Yang Terbaik Sepanjang Oktober

Spread the love

Yang ditunggu sudah tiba. Alhamdulillah jumlah komen bulan Oktober bertambah dan yang paling penting semakin ramai penGOMEL baru yang meninggalkan jejak di blog DENAIHATI. Jumlah keseluruhan komen adalah 712 yang bernilai RM142.20.

Perjuangan untuk menjadi penGOMEL Pertama juga semakin sengit. Berikut antara yang berjaya menjadi penGOMEL pertama Precious(3), AzharSalleh(1), Eliss(1), Zara(2), Rizal(1), Uruchimaru(1), Sitisifir10(1), Azis(1), Rosse(1), Azizwan(1), Kaklong(1), RatuSalju(1) dan Azuan(1). Pemenangnya tak lain dan tak bukan Puan Precious dan hadiahnya adalah iklan banner selama sebulan di blog DENAIHATI.

3 orang penGOMEL terbanyak pulak jatuh kepada Precious(124) menang RM50 manakala Rizal (116) dan X-PO(116) mempunyai jumlah komen yang sama maka aku campurkan hadiah 2 dan ke 3 dan bahagikan 2 jadi sorang dapat RM25.

4 orang berjaya cash out insentif komen iaitu Precious sebanyak RM24.80, Rizal dan X-PO sebanyak RM23.20 setiap seorang serta Azizwan sebanyak RM14.80. Baki sebanyak RM56.40 akan diinfakkan untuk projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran.

Ucapan tahniah juga kepada Azizwan yang telah menang RM55 kerana menjadi pelawat bertuah yang ke 55,555. Kepada yang tak berjaya tunggukan angka keramat 66,666.

Terima kasih juga kepada blogger hebat yang sudi tinggalkan jejak komen seperti Zul (aku menang contest zul lah), Jejaktrend, Topo, Megat, Kak Jie, Cikgu PJLadyjavaDilot dan ramai lagi yang tak tersebut. Alhamdulillah juga dengan keywords Mantik Hani (Al Fatihah) blog ini juga bisa dijelajahi beberapa blogger dari Indonesia seperti Anazkia (makaseh mbak). Aku juga bersyukur PageRank (PR) blog DENAIHATI juga dah up ke PR3 setelah sangkut kat PR2 agak lama.

Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang join contest Weblog Popular 1Malaysia. Insyallah dalam beberapa hari lagi keputusan akan diumumkan. Tungguuuuu ….

[ad#nuffnang336]


Spread the love

18 Comments

    1. @farahaznil, Haha.. Saya pun dah jadi pengomel pertama. Yang penting dapat menjadi pengomel pertama baru rasa seronok sikit.
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!