hampir dua tahun aku tidak menjejaki kaki ke Alor Star, kali terakhir ketika menziarahi Universiti Antarabangsa Al Bukhary pada Februari 2013. Kali ini misi menziarahi Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Kuala Nerang sambil memberi semangat kepada anak sahabat yang terpilih melanjutkan pelajaran di sini.

Walaupun perjalanan hanya 12 jam sempat juga kami jalan-jalan cari makan dibeberapa tempat makan menarik di Alor Star yang menjadi kesukaan sahabat kami yang pernah bekerja di sini. Aku sangat tertarik dengan kisah Restoran Iman Koey Teow yang berbelas tahun dahulu bermula hanya dengan gerai roda tiga.

Di tapak lokasi yang sama Iman Koey Teow berkembang dari gerai roda tiga kemudian menjadi gerai tetap dan hari ini sudah ada tiga pintu rumah kedai yang dibanjiri puluhan pelanggan.

restoran iman koey teow alor star

Kami sempat merasa sebungkus nasi lemak dan koey teow kerang yang mejadi menu kesukaan ramai. Dari pemerhatian aku di papan menu harga termahal RM7 untuk koey teow super special. Aku berpuashati dengan rasa makanan yang dihidangkan, perkhidmatan yang diberikan oleh pertugas dan kebersihan restoran luar dan dalam.

Sehari selepas trip ke Alor Star aku dan keluarga pergi pula ke Muar menziarahi anak yang belajar di Madrasah An Nur. Sekembali dari Muar kami singgah di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi untuk menjamah koey teow kerang versi Bangi. Porsi terlalu banyak sesuai kepada yang memang lapar gila, kepada yang tak lapar boleh kongsi sepinggan untuk berdua dan rasanya bolehlah tahan.

Yang tak bagus kebersihan restoran memang kurang dan perkhidmatannya sehingga perlu angkat entah berapa kali tangan untuk buat bayaran. Blogger dan wartawan Hilal Azmi kabarnya pun ada pengalaman teruk makan di restoran Melayu ketika berhoneymoon dengan wife.

keow teoy kerang special alor star
Koey Teow Kerang Iman

Selepas menunggu entah berapa minit seorang pembantu datang kata bayar di hadapan tapi tak nampak pun kaunter. Rupanya kena bayar pada pengoreng koey toew dan pelanggan kena sebut satu persatu apa yang dimakan dan minum. bayangkan kalau kita datang 10 orang jenuh juga nak ingat semula yang dimakan. Aku tegurlah apa punya sistem yang restoran ini guna dan dia sengih sahaja dan kata tak cukup pekerja.

Kalau pembaca pernah baca entri-entri lama pasti tahu aku pernah terlibat dalam industri makanan berbelas tahun. memang sedih bila melihat prestasi toke restoran Melayu yang majoriti tidak pernah kisah untuk memajukan perniagaan mereka seiring dengan kemajuan teknologi dan tahap ekonomi pelanggan.

Kalau nak dibandingkan dengan toke restoran Mamak dan Cina jauh sangat kerana mereka sudah berubah menjadi Bistro dan Cafe sehingga ada yang sudah disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur. Kedai mamak pun sudah guna smartphone dan aplikasi untuk ambil pesanan dan buat bayaran.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Berjaya dengan Bisnis Burger! Klik Sini

Rahsia Bejaya Bisnis CupCake di Rumah! Klik Sini

Rahsia buat Roti Canai & Muratabk yang SEDAP! Klik Sini[/box]

Setiap kali menjejaki kaki ke pasaraya besar punyalah susah nak cari restoran Melayu yang pasti halal, kalau di Mid Valley hanya ada satu sahaja iaitu Restoran Belanga. (sekarang dah tutup)

Nak kata restoran Melayu tidak berjaya tidak juga kerana ada banyak restoran Melayu yang penuh dengan pelanggan cuma ada yang sudah berbelas tahun dengan imej yang sama tidak pernah dan mungkin tidak mahu berubah seperti Restoran Iman Koey Teow yang berani berubah. Restoran Melayu lain bila agaknya nak berubah?


Spread the love

170 Comments

  1. Kadang-kadang restoran Melayu ni dikaitkan pulak dengan perbuatan khurafat seperti pelaris yang menyalahi agama serta santau akibat rasa tak puas hati. Ermm.. Melayu.. Melayu..
    Curahan rasa Muhammad Razif Ismail @ ..SANTAUMy Profile

  2. Ada kawan lelaki dulu dia kena macam tu jugak. Dah lah dia pengajar kursus keusahawanan. Masa kita sampai pekerja ambil order, dah selesai makan dia tanya kita makan apa. Masa tu pinggan dan gelas dah licin so dia jawab, “entah, ko tengoklah apa yang tinggal ni” hahaa..
    Curahan rasa ruggedmom @ ..Melihat Budaya Orang CambodiaMy Profile

  3. ade restoran tempat aku keje ni…dari awal aku masuk keje sampai la dah 2 tahun lebih, mcm tu je la sama…tak nampak sgt perubahannya…makanan pun sama je…hmmmm

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!