Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah sekian lama negara senyap dengan suasana pilihanraya kecil 26 Oktober 2010 akan diadakan proses penamaan calon untuk pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi dan hari pemilihan telah ditetapkan pada 4 November 2010. Maka pesta demokrasi akan bersemarak 1Malaysia. Blogger politik juga tidak ketinggalan memeriahkan pesta demokrasi.

Perang Bendera Pilihanraya

Barisan Nasional dan Pakatan pasti akan berjuang habis-habisan menegakkan ideologi masing-masing untuk mempengaruhi para pengundi. Bila habis modal pembangunan maka serangan peribadi akan dibuat tanpa mengira batas demi kemenangan calon yang telah dipilih.Ketua parti dari berbagai peringkat akan berpidato sehebat yang boleh untuk menunjukkan kehebatan dan memberi janji pilihanraya. Calon dan wakil calon akan turun keseluruh pelusuk desa dan kota untuk meraih sokongan mendapat undi yang sangat bernilai.

Setelah pilihanraya berakhir maka terpilihlah calon yang menang menjawat jawatan Yang Berhormat. Tetapi mengapa setelah menang YB tidak lagi mampu berjalan, berbasikal, bermotor atau berkereta ke ceruk desa dan kota bertanyakan masalah rakyat. YB hanya akan datang bila dijemput dibentang karpet merah menjadi tetamu terhormat. Ketua parti tidak lagi datang menjengah bersembang dengan Rakyat. Ada yang kata Barisan Nasional sudah lama sangat memerintah itu yang lupa daratan tapi apa kurangnya Pakatan yang baru memerintah tetapi budayanya sama.

Siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk membantu menyelesaikan masalah Rakyat?

21 Comments

  1. Adalah orang bistari pandai panggil mereka yang berhormat, dulu terkenal dengan panggilan wakil rakyat saja & they served rakyat well. Anyway banyaklah projek infra akan di Galas oleh Batu Sapi, kontraktor dan rakan tersenyum simpul.
    Curahan rasa wanLq @ ..Unseen SeaMy Profile

  2. Salam,

    tak sabar nak tggu undi batu sapi tu, sbb sblm nie batu sapi pbs yg pegang tu…ehehe batu sapi kampung saya kat sandakan sabah 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!