Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
perkara yang biasa kita dengar atau baca, apabila nak menulis artikel, tetapi tiada idea. Ini perkara yang normal untuk yang baru bermula, mahupun yang telah lama dalam bidang penulisan. Semasa awal-awal mengusahakan blog, saya turut mengalami masalah yang sama.
Namun selepas membuat kajian, pembacaan dan pembelajaran, ternyata punca sebenar ketiadaan idea ini adalah diri kita sendiri. Kita sebenarnya bukan tiada idea, tetapi kita seringkali memandang rendah idea yang tercetus dalam minda.
Setiap hari, dalam kehidupan, kita melalui pengalaman yang berbeza, setiap orang walaupun menghadiri majlis yang sama, tidak akan mengalami pengalaman yang sama, inilah keistimewaan hidup di dunia ini. Setiap saat dalam kehidupan kita adalah unik dan istimewa.
Idea itu hanya perlu diolah menjadi cerita yang menarik
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sebenarnya adalah perkara yang menarik. Jika kita menganggap ianya adalah sesuatu yang membosankan, pasti ianya akan jadi perkara yang membosankan. Kita adalah apa yang kita sangkakan, jadi bersangka baiklah untuk diri sendiri.
Apa yang penting untuk kita lakukan adalah untuk membuat olahan agar cerita itu menjadi lebih menarik. Agar ianya disampaikan dengan mempunyai maksud dan sebab atau intipati yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain.
Sebagai contoh, jika kita gemar untuk bersenam, boleh tulis dan olah aktiviti senaman kita pada hari tersebut. Mungkin ada yang ingin memulakan aktiviti hampir sama, tetapi tidak mempunyai idea atau sesiapa untuk memberikan mereka ilham bagaimana untuk bermula.
Impak positif dalam setiap cerita akan memberikan kesan bagus
Semasa bercerita mengenai kisah kehidupan atau aktiviti yang kita jalankan, sentiasa fikirkan satu impak positif yang boleh diambil oleh pembaca untuk dijadikan amalan dalam kehidupan mereka. Mungkin bukan semua akan dapat membawa impak positif itu, tetapi yang berkaitan akan dapat mengamalkannya.
Usah merasakan penulisan kita itu hanya biasa-biasa sahaja, ini akan memberikan kesan jangka masa panjang dan motivasi dalam pengurusan penulisan dan idea. Apabila kita mula merasakan idea kita biasa-biasa sahaja, kita akan lebih gemar untuk tidak menulis berbanding menulis perkongsian tersebut.
Sentiasa semat dalam hati, idea dan kisah kehidupan kita sentiasa istimewa.
Pasti akan ada yang mengimpikan untuk boleh melakukan aktiviti yang kita rasakan biasa-biasa sahaja itu. Benarkan mereka merasai pengalaman itu melalui penulisan yang kita terbitkan. Lebih banyak kita berjaya terbitkan artikel begini, lebih mudah kita membina perhubungan dengan pelawat dan pembaca di laman sesawang atau blog kita.
Idea itu adalah segalanya dalam kehidupan
Jika kita faham bagaimana idea boleh diolah, kita akan nampak semua yang berlaku dalam kehidupan kita sebagai idea. Sampai satu tahap, kita merasakan terlalu banyak idea untuk ditulis sehingga tiada masa. Ketika itu, sudut pandang kita telah berbeza.
Kita akan dapat melihat setiap perkara dalam kehidupan sebagai perkara yang begitu berharga. Perkara ini perlukan latihan, saya menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan kefahaman ini. Apa yang penting, kita mulakan dengan menghargai setiap perkara dalam kehidupan dan cuba olah ianya menjadi cerita.
Semakin banyak cerita yang boleh diolah, semakin cekap kita menguruskan idea-idea yang muncul setiap saat dalam kehidupan. Semoga selepas ini, tiada lagi masalah untuk menjana idea untuk menulis setiap hari dan berkongsi manfaat kepada lebih ramai umat manusia.
78 Comments
Nak tunggu keluar mentol idea menulis keluar memang ber habuk lah jawabnya blog ni. Pandai pandailah cari idea dan kembangkan
Curahan rasa nasa azman @ ..Pinjaman Perumahan Bank Mudah Lulus Jika 5 Perkara Ini Cantik!
