Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama nak menulis entri rahsia Masjid Nabawi tetapi baru kali ini berkesempatan. Siapa yang tidak jatuh cinta setelah kali pertama menjejak kaki di Masjid Nabawi menziarahi Rasulullah SAW. Pasti berderai air mata apabila berdoa di Raudah terasa dekat sangat dengan Baginda Nabi SAW.
Berdoa di Raudah sambil bercerita kepada Rasulullah SAW apa yang telah kita buat untuk agama sebelum datang ke Madinah dan apa azam kita hendak lakukan untuk agama sekembali kita ke tanah air.
Setelah menziarahi Rasulullah SAW dan berdoa di Raudah jemaah juga akan menziarahi perkuburan Al Baqi’ yang biasanya dibuka di awal pagi selepas suboh. Menziarahi makam para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW menghadiahkan Al Fatihah. Kemudian jemaah akan melawat berbagai lokasi sejarah disekitar Kota Madinah mengambil berkat Tanah Haram dan menginsafi perjuangan para sahabat berjuang untuk agama terutama di Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud.
Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu.
Tiang Uthman Affan
Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus.
Muzium Al Quran
Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan.
Perpustakaan Kitab Khusus
Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam.
Bilik Al Quran
Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi. Masjid atau organisasi boleh bawa surat dengan cop rasmi untuk meminta Al Quran waqaf untuk masjid dan surau mereka. Al Quran ini adalah Al Quran hadiah dari jemaah yang bukan Al Quran rasmi yang dikutib kembali oleh pertugas Masjid Nabawi.
Bilik Audio
Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi. Biasanya salinan rakaman boleh diambil dalam tempoh 2 hari.
Perpustakaan Umum
Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar.
Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah
Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW.
Muzium pameran Nama-nama ALLAH
Muzium Nama-nama ALLAH ini memang best sebab berbagai paparan dipamerkan seperti 99 nama-nama ALLAH dan penjelasannya, video-video kejadian alam yang dikaitan dengan nama ALLAH dan macam-macam lagi. Memang rugi kalau tak pergi sendiri. Di akhirnya jemaah boleh beli poster dan CD nama-nama ALLAH.
Kepada yang sudah ke Madinah pernahkah anda menjejaki gedung penuh ilmu ini? Ada banyak lagi rahsia Masjid Nabawi yang masih tersembunyi dan beruntung kepada jemaah yang dapat mutawwif yang mahir selok-belok sejarah Masjid Nabawi.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
84 Comments
Teringin sangat pegi…Semoga dapat kesana sebelum ajal menjemput, semoga dipermudahkan. Insha Allah ^_^
Curahan rasa Nisa @ ..Segmen Blogwalking +Hadiah Bertuah
BESTNYA ke muzium sebegini, harap hajat nk ke sana sampai . amin
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
Masjid nabawi adalah masjid yang menajubkan sangat luar biasa bila kita bisa mengunjunginya. Terima kasih atas infonya karna dengan adanya info ini biarpun saya belum pernah ke sana tapi bisa menyetahui keseluruhan masjid tersebut.
Curahan rasa melawati @ ..Obat Tradisioal Asam Urat Herbal
Sungguh indah pemandangan di dalam Masjid Nabawi dan juga kawasan sekitarnya..semoga tahun depan hasrat saya sekeluarga untuk sampai ke sana di makbulkan Ilahi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Perjalanan
Ya Allah berilah Hambamu ini kesempatan untuk dapat pergi kesana suatu hari
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kebanyakan Manusia Masih Berbuat Syirik
tiba tiba hati jadi sayu…rindunya…pilihlah kami semua kami utk berziarah kekasih mu ya allah…..
ya allah rindunya….pilihlah kami untuk berziarah maqam kekasihmu ya allah….
InsyaAllah, bakal ketemu juga satu hari nanti. Moga doa ini dimakbulkan Allah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Kedai Repair Handphone Yang Best di Semenyih
kalau berpeluang ke sana, memang nak singgah muzium ni. dpt tambah ilmu pengetahuan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Hati Perempuan di Tv3
bestnya kalau dpt ke muzium ni. barang2 yang ade mmg tak akan jumpa kat tempat lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Hati Perempuan di Tv3
BESTNYA ke muzium sebegini..baca entri ringkas ni je pun dah dapat bayangkan betapa banyaknya ilmu yang boleh dikutip dr sana..bak cakap tuan, untung dapat mutafif yg tahu selok belok d sana.
Curahan rasa JMR @ ..Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah
Wah. Sangat teruja saya baca entri ni. Masya Allah .. cantik tempat ni, byk benda yang boleh dilihat dan belajar. In Sha Allah, azam akan pergi nanti.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST
masyaAllah memang betul…. airmata mudah tertumpah di masjid nabawi terutama di raudhah….
seram sejuk badan saya ketika di dalam tempat barakah tu….
rinduuuuu sekali memori terindah
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Nyaris termakan helah si penipu internet (nigerian scammer)
Saya baca komen ni .. rasa meluap nak pergi ke sini .. azam ni. In Sha Allah, satu hari dapat pergi.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST
Iya kan? Mudah-mudah hajat nak ke sana sentiasa dipermudahkan oleh Allah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Promosi Shaklee April 2015 Yang Sangat Fantastic~
moga dapat sampai ke sana berkali-kali lagi…
kalau boleh mahu saja tinggal terus di sana…
ameen….
Curahan rasa Annisa Biz @ ..Awet muda dengan SUTRA ADRIANA GORGEOUS SLEEPING MASK & Serum
berkunjung ke masjid madinah adalah impian untuk semua umat muslim dunia, beruntung sekali muslim yang sudah pernah ke sana
Curahan rasa farid @ ..lirik lagu all about bass meghan trainor dan terjemahannya
Comments are closed.