Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
perkara yang biasa kita dengar atau baca, apabila nak menulis artikel, tetapi tiada idea. Ini perkara yang normal untuk yang baru bermula, mahupun yang telah lama dalam bidang penulisan. Semasa awal-awal mengusahakan blog, saya turut mengalami masalah yang sama.
Namun selepas membuat kajian, pembacaan dan pembelajaran, ternyata punca sebenar ketiadaan idea ini adalah diri kita sendiri. Kita sebenarnya bukan tiada idea, tetapi kita seringkali memandang rendah idea yang tercetus dalam minda.
Setiap hari, dalam kehidupan, kita melalui pengalaman yang berbeza, setiap orang walaupun menghadiri majlis yang sama, tidak akan mengalami pengalaman yang sama, inilah keistimewaan hidup di dunia ini. Setiap saat dalam kehidupan kita adalah unik dan istimewa.
Idea itu hanya perlu diolah menjadi cerita yang menarik
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sebenarnya adalah perkara yang menarik. Jika kita menganggap ianya adalah sesuatu yang membosankan, pasti ianya akan jadi perkara yang membosankan. Kita adalah apa yang kita sangkakan, jadi bersangka baiklah untuk diri sendiri.
Apa yang penting untuk kita lakukan adalah untuk membuat olahan agar cerita itu menjadi lebih menarik. Agar ianya disampaikan dengan mempunyai maksud dan sebab atau intipati yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain.
Sebagai contoh, jika kita gemar untuk bersenam, boleh tulis dan olah aktiviti senaman kita pada hari tersebut. Mungkin ada yang ingin memulakan aktiviti hampir sama, tetapi tidak mempunyai idea atau sesiapa untuk memberikan mereka ilham bagaimana untuk bermula.
Impak positif dalam setiap cerita akan memberikan kesan bagus
Semasa bercerita mengenai kisah kehidupan atau aktiviti yang kita jalankan, sentiasa fikirkan satu impak positif yang boleh diambil oleh pembaca untuk dijadikan amalan dalam kehidupan mereka. Mungkin bukan semua akan dapat membawa impak positif itu, tetapi yang berkaitan akan dapat mengamalkannya.
Usah merasakan penulisan kita itu hanya biasa-biasa sahaja, ini akan memberikan kesan jangka masa panjang dan motivasi dalam pengurusan penulisan dan idea. Apabila kita mula merasakan idea kita biasa-biasa sahaja, kita akan lebih gemar untuk tidak menulis berbanding menulis perkongsian tersebut.
Sentiasa semat dalam hati, idea dan kisah kehidupan kita sentiasa istimewa.
Pasti akan ada yang mengimpikan untuk boleh melakukan aktiviti yang kita rasakan biasa-biasa sahaja itu. Benarkan mereka merasai pengalaman itu melalui penulisan yang kita terbitkan. Lebih banyak kita berjaya terbitkan artikel begini, lebih mudah kita membina perhubungan dengan pelawat dan pembaca di laman sesawang atau blog kita.
Idea itu adalah segalanya dalam kehidupan
Jika kita faham bagaimana idea boleh diolah, kita akan nampak semua yang berlaku dalam kehidupan kita sebagai idea. Sampai satu tahap, kita merasakan terlalu banyak idea untuk ditulis sehingga tiada masa. Ketika itu, sudut pandang kita telah berbeza.
Kita akan dapat melihat setiap perkara dalam kehidupan sebagai perkara yang begitu berharga. Perkara ini perlukan latihan, saya menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan kefahaman ini. Apa yang penting, kita mulakan dengan menghargai setiap perkara dalam kehidupan dan cuba olah ianya menjadi cerita.
Semakin banyak cerita yang boleh diolah, semakin cekap kita menguruskan idea-idea yang muncul setiap saat dalam kehidupan. Semoga selepas ini, tiada lagi masalah untuk menjana idea untuk menulis setiap hari dan berkongsi manfaat kepada lebih ramai umat manusia.
