Menguruskan artikel untuk rujukan jangka masa panjang.

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

menguruskan artikel ini adalah perkara yang kita boleh rancang lebih awal, sebelum kita memulakan laman sesawang atau blog. Ini perkara penting yang perlu dilakukan andai kita ingin mendominasi topik atau bidang tersebut.

Andai anda ingin membina laman untuk tujuan promosi dan perniagaan, jemput untuk baca artikel ini agar mendapat panduan untuk perancangan artikel yang lebih komprehensif sepanjang masa.

Jika anda hanya ingin mengusahakan sebuah blog peribadi, ini juga menjadi asbab kenapa anda akan memperolehi kata kunci yang akan relevan sepanjang tahun.

Penjanaan idea untuk penulisan

Perancangan artikel bermula daripada masalah yang ingin diselesaikan

Ini merupakan sebahagian daripada 5 Steps Method Content Planning yang diasaskan oleh Eizil untuk memudahkan sesiapa sahaja merancang bukan sahaja artikel di blog, tetapi isi kandungan secara keseluruhan termasuk di platform media sosial.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah untuk menyenaraikan masalah-masalah yang kita ingin selesaikan. Andai kita menjual produk, kita senaraikan masalah berkaitan produk tersebut. Andai kita menjual perkhidmatan, kita senaraikan masalah yang boleh diselesaikan oleh perkhidmatan tersebut.

Bagaimana pula jika kita ingin menulis blog peribadi atau dalam niche-niche tertentu? Kita olah juga topik-topik yang diselesaikan, contoh masalah menguruskan kewangan, menguruskan keluarga, menguruskan kesihatan dan pelbagai lagi.

Masalah yang perlu diselesaikan

Kenapa perlu bermula dengan masalah?

Asas kenapa perlu bermula dengan masalah adalah bertujuan untuk meletakkan banyak jerat-jerat dalam persada alam digital ini. Kita perlu ingat, ramai yang mencari jawapan kepada masalah menggunakan Google. Sekiranya kita bercerita mengenai masalah dan kemudian memberi penyelesaian, artikel-artikel ini akan bertebaran menanti masa untuk memerangkap sesiapa yang membuat carian.

Fokus pada masalah, bukan pada kata kunci tertentu akan membolehkan kita membuka lebih luas jaring yang ingin digunakan. Ini adalah perkara yang penting agar ianya akan menjadi tukun-tukun digital mengumpul kumpulan pembaca dan kelompok bakal pelanggan.

Pengurusan masalah dalam penceritaan

Senarai masalah tidak bermakna kita perlu bercerita mengenai masalah itu dari sudut bagaimana ianya berlaku, ia akan dikembangkan menjadi cerita kehidupan yang menjurus kepada masalah tersebut.

Hari ini, pengguna enjin carian menggunakan pelbagai perkataan untuk membuat carian, untuk kita boleh mengaut semua mereka, pelbagaikan kosa kata dalam penulisan yang diterbitkan. Contoh perkataan demam, mungkin boleh jadi panas badan, boleh jadi sakit kepala dan pelbagai lagi.

Mengusahakan artikel untuk setahun

Susun artikel berdasarkan musim dan waktu dalam setahun

Selesai menguruskan masalah-masalah yang kita ingin sentuh, kita boleh mula menyusun artikel-artikel berkaitan. Biasanya fokus kepada bagaimana masalah itu berlaku dalam kehidupan. Bila ianya berlaku, bagaimana ianya berlaku, dan bagaimana boleh diselesaikan.

Kita akan dapat senarai cerita yang banyak andai diolah dengan baik, cerita-cerita ini kemudiannya di susun dalam bentuk senarai sebelum kemudian nanti kita akan pilih bila waktu yang sesuai untuk diterbitkan.

Sebagai contoh, jika kita menulis tips berkaitan puasa ramadan, tidak sesuai untuk kita terbitkan ketika musim hari raya cina, kerana ianya diluar musim.

hidangan dan juadah waktu ramadan

Tunggu hingga tiba musim Ramadan baru kita akan tulis dan terbitkan artikel tersebut. Kita boleh juga nak tulis terdahulu, kemudian hanya terbitkan pada masa yang telah ditetapkan.

Ketika saat kita terbitkan artikel tersebut, mungkin kesan SEO tidak ketara. Namun usah gusar, biarkan ianya matang selari dengan masa. Apabila kita menulis untuk pembaca dan menambah ciri-ciri teknikal yang digemari oleh Google. Artikel tersebut akan mendapat kesan pada tahun berikutnya atau musim bulan Ramadan yang berikutnya.

Ketika itu, artikel kita akan menjadi rujukan dan panduan sesiapa yang mencari mengenai masalah yang telah kita tulis dan ceritakan itu.

Optimasi enjin carian untuk jangka masa panjang

Sediakan artikel yang cukup untuk sepanjang tahun

Perkara terakhir yang perlu kita buat adalah untuk menyediakan artikel yang mencukupi untuk semua musim sepanjang tahun. Ada musim cuti sekolah, musim perayaan, musim melancong, musim gaji, musim panas, musim hujan dan pelbagai lagi.

Di sinilah akan berlaku optimasi secara menyeluruh. Kita akan boleh bersenang-lenang kerana setiap masa ada sahaja artikel yang akan mendapat tarikan daripada enjin carian seperti Google.

Semoga anda dapat sesuatu daripada perkongsian kali ini, menulis tanpa perancangan akan mendatangkan hasil, namun apabila kita rancang, hasilnya akan diperolehi dalam keadaan yang terkawal.


Spread the love

48 Comments

  1. Azam tahun 2019, nak tulus artikel di blog dengan posting yg lebih panjang. Memang nak kena rancang dr awal la macam ni kan

  2. Nice sharing bro Tak pernah terfikir cara organize blog content sepanjang tahun macam ni. 5 Steps Method Content Planning ini akn ku praktikkan utk tahun 2019

    1. Selesaikan mana yang lebih penting terlebih dahulu. Unless kita ni full time blogger..tmpt cari makan yg utama

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!