Boleh gunakan fungsi Google untuk cari idea, atau cari blog bahasa inggeris dan terjemahkan ke bahasa melayu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Idea itu memang ada tapi tulah self-confident tu yang kurang.
Kena banyak lagi menimba ilmu daripada blogger-blogger tersohor contohnya macam yang tulis artikel ni hehehe
Selalunya untuk menulis artikel memerlukan mood yang sesuai terutamanya persediaan. Kalau suasana bising dan hingar bingar, agak sukar untuk dapat ilham. Suanana tenang walau seketika, mampu menghasilkan pelbagai idea untuk menulis.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Sesetengah orang lebih cenderung untuk menulis dalam suasana yang riuh rendah dan meriah, contohnya wartawan dan jurnalis.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Saya pun belajar dari bawah juga, nak kata dah pandai meamng jauh lagi lah. Yang penting kita teruskan sampai jadi.
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..12 Tempat Menarik Di Melaka Waktu Malam? Rugi tidur awal di hotel!
Idea ni akan datang kalau kita selalu fikirkan dan suka bercerita. Nak makan pun kena rancang resepi dan tempat makan kan.
Apatah lagi menulis.
Sekolah dulu pun ada ajar banyak karangan jenis cerita. Hehe
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pencuci Muka Terbaik DIY Di Rumah! Ada 4 Resepi Yang Berkesan
kadang kadang idea tu ada tetapi bila ingin mula menulis sudah lupa apa idea yang telah difikirkan tadi hehehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Nikmati Coconut Shake Vanilla Float Viral Di Coconut Shake Original Famous Klebang Melaka
Sambil sambil blog walking ni pun boleh jumpa idea. yang penting kita kena pandai kembangkan idea.
Barulah boleh menulis.
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Jerawat Batu Banyak Sebab 7 Makanan ini! Elak Makan & Hilangkan Parut Dengan Cepat!
memang perlu lagi belajar bagaimana untuk menuliskan ide yang ada di kepala karena memang susah untuk dituangkan menjadi tulisan di blog
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Kue Kukis Pelangi Keju
harap harap senang dapat idea utk menulis artikel. sebab takde entri baru, takde trafik yg masuk. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3
Setiap orang ada cara tersendiri dalam menulis blog kan..Pasti ada kelebihan masing-masing.Terima kasih atas perkongsian tersebut.
Curahan rasa Ira @ ..Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu
Bila sudah ada pilihan niche penulisan, tidak ada alasan lagi untuk kata idea kekeringan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Setiap org ada gaya tersendiri dalam penulisan mereka. Bergantung kepada kreativiti mereka. Masa mnulis pun ada yg cepat dpt idea… ada yg lmbat …
Curahan rasa Tah @ ..Rawat Jerawat Batu Dalam Masa 40 Hari, Kembalikan Keyakinan Diri
Saya rasa sebab utama adalah..merasakan idea itu biasa-biasa sahaja. Itu sebab tidak mahu menulis. Takut dalam hati, nanti akan ditertawakn orang kerana menulis hal yang biasa-biasa. Betul dengan saranan…tulis je walau anggap biasa. Mungkin yang biasa-biasa itu tidak biasa pada pandangan orang lain.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Boleh Sarapan Pagi Sepuas Hati Dengan Hanya RM5
Sesetengah orang berfikir terlalu lama sampai takut nak tulis artikel tersebut. Tiada tindakan akhirnya merugikan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
sebenarnya tak ada alasan utk seorag blogger itu utk tak update blog. banyak je isu dan point2 menarik. mungkin sebab malas
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3
Writers block, ada masa memang akan alami masalah sama. Melainkan saya menulis sambil mendengar muzik kegemaran telinga.
Curahan rasa nasa azman @ ..Kontraktor Rumah VS Tukang, Bila masa kita perlukan tukang & Bila masa kita perlukan kontraktor?
lain blogger lain caranya. saya pula tak gemar dengar muzik ketika menulis.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3
Semua orang perlu pandai menyampaikan mesej dalam bentuk cerita. Nak sebarkan islam pun kena ada sifat menyampaikan. (Tabligh)
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..12 Tempat Menarik Di Melaka Waktu Malam? Rugi tidur awal di hotel!
Comments are closed.