Teknik SEO yang berkesan dan mudah dilakukan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

harini sekadar ingin berkongsi bagaimana menguruskan SEO dengan cara mudah. Mudah disini bukanlah bermakna tidak perlu buat apa-apa tetapi lebih kepada bagaimana penulisan yang mesra pembaca akan dapat memikat hati Google dalam masa yang sama.

Sejak lama dahulu, ramai yang terlalu fikirkan mengenai kata kunci sehingga mereka lupa mereka menulis untuk pembaca. Fokus utama sepatutnya kita letakkan kepada pembaca terlebih dahulu. Selepas dah tulis untuk pembaca barulah kita perkemaskan untuk memikat hati Google pula.

teknik SEO mudah untuk dilakukan

Menulis untuk pembaca itu adalah perkara paling penting

Jika kita benar-benar ingin menguasai enjin carian, kita perlu memikirkan apa yang akan menyebabkan enjin carian suka dengan artikel kita. Perkara yang mereka suka adalah apabila kita menulis dan menerangkan info yang tepat kepada pengguna enjin carian.

Ini bermakna, semakin bagus penerangan artikel kita kepada pengguna atau pelawat, semakin hebat kedudukan kita di mata enjin carian. Bunyi macam pelik, tetapi ini adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Teknik optimasi enjin carian ini memang wujud, namun sekiranya kita hanya fokus pada keyword dan seumpamanya, kita terlepas sudut pandang yang lebih luas. Tahukah anda banyak laman sesawang yang menerima trafik yang banyak daripada enjin carian, fokus kepada artikel dan isi kandungan.

Sampaikan tetapan permalinks mereka pun tidak mengikut kaedah atau saranan yang biasa diamalkan. Ini adalah potensi sebenar sekiranya anda benar-benar mahu menguasai enjin carian.

menulis untuk terangkan dengan jelas apa yang ingin disampaikan

Terangkan dengan jelas setiap perkara yang ingin disampaikan

Sekiranya kita ingin membincangkan satu topik atau satu perkara, sedaya upaya untuk terangkan dengan jelas agar pembaca faham. Penerangan ini tidak perlu fikir kata kunci apa yang nak digunakan, tetapi fikir bagaimana pembaca boleh memahami penulisan kita dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi pembaca yang setia.

Ini perkara penting yang perlu difikirkan setiap kali penulisan artikel dibuat. Selain itu, kita hanya perlu fokus pada isi penting yang perlu kita sampaikan.

Jadikan perbualan sebagai rujukan utama apabila menulis, semasa berbual, kita tidak pernah fikir kata kunci apa yang mesti kita sebut dalam perbualan. Begitu juga semasa menulis.

Pengurusan atau perancangan kata kunci perlu dibuat sebelum artikel ditulis. Bila artikel ingin diterbitkan, apa yang perlu diberi pautan dalam artikel, bagaimana ianya disambungkan dengan artikel lain dan sebagainya. Perancangan sebelum penulisan ini lebih penting dan akan memberikan impak yang kita inginkan.

enjin carian ingin memberikan keputusan terbaik kepada penggunanya

Enjin carian pandai menilai aktiviti pembaca dan pelawat

Hari ini, jika kita cuba menipu enjin carian, kita sedang menipu diri sendiri. Itulah hakikat kejadian yang sebenar. Ramai sangat yang terlalu kreatif mencipta teknik-teknik yang mereka tahu melanggar peraturan, tetapi masih ingin dibuat kerana alasan untuk cepat mendapat keputusan.

Cepat tak semestinya bertahan lama. Kita mahukan keputusan yang bertahan lama. Andai harini artikel kita ditemui dan dijadikan rujukan, namun selepas 2 tahun ianya hilang terus dari radar enjin carian, itu bukanlah perkara yang baik.

Kita ingin isi kandungan dan artikel kita sentiasa relevan dari masa ke semasa dan zaman berzaman. Semakin lama ianya dijadikan rujukan, semakin bagus kualiti artikel kita daripada pandangan enjin carian. Enjin carian hanya mahukan servis atau laman mereka digunakan setiap masa.

Jika pada tahun 2017 92% rakyat Malaysia menggunakan Google untuk membuat carian, pasti mereka ingin meningkatkan peratusan itu saban hari. Tugas kita sebagai penulis artikel, adalah menjayakan apa yang mereka ingin capai. Apabila kita berjaya melakukan perkara tersebut, ketika itulah artikel-artikel kita akan mendapat impak yang berkesan.

penulisan mesra pembaca untuk jangka masa panjang

Teknik mudah menjayakan SEO adalah tulis untuk pembaca

Walaupun mungkin tak ramai yang akan percaya, tetapi ini adalah perkara yang telah diamalkan sejak bertahun-tahun yang lalu dan ianya mendatangkan hasil. Artikel yang difahami pembaca, ditulis untuk pembaca dan dibaca oleh pembaca akan memberikan impak positif yang tiada galang ganti.

Anda boleh membuat cubaan untuk memperdaya enjin carian dan robot-robot mereka, namun apa yang pasti, penipuan itu akan kecundang, hanya soal lambat atau cepat sahaja.

Tulis untuk pembaca dan anda tidak perlu risau sekiranya Google membuat kemaskini algoritma mereka atau seumpamanya, kerana aktiviti kita selari dengan apa yang mereka ingin capai.


Spread the love

81 Comments

  1. Sememangnya kita ada membuat perkongsian di laman sosial media, namun kita tidak tahu setakat mana dan sejauh mana perkongsian itu bertahan. SEO akn menentukannya

  2. Hari ini, ramai yang cuba menipu enjin carian, seolah olah kita sedang menipu diri sendiri. Itulah hakikat kejadian yang sebenar.

  3. Perkara yang mereka suka adalah apabila kita menulis dan menerangkan info yang tepat kepada pengguna enjin carian.

  4. sangat bersetuj dgn kenyataan ini, Tulis untuk pembaca dan anda tidak perlu risau sekiranya Google membuat kemaskini algoritma mereka atau seumpamanya, kerana aktiviti kita selari dengan apa yang mereka ingin capai.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!