Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersempena dengan SBB2014, Anjung Jelita Spa & Beauty Centre ingin mengadakan contest blog mudah untuk blogger yang bakal menyertai SBB2014 pada 8 Mac 2014 nanti. Anda hanya perlu membuat blog post berdasarkan tajuk yang disediakan. Gunakan kreativiti anda bagaimana anda tafsirkan tajuk yang anda pilih tersebut.
Anda boleh sertakan gambar, video, komik atau apa sahaja untuk menjadikan pos anda lebih menarik. Sepuluh (10) blog post dengan perkongsian tertinggi di FB, Twitter dan Google+ akan memenangi voucher sesi kecantikan dan spa bernilai RM300 seorang. Bukan itu sahaja, blog post paling kreatif juga akan memenangi “Gift Set Homemade Products”, iaitu produk kulit dan badan yang dibuat dengan bahan-bahan 100% organik bernilai RM100.
Apa tunggu lagi? Gunakan kreativiti anda dan sertai kontes ini sekarang.
Bagaimana untuk sertai kontes ini :
1. Terbuka kepada blogger wanita dan lelaki yang menyertai SBB2014 di Saloma Bistro pada 8 Mac nanti. (hadiah Spa untuk perempuan sahaja)
2. Pilih salah satu dari dua tajuk berikut dan blog menggunakan kreativiti anda. Blog pos anda boleh dibuat samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Title : “I Am Body Beautiful”
– Is it all about the body or is there more?
– Does being beautiful includes skin, face, health only?
– What does beautiful mean to you?
Think out of the box.
Tajuk : “Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru”
– Apakah rahsia kecantikan wanita masa kini?
– Adakah anda mempunyai tips penjagaan kulit dan badan?
– Pentingnya penjagaan kecantikan.
Gunakan kreativiti anda.
3. Sepuluh (10) blog pos dengan perkongsian tertinggi di Facebook, Twitter dan Google+ bakal memenangi voucher sesi spa dan kecantikan bernilai RM300 seorang.
4. Satu (1) blog pos paling kreatif dan menarik akan memenangi “Gift Set Homemade Products” yang bernilai RM100.
5. Nama Anjung Jelita Spa & Beauty Centre dengan backlinks kepada http://anjungjelita.com dan blog denaihati.com mesti disertakan di dalam blog pos.
6. Sertakan juga Fanpage Anjung Jelita https://www.facebook.com/AnjungJelita di dalam entri penyertaan.
7. Artikel hendaklah ditulis melebihi 350 perkataan (kurang daripada 350 perkataan tidak akan diterima)
8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7hb Mac 2014 jam 11.59 malam.
Pemenang akan diumumkan pada majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 dan kepada blogger wanita cantik di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kontes ini.
Borang Penyertaan Contest Spa Kecantikan
Error: Contact form not found.
96 Comments
wah menarik ni, sapa yang berkebolehan boleh la join contest ni
Curahan rasa myrujukan @ ..Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
ya…bagus contest ini untuk uji daya kreativiti masing-masing
Curahan rasa kakiblog @ ..Cara Paling Pantas Semak SEO Blog
nak spa untuk lelaki~~
Curahan rasa QZ92 @ ..Kenduri Orang Melayu: The Untold Story
InsyaALLAH nak join utk hadihakan kat isteri…
dah terasa kemeriahan sbb14 nih wahh
Curahan rasa shasha yacob @ ..Salam Jumaat #1
wah menarik…..lama tak p spa…nanti blh intai2 spa nih.hihi….
Menarik. ..Good luck untuk semua…
Curahan rasa Raudzah @ ..Sedihnya!!!!
akak dah try dah spa bella ni..memang best.
Curahan rasa kak ina kl @ ..Resepi Sambal Tumis Udang
benda-benda macam ni..aku kurang sikit nak join. hoho..
Curahan rasa titan @ ..7 sebab AJAIB aku mahu melancong ke Kemboja.
Ni utk aweks bro
sebab tu aku tak join.
kang termenang, ramai plak tak puas hati. haha..
Curahan rasa titan @ ..Bagaimana untuk memohon FiT(Feed-in Tariff)
wah, banyaknya contest untuk SBB2014 nanti yer. Sure majlisnya pun gempak kan? Tak sabar nak pergi SBB2014 🙂
Curahan rasa zumal @ ..Boikot Jangan Tak Boikot
Dah bookmark page ni untuk follow up contest.. hahaha
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Muslim Niaga Buat Saya Tidak Senang Duduk
Err.. Boleh tanya ke? Saya budak baru belajar? Kenapa banyak blog buat contest untuk SBB2014? 🙂
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Contest SEO momsavenues.com
Sebab SBB2015 buat macam2 contest dgn hadiah2 menarik
tapi ini adalah promosi/iklan dari Anjung Jelita Spa & Beauty Centre khas buat peserta majlis SBB2014, hadiah diberikan masa majlis nanti. ok ke jawapan ni…(kurang jelas soalan..)
Curahan rasa Denaihati @ ..Senarai lokasi catuan air di Negeri Selangor
Memandangkan syarat penyertaan ada perubahan maka bolehlah mula mengarang entri malam ni…nak menang juga untuk bagi hadiah memanjakan diri ini kepada isteriku.
Curahan rasa ejam @ ..Dah Lama Tak Pakai Jam Tangan.
sayang-sayang bini… bagi dia relax kat spa anjung tu.. ada laaa modal buat entry kalo menang.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Malaysia Social Media Week 2014
fuh! berduyun peluang ada utk para blogger sempena SBB2014. terbaiklah!
Curahan rasa hafizmd @ ..Pameran dan Kejayaan Universiti Penyelidikan
hafiz… mu nak join je.. peluang depan mata ni…
Curahan rasa KiD @ ..Blogging Ketika Sibuk
Comments are closed.