Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama nak menulis entri rahsia Masjid Nabawi tetapi baru kali ini berkesempatan. Siapa yang tidak jatuh cinta setelah kali pertama menjejak kaki di Masjid Nabawi menziarahi Rasulullah SAW. Pasti berderai air mata apabila berdoa di Raudah terasa dekat sangat dengan Baginda Nabi SAW.
Berdoa di Raudah sambil bercerita kepada Rasulullah SAW apa yang telah kita buat untuk agama sebelum datang ke Madinah dan apa azam kita hendak lakukan untuk agama sekembali kita ke tanah air.
Setelah menziarahi Rasulullah SAW dan berdoa di Raudah jemaah juga akan menziarahi perkuburan Al Baqi’ yang biasanya dibuka di awal pagi selepas suboh. Menziarahi makam para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW menghadiahkan Al Fatihah. Kemudian jemaah akan melawat berbagai lokasi sejarah disekitar Kota Madinah mengambil berkat Tanah Haram dan menginsafi perjuangan para sahabat berjuang untuk agama terutama di Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud.
Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu.
Tiang Uthman Affan
Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus.
Muzium Al Quran
Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan.
Perpustakaan Kitab Khusus
Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam.
Bilik Al Quran
Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi. Masjid atau organisasi boleh bawa surat dengan cop rasmi untuk meminta Al Quran waqaf untuk masjid dan surau mereka. Al Quran ini adalah Al Quran hadiah dari jemaah yang bukan Al Quran rasmi yang dikutib kembali oleh pertugas Masjid Nabawi.
Bilik Audio
Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi. Biasanya salinan rakaman boleh diambil dalam tempoh 2 hari.
Perpustakaan Umum
Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar.
Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah
Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW.
Muzium pameran Nama-nama ALLAH
Muzium Nama-nama ALLAH ini memang best sebab berbagai paparan dipamerkan seperti 99 nama-nama ALLAH dan penjelasannya, video-video kejadian alam yang dikaitan dengan nama ALLAH dan macam-macam lagi. Memang rugi kalau tak pergi sendiri. Di akhirnya jemaah boleh beli poster dan CD nama-nama ALLAH.
Kepada yang sudah ke Madinah pernahkah anda menjejaki gedung penuh ilmu ini? Ada banyak lagi rahsia Masjid Nabawi yang masih tersembunyi dan beruntung kepada jemaah yang dapat mutawwif yang mahir selok-belok sejarah Masjid Nabawi.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
84 Comments
Subhanallah,,Maha Suci Allah…
semoga admin menjadi ahli syurga…
Post admin bukan sahaja menarik perhatian pembaca bahkan mendekatkan diri pembaca kepada Allah s.w.t. ,,
Good job admin,, anda telah menggalakkan umat islam hari ini untuk melawat ke masjid nabawi…
love it!!!
Begitu banyak sejarah islam disebalik masjid madinah yang tak banyak orang ketahui sayapun pun baru tahu dari post ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..35 Hal yang anda bisa lakukan untuk menjaga Cinta Istri Anda
wahh,, melihat foto foto nya ,, saya jadi ingin cepat2 ke tanah suci mekkah… masjid yang penuh dengan sejarah islam… allah hu akbar
amiinnn
wahh,, melihat foto foto nya ,, saya jadi ingin cepat2 ke tanah suci mekkah… masjid yang penuh dengan sejarah islam
amiinnn
wahh,, melihat foto foto nya ,, saya jadi ingin cepat2 ke tanah suci mekkah
amiinnn
Menarik.
Boleh tahu sejarah itu sendiri.
Bila di ubahsuai menjadi lebih mudah dilawati.
Curahan rasa AZENI AHMAD @ ..Keluhan Wanita Tentang Sakit Belakang dan Lenguh Badan? Mengada atau Sebaliknya?
Masjid yang penuh akan sejarah dan sangat indah..Ingin segera berkunjung ke sana..
Curahan rasa Jual Sepatu Kets @ ..Jual Sepatu Kets Pria Model Keren MR 729
SubhanaLLOH… Masjidnya fasilitasnya lengkap sekali… Kalau Universitas Islam Madinah itu dekat dari Masjid Nabawi yah? Semoga kalau gak saya yang pergi ke sana, nanti anak saya bisa untuk mengunjungi Masjid Nabawi… Terima Kasih atas informasinya…
Curahan rasa Lulur Nature Organic @ ..MANFAAT AIR BERAS DISIMPAN SEMALAMAN UNTUK MUKA
SubhanaAllah,. Moga ada rezeki untuk berkunjung kesini suatu hari nanti,InshaAllah,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..KOLEKSI FOTO PERABOT YANG UNIK
subhanallah. Bestny dpt pergi. Trima kasih sbb shre artikel yg menrik
Pertama kali dengar tentang Muzium nie. Memang kurang didedahkan kot pada jemaah haji negara kita. Menarik kalau dapat pergi..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Makanan Beralkali vs Makanan Berasid : Yang Mana Sebabkan Badan Berasid?
Alhamdulillah….teringin nak kesana satu hari nanti….insyallah…
Abg denai hati yang mana satu eh?
kalau ke mekah baik pergi lawat muzium ni. rugi juga kalau tak tambah ilmu baru
Curahan rasa nikkynews @ ..Kalkulator Cara Kira GST Online
Comments are closed.