Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pilihanraya kecil di Malaysia ibarat pesta yang ditunggu apabila seluruh jentera pilihanraya kedua-dua pihak turun membanjiri kampung dan bandar. Berbagai janji diikrar yang untung apabila limpahan projek diberikan kepada penduduk kawasan tersebut. Kali ini giliran PRK Rompin setelah penyandangnya arwah DS Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih. Permergian arwah tanpa disangka memang memeranjatkan semua terutama dengan cara yang begitu tragis.
PRK Rompin selang beberapa hari sahaja dengan PRK Permatang Pauh cuma sebabnya berbeza. PRK Permatang Pauh diadakan kerana penyandangnya DS Anwar Ibrahim dipenjarakan setelah gagal dalam rayuan kes liwat Saiful Bahri. Keputusan PRK Pematang Pauh sudah boleh dijangka dengan kedudukan Dr. Wan Azizah sebagai penganti agak sukar digugat walaupun khabarnya nak melawat DUN Kajang pun tak sempat. Untuk PRK Rompin Barisan Nasional di wakili oleh Datuk Hasan Arifin menentang Ustaz Nazri Ahmad dari PAS.
[box type=”shadow”]Keputusan PRK Rompin
Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.091 Rompin pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini. Calonnya, Datuk Hasan Arifin yang merupakan bekas timbalan menteri besar Pahang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 8,895, meraih jumlah undi sebanyak 23,796 undi. Beliau yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menewaskan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad yang mendapat 14,901 undi.[/box]
PRK Rompin adalah gelanggang ujian kesetiaan rakyat kepada Barisan Nasional setelah GST yang diperkenalkan pada 1/4/2015 yang menjadi kritikan bukan sahaja daripada pembangkang malah NGO dan pemimpin tua Barisan Nasional termasuk Tun Dr. Mahathir. Parlimen Rompin juga jiran kepada Parlimen Pekan yang merupakan kawasan DS Najib Razak juga boleh dijadikan ujian berat kepada Perdana Menteri yang sedang diselubungi berbagai isu dari 1MDB sehingga ke majlis perkahwinan mewah anak beliau. Itu belum cerita lagi kisah isteri PM, DS Rosmah Mansur tetapi ini bukan gelanggang untuk menceritakan keburukan peribadi orang sebab takut sangat mati kita tak sempat nak memohon maaf.
Selalu sahaja keputusan pilihanraya kecil tidak bergantung kepada isu nasional, lebih kepada isu tempatan tetapi kali ini mungkin tidak. Janji Kerajaan untuk mengurangkan harga berbagai barang selepas memperkenalkan GST tidak menjadi kenyataan. Rakyat seperti membayar cukai berganda sehingga pada bulan pertama pengenalan GST hampir semua peniaga berdegil tidak mahu menurunkan harga baranag yang sepatutnya turun. Keputusan PRK Rompin pasti akan menjadi medan penentu kesetiaan rakyat kepada kepimpinan DS Najib Razak dan barisan menteri kabenit.
[box type=”shadow”]Keputusan PRK Permatang Pauh
Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi. Wan Azizah berjaya mendapat 30,316 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin memperoleh 21,475 undi, calon Bebas Salleh Isahak 367 undi, dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman 101 undi. Jumlah undi rosak ialah 843.[/box]
PRK Rompin adalah suara sebenar rakyat samada ianya sevokal dan segarang mantan PM, Tun Dr Mahathir yang menentang keras kepimpinan Najib Razak. Keputusan PRK Rompin juga memberi peluang kepada Barisan Nasional menilai semula strategi politik menjelang PRU14 untuk terus kekal mentadbir Malaysia dari jatuh ketangan pembangkang.
59 Comments
Salam…. Nampaknya kedudukan BN tidal tergugat di parlimen Rompin. Tahniah BN…
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Guna Meta Tag SEO Friendly
tahniah BN berjaya kekalkan kerusi rompin.. PR boleh cuba rebut permatang pauh pulak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli Apple Watch
buatlah keputusan yang bijak untuk diri, keluarga dan masa depan agama dan negara. perubahan pun satu kebaikan sebenarnya.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Shaklee Promo Mei 2015 Hebat Terrr
rakyat malaysia masih boleh berfikir mengikut kewarasan. inshaAllah semoga rakyat malaysia sentiasa dilindungi daripada hasad dengki.
Curahan rasa nazra @ ..5 Tips Untuk Kesuburan Wanita
Sabar menanti, mudah-mudahan ada sesuatu yang dapat ditunjukkan di dalam pilihanraya ini nanti.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Benarkah Nenas Boleh Akibatkan Keguguran?
Semoga dengan keputusan bakal keluar dapat menilai parti dan kepimpinan masing-masing 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Supplement Tahan Mengantuk Tiada Dadah, Bahan Kimia & Steroid
selamat mengundi orang rompin dan orang permatang pauh.buatlah pilihan yang tepat
Curahan rasa din @ ..Anak Kucing Parsi Untuk Dijual
dengar cerita golongan belia dah susah nak undi BN gara gara GST dan isu topup. BN pasti ada cara lain utk kekalkan kerusi Rompin
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli Apple Watch
parlimen rompin susah sikit PR nak rampas. majority yang BN dapat masa PRU dulu cukup tinggi,
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli Apple Watch
ada banyak saingan dalam PKR Rompin, agak terkilan kerana ada pihak yang mengedit gambar yang betul kepada yang salah.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Mengapa Gadis Bertudung Tiada Akhlak
Tak sabar rasanya nak tahu keputusan dia..hehe..tapi setakat ni dah boleh agak dah siapa yang menang..cuma nak tengok keputusan sebenar nanti macam mana..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 39 Dari Jobdirumah
Tak Sabar nak menanti Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Rompin.. Pastinya keputusan ini memberi gambaran kepada keputusan PRU14 nanti..
Curahan rasa Anuar @ ..Fanpage Rasmi Restoran Pak Ya Nasi Pandan
selamat mengundi orang Rompin..!! Lepas ni orang Permatang Pauh pulak..
Curahan rasa KiD @ ..Durian Oh Durian
Diharap pengundi di kawasan Rompin mengundi dengan bijak bukan secara emosi. Banyak jasa yang ditinggalkan oleh arwah Tan Sri JJ. Seorang pemimpin yang menjaga kawasannya sehingga akhir hayat bukan macam di Permatang Pauh hanya untuk kepentingan peribadi.
Curahan rasa cikpin @ ..Charlotte Elizabeth Diana Puteri Baharu Britain
sekali lagi rakyat Malaysia berpeluang membuat pilihan yang terbaik untuk kehidupan seluruhnya… semoga yang terbaik buat Rompin
Curahan rasa yangbaik @ ..Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant
Comments are closed.