Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pilihanraya kecil di Malaysia ibarat pesta yang ditunggu apabila seluruh jentera pilihanraya kedua-dua pihak turun membanjiri kampung dan bandar. Berbagai janji diikrar yang untung apabila limpahan projek diberikan kepada penduduk kawasan tersebut. Kali ini giliran PRK Rompin setelah penyandangnya arwah DS Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih. Permergian arwah tanpa disangka memang memeranjatkan semua terutama dengan cara yang begitu tragis.
PRK Rompin selang beberapa hari sahaja dengan PRK Permatang Pauh cuma sebabnya berbeza. PRK Permatang Pauh diadakan kerana penyandangnya DS Anwar Ibrahim dipenjarakan setelah gagal dalam rayuan kes liwat Saiful Bahri. Keputusan PRK Pematang Pauh sudah boleh dijangka dengan kedudukan Dr. Wan Azizah sebagai penganti agak sukar digugat walaupun khabarnya nak melawat DUN Kajang pun tak sempat. Untuk PRK Rompin Barisan Nasional di wakili oleh Datuk Hasan Arifin menentang Ustaz Nazri Ahmad dari PAS.
[box type=”shadow”]Keputusan PRK Rompin
Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.091 Rompin pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini. Calonnya, Datuk Hasan Arifin yang merupakan bekas timbalan menteri besar Pahang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 8,895, meraih jumlah undi sebanyak 23,796 undi. Beliau yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menewaskan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad yang mendapat 14,901 undi.[/box]
PRK Rompin adalah gelanggang ujian kesetiaan rakyat kepada Barisan Nasional setelah GST yang diperkenalkan pada 1/4/2015 yang menjadi kritikan bukan sahaja daripada pembangkang malah NGO dan pemimpin tua Barisan Nasional termasuk Tun Dr. Mahathir. Parlimen Rompin juga jiran kepada Parlimen Pekan yang merupakan kawasan DS Najib Razak juga boleh dijadikan ujian berat kepada Perdana Menteri yang sedang diselubungi berbagai isu dari 1MDB sehingga ke majlis perkahwinan mewah anak beliau. Itu belum cerita lagi kisah isteri PM, DS Rosmah Mansur tetapi ini bukan gelanggang untuk menceritakan keburukan peribadi orang sebab takut sangat mati kita tak sempat nak memohon maaf.
Selalu sahaja keputusan pilihanraya kecil tidak bergantung kepada isu nasional, lebih kepada isu tempatan tetapi kali ini mungkin tidak. Janji Kerajaan untuk mengurangkan harga berbagai barang selepas memperkenalkan GST tidak menjadi kenyataan. Rakyat seperti membayar cukai berganda sehingga pada bulan pertama pengenalan GST hampir semua peniaga berdegil tidak mahu menurunkan harga baranag yang sepatutnya turun. Keputusan PRK Rompin pasti akan menjadi medan penentu kesetiaan rakyat kepada kepimpinan DS Najib Razak dan barisan menteri kabenit.
[box type=”shadow”]Keputusan PRK Permatang Pauh
Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi. Wan Azizah berjaya mendapat 30,316 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin memperoleh 21,475 undi, calon Bebas Salleh Isahak 367 undi, dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman 101 undi. Jumlah undi rosak ialah 843.[/box]
PRK Rompin adalah suara sebenar rakyat samada ianya sevokal dan segarang mantan PM, Tun Dr Mahathir yang menentang keras kepimpinan Najib Razak. Keputusan PRK Rompin juga memberi peluang kepada Barisan Nasional menilai semula strategi politik menjelang PRU14 untuk terus kekal mentadbir Malaysia dari jatuh ketangan pembangkang.
59 Comments
ternyata permatang pauh masih kubu kuat PKR. BN kena ubah strategi kalau nak menang kat situ
Curahan rasa nikkhazami @ ..CPUV Nuffnang Zurich dan TommorowLand
Nik: GST dan ketirisan kewangan negara yang menjadi isu penting disini..
Curahan rasa Sani @ ..Tips Elakkan Kemalangan Macam Tragedi Kemalangan di Lebuhraya Duke
pilih diorang bukan berdasarka suka atau tak pada gst,siapa ayat power,dia menang
Curahan rasa ishak @ ..Gambar upacara adat bersiram tabal sultan perak
Semoga yang terpilih akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Baiki mana yang kurang, tampung mana yang pincang.
hmm begitulah sokmo nye pilihanraya ni.. bila agaknya kita boleh mengundi dalam erti kata sebenar…
Curahan rasa Safiya @ ..Pengalaman Main Supermom Masteria Yang Buat Semua Teruja
orang rompin suka GST. Nak buat camne…hihihi. Redha jelah. Ketentuan Allah sudah begitu 🙂
Tak sangka BN boleh menang dekat Rompin… Semoga wakil rakyat yang berjaya menang PRK di Rompin dapat menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat..
Curahan rasa Anuar @ ..Tak perlu tunggu 9 Mei untuk melihat Wajah bakal isteri Fahrin Ahmad
kawan aku orang rompin..bila tengok tv..baru perasan ada pilihan raya.
tergesa-gesa balik rumah. haha..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 50 dari Klikjer
hahaha…mujur sempat balik kampung, buatnya berada di luar negara, kirmkan doa jer lah 😛
Curahan rasa myliferia @ ..Nak Kurus Dengan Mudah? Sila Jangan Berangan Kalau….
Yang pastinya dari keputusan PRK Rompin menunjukkan majoriti penduduk Parlimen Rompin suka GST 6%… GST i Love Uuuu…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
Diharap calon yg dipilih rakyat dpt menjalankan tugas & amanah yg diberikan dgn baik..dan juga dpt membela nasib rakyat..
Curahan rasa nadri mohd @ ..5 Tips Kawal Kewangan Tinggi
NM: Itu semestinya menjadi kewajipan yang diamankan kepada mereka. Kalau tidak jawaplah di Mahkamah Ilahi nanti…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
masing-masing dengan kaedah dan pendapat tersendiri..
apapun yang menang perlu meneruskan tanggungjawab, yang kalah juga jangan hanya menunggu pilihanraya untuk datang membantu
Curahan rasa zool @ ..Perabot yang kita patut beli ikut keutamaan
ya semoga rakyat cerdas sapa yang harus di pilih, supaya nantinya negara bisa makin bekembang dan maju
Curahan rasa terjemahan lirik 7 @ ..LIKE I CAN-SAM SMITH
bab politik saya agak perlahan sedikit namun kena ambik tahu juga agar tak jadi macam katak bawah tempurung..
Curahan rasa mrhanafi @ ..BestMobile Sudah Berada Di Pasaran
hampir tak perasan adanya pilihan raya dirompin, semoga wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tugas membantu rakyat dengan sewajarnya
Curahan rasa onlajer @ ..Water Heater Hadiah Untuk Pengantin Baru
Nampaknya, memang BN akan sentiasa memerintah negara ini. Apapun, tahniah kepada BN…hmmm…huhu…
Curahan rasa Vander Good @ ..Ciri-ciri orang ‘hot’
Susah nak buat keputusan di tengah-tengah isu yang sedang hangat di negara kita. Mungkin ada isu lain selepas ni dan kalau tak di beri perhatian boleh rosak satu negara.
Curahan rasa rahimah @ ..Sesat Semasa Bercuti Di Paris ? Tak Semua Orang Perancis Sombong !
Comments are closed.