78 Comments
Jika kita gemar untuk bersenam, boleh tulis dan olah aktiviti senaman kita pada hari tersebut.Mungkin ada pengikut yang ingin tahu
Semasa bercerita mengenai kisah kehidupan atau aktiviti yang kita jalankan, sentiasa fikirkan satu impak positif yang boleh diambil oleh pembaca untuk dijadikan amalan dalam kehidupan mereka.
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sebenarnya adalah perkara yang menarik. Jadi, kita kena olah menjadi cerita yang menarik
Setiap orang walaupun menghadiri majlis yang sama, tidak akan mengalami pengalaman yang sama, inilah keistimewaan hidup di dunia ini.
Sebenarnya bukan tiada idea, tetapi kita seringkali memandang rendah idea yang tercetus dalam minda.
Perkara yang biasa kita dengar atau baca, apabila nak menulis artikel, tetapi tiada idea.
Punca sebenar tiada idea untuk menulis artikel semestinya malas mencari idea. Kalau rajin ,pasti ketemu
Dulu masa mula mula blogging hari hari ada artikel baru. sekarang ni jarang update blog
Dalam takde idea, sekiranya menulis tentang apa saja yang terlintas di fikiran, konfem akn publish satu artikel. hehe
Tiada idea, bercampur dengan malas, pasti laman sesawang akan ditinggalkan kosong begitu je lah
Malas tuboleh dikatakan punca nombor satu. Bila rajin tak ada idea pulak.. adoi
saya rasa blogger kena buat brainstorm dan kaji keywords untuk memastikan blog sentiasa dikemas kini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
kalau nak jadi blogger, kena usaha berterusan dan kena banyak sbar. pageview tak datang begitu sahaj
Betul tu..mak jadi blogger, kena ada passion dan masa yang banyak.. satu lagi kena sabar mencari readers
Kena perah idea untuk update blog setiap hari. Kagum dengan blogger yang konsisten update setiap hari ni
Setuju.. Punca sebenar tidak menulis atau tiada idea untuk menulis adalah diri sendiri..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan diri sendiri seperti faktor masa, tenaga, komitmen keluarga dan sebagainya..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Adakah semua itu boleh dijkategorikan dalm satu alasan. nak 1000 daya kan hehe
faktor faktor ini menjadi penghalang utama. Kena pandai bahagikan masa antara tu semua
faktor masa dan kerja biasanya menjadi punca. balik kerja, penat dan nak habiskan masa dgn famili
atau lebih tepat dikatakna penyakit ‘malas’ . . kalau passion, perkataan malas memang takkan wujud kan
Bukan senang nak cari idea yg bernas. Lagi pula tak semua topik ada nilai adsense
Kadang kadang tak nak uodate sbb idea tu tak benar benar menonjol. Sy nak yg berkualiti
setuju tu. diri sendiri yg kena bangun, bukak laptop dan mula menulis. Kalu malas, habeslaa
Betul. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita sehari2..jika ditulis dan diceritakan pengalaman, dengan olahan menarik, pasti ramai akan tertarik..seronok juga jika perkongsian kita bawa impak baik untuk orang lain
Curahan rasa Farizah @ ..Apa Cara Terbaik Mendidik Anak
Betul tu. Apa yang berlaku di sekeliling ni pun boleh dijadikan idea untuk menulis sesuatu. Janji beri kebaikan pada orang lain
Kan.. ada pernah satu blog ni, berkisarkan perjalanan dia ke tempat kerja dan balik kerja,,tapi menarik olahan dia
Ye la. orag suka amik tau kisah insan lain. Jadi, sebarkan aura yang positif sahaja la kan
wow…
sangat menarik.
idea saya banyak.
dalam banyak idea hanya sedikit sahaja yang mampu diolah menjadi cerita.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebenar Jadi Insan Gelandangan
Alhamdulillah. dapat idea banyak mencurah-curah tu pun dikira sebagai satu nikmat yang tak terkata. Seksa gak kala perah idea tapi tak de satu pn yg keluar
kenapa tidak diolahkan setiap idea mencari cerita cerita yang berbeza.. banyak sket dpt menulis
Wow, idea banyak, nak olah cerita pun kenalah struggle kan. Takleh campur 2,3 idea dalam satu artikel ke tuan?
Comments are closed.