Proton Preve kereta Nasional terkini

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rahsia Proton P3-21A akhirnya terlerai apabila MD Proton Holding Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin mengumumkan nama kereta Nasional terkini adalah Proton Preve bukan Proton Tuah seperti yang banyak dilaporkan di blog-blog sebelum ini. Proton Preve modal terbaru Proton dijangka akan dilancarkan pada 15hb April 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gambar Proton Preve

Ada yang mempersoalkan penggunaan nama Proton Preve yang tidak melambangkan identiti Malaysia tetapi kalau tengok Jepun yang sangat menyanjung bahasanya pun menggunakan nama antarabangsa untuk modal-modal kereta terbaru mereka dan pengorbanan mereka berjaya menguasai pasaran kereta dunia.

Menonton Video Proto Preve ini memang terbaiklah dan berasa bangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Walauapapun ada pandangan negatif rakyat Malaysia sendiri kepada Proton ingat bukan semua negara di dunia mempunyai kereta Nasionalnya sendiri.

Harga Proton Preve antara RM62,000 – RM75,000 mengikut model enjin 1.6 liter yang ditawarkan dalam tiga varian harga. Nak dapat maklumat terkini dan gambar Proton Preve lansung sahaja ke blog automotive Malaysia Paultan.org. Nak dapat maklumat modal lain Proton baca sahaja info yang terdapat di related post di bawah entri ini.


Spread the love

273 Comments

  1. salam saya minat model baru proton preve bentuk cantik dan sporty juga menawan hati memamdang kan ia masih baru saya tak pasti quality nye apa apa saya akan pasti kan sebelum beli dalam masa setahun adakah model ni tak banyak kerenah seperti sebelum ni apa apa pun tahniah kepada proton dengan model baru

  2. keliru bila proton kata preve bukan pgganti persona tp tgk kat blog pasni hanya persona basic shj yg djual yg len2 varian stop productivty

  3. seperti biasa banyak kutukan kalau proton keluar model baru. saya bukan pengguna proton/ kereta tempatan. tapi sikit berbangga dengan industri automotif tempatan.

    pendapat saya rasanya tak adil kalau hanya tengok specs tanpa test drive terus mengutuk. nanti dah launch ramai-ramai la pegi showroom ok. feel dulu preve baru kasi output. 🙂
    Curahan rasa booBlogs @ ..Denai Hati Hidupkan Untuk MemberiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!