Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersempena dengan SBB2014, Anjung Jelita Spa & Beauty Centre ingin mengadakan contest blog mudah untuk blogger yang bakal menyertai SBB2014 pada 8 Mac 2014 nanti. Anda hanya perlu membuat blog post berdasarkan tajuk yang disediakan. Gunakan kreativiti anda bagaimana anda tafsirkan tajuk yang anda pilih tersebut.
Anda boleh sertakan gambar, video, komik atau apa sahaja untuk menjadikan pos anda lebih menarik. Sepuluh (10) blog post dengan perkongsian tertinggi di FB, Twitter dan Google+ akan memenangi voucher sesi kecantikan dan spa bernilai RM300 seorang. Bukan itu sahaja, blog post paling kreatif juga akan memenangi “Gift Set Homemade Products”, iaitu produk kulit dan badan yang dibuat dengan bahan-bahan 100% organik bernilai RM100.
Apa tunggu lagi? Gunakan kreativiti anda dan sertai kontes ini sekarang.
Bagaimana untuk sertai kontes ini :
1. Terbuka kepada blogger wanita dan lelaki yang menyertai SBB2014 di Saloma Bistro pada 8 Mac nanti. (hadiah Spa untuk perempuan sahaja)
2. Pilih salah satu dari dua tajuk berikut dan blog menggunakan kreativiti anda. Blog pos anda boleh dibuat samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Title : “I Am Body Beautiful”
– Is it all about the body or is there more?
– Does being beautiful includes skin, face, health only?
– What does beautiful mean to you?
Think out of the box.
Tajuk : “Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru”
– Apakah rahsia kecantikan wanita masa kini?
– Adakah anda mempunyai tips penjagaan kulit dan badan?
– Pentingnya penjagaan kecantikan.
Gunakan kreativiti anda.
3. Sepuluh (10) blog pos dengan perkongsian tertinggi di Facebook, Twitter dan Google+ bakal memenangi voucher sesi spa dan kecantikan bernilai RM300 seorang.
4. Satu (1) blog pos paling kreatif dan menarik akan memenangi “Gift Set Homemade Products” yang bernilai RM100.
5. Nama Anjung Jelita Spa & Beauty Centre dengan backlinks kepada http://anjungjelita.com dan blog denaihati.com mesti disertakan di dalam blog pos.
6. Sertakan juga Fanpage Anjung Jelita https://www.facebook.com/AnjungJelita di dalam entri penyertaan.
7. Artikel hendaklah ditulis melebihi 350 perkataan (kurang daripada 350 perkataan tidak akan diterima)
8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7hb Mac 2014 jam 11.59 malam.
Pemenang akan diumumkan pada majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 dan kepada blogger wanita cantik di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kontes ini.
Borang Penyertaan Contest Spa Kecantikan
Error: Contact form not found.
96 Comments
bantu saya bantu sanya
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
insyaAllah kalau sempat join jg
Curahan rasa AUC @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
alhamdulillah…. sempat akhirnya saya join contest nie…. hadiah nya menarik betul… hehe….
Dah seminggu lebih dok termenung tengok entri kontes ni, tak tahan godaan musti join jugak la!! hehe
Curahan rasa kenit cinonet @ ..Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru
menarik hadiah yang ditwarkan , badan yang lemah pasti terus segar bugar selepas pekena spa…=)
Curahan rasa papa mifz @ ..Kini Waktu Malamku Sentiasa Ditemani Isteri
semoga berjaya kepada yang turut serta dalam contest ini
Curahan rasa ajumohit @ ..Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru
Alaf itu apa ya gan?
Curahan rasa Wedding Invitations @ ..cetak undangan pernikahan
alaf baru bermaksud zaman baru atau bahasa inggerisnya new Millennium.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru
Assalamualaikum… alaa bestnya. nak join contest tapi khas untuk peserta SBB2014 je. huwaaa sedihnya Y____Y
ini yang tambah semangat nak berblog..pelbagai macam cara boleh untuk jana pendapatan..cuma perlu ada kemahuan…
Curahan rasa shahfir @ ..MODEL F1 FERRARI LOMBOK
Banyak betul contest..hadiah pun menarik, makin meriah SBB2014 🙂
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Rahsia Kecantikkan Wanita Alaf Baru
semoga yang sertai dapat yang terbaik. try your best!
Curahan rasa Trend Malaya @ ..Air Asia Mohon Maaf Isu Persenda Jururawat
wah…ada lagi contest untuk peserta SBB2014 , semoga berjaya kepada yang akan menyertainya nanti
Curahan rasa wazy @ ..Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Artikel yang bagus
salam dari blogger indonesia 😀
wah sungguh tulisan yang inspiratif, saya makin suka dengan blog ini
Curahan rasa CANE BLOGS @ ..Cara Memasang Widget Alexa
alahai tak join sbb la abang denai
Curahan rasa nadia johari @ ..FEAR FACTOR MALAYSIA 2014 EPISOD 2
Comments are closed.