Proton Preve kereta Nasional terkini

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rahsia Proton P3-21A akhirnya terlerai apabila MD Proton Holding Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin mengumumkan nama kereta Nasional terkini adalah Proton Preve bukan Proton Tuah seperti yang banyak dilaporkan di blog-blog sebelum ini. Proton Preve modal terbaru Proton dijangka akan dilancarkan pada 15hb April 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gambar Proton Preve

Ada yang mempersoalkan penggunaan nama Proton Preve yang tidak melambangkan identiti Malaysia tetapi kalau tengok Jepun yang sangat menyanjung bahasanya pun menggunakan nama antarabangsa untuk modal-modal kereta terbaru mereka dan pengorbanan mereka berjaya menguasai pasaran kereta dunia.

Menonton Video Proto Preve ini memang terbaiklah dan berasa bangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Walauapapun ada pandangan negatif rakyat Malaysia sendiri kepada Proton ingat bukan semua negara di dunia mempunyai kereta Nasionalnya sendiri.

Harga Proton Preve antara RM62,000 – RM75,000 mengikut model enjin 1.6 liter yang ditawarkan dalam tiga varian harga. Nak dapat maklumat terkini dan gambar Proton Preve lansung sahaja ke blog automotive Malaysia Paultan.org. Nak dapat maklumat modal lain Proton baca sahaja info yang terdapat di related post di bawah entri ini.


Spread the love

273 Comments

  1. Semakin meningkat dan maju teknologi kereta di Malaysia…satu perubahan yg besar ..nama pn canggih…

  2. bangga dengan kemunculan proton preve ini.hidup dan majulah negaraku yang tercinta.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!