Dari TENANG ke MERLIMAU

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika di kampus dahulu aku adalah salah seorang pemimpin pelajar dan menang dalam pemilihan wakil pelajar seawal tahun pertama. Bermula dari saat inilah aku mula mengenal sepak terajang berpolitik. Berpolitik di kampus adalah modal kepada sistem politik negara. Setelah tamat pengajian dan bekerja aku telah ditawarkan jawatan politik tetapi menolak dengan alasan ingin fokus kepada pekerjaan. Lagi pun ketika itu majoriti parti politik diperingkat akar umbi tidak begitu mengalu-alukan ahli yang berkelulusan tinggi kerana dikhuatiri akan mengambil alih kepimpinan yang biasanya dikuasai oleh pemimpin yang bukan berkelulusan tinggi.

Walaupun aku tidak aktif berpolitik dan lebih fokus kepada bisnis tetapi aku mengikuti rapat perkembangan politik Malaysia. Secara keseluruhan pentadbiran Malaysia tidaklah seteruk Mesir sehingga rakyatnya melakukan protes besar-besaran atau Tunisia sehingga rakyatnya berjaya melakukan revolusi. Ini bukanlah bermakna tiada kelemahan kerana masih banyak lagi tambahbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memberi manafaat kepada rakyat Malaysia.

Perang Bendera Pilihanraya

Kegagalan kerajaan Barisan Nasional mendapat majoriti 2/3 dalam PRU12 merupakan rahmat besar kepada rakyat. Kerajaan tersedar dari mimpi indah dari mendewakan pemimpin politik sekarang rakyat lebih diutamakan. Pada peringkat awal gabungan Pakatan kelihatan sangat semakin hampir mengambilalih Putrajaya dari kepimpinan Barisan Nasional. Pergolakan yang berlaku dalam Pakatan terutama Parti Keadilan  tanpa ada kesudahan menyebabkan majoriti rakyat atas pagar sudah semakin beralih pandang. Anggota PAS pula terus membenci dan menjauhkan diri dengan masyarakat yang tidak sehaluan dengan mereka. Secara peribadi aku tidak yakin Pakatan akan dapat mengambil alih Putrajaya pada PRU13 akibat daripada kelemahan dalaman yang tidak dapat diselesaikan.

Pilihanraya kecil yang bakal diadakan di TENANG dan MERLIMAU sudah pasti akan menjadi indikator penting dalam menentukan sokongan rakyat samada masih kepada Barisan Nasional atau kepada pembangkang, Pakatan. Dari TENANG ke MERLIMAU mungkinkah cita-cita Pakatan yang ingin menakluki Putrajaya akan berjaya. Bagi aku tiada salahnya kalau Pakatan dapat memerintah Malaysia tetapi strategi politik yang ditunjukkan oleh Pakatan dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim tidak meyakinkan aku bahawa mereka mampu menang dalam PRU13 akan datang.


Spread the love

21 Comments

  1. garapan yang baik mengenai politik. tidak nampak berat sebelah malah lebih terbuka. jenis pendapat macam inilah yang kita kehendaki.

    kalau nak mengharapkan ‘main kotor’ rasanya semuanya ada ketirisan. tetapi kita pilih yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

    yang paling penting kita kan sudah dianugerahkan akal fikiran dan mampu buat keputusan di atas kaki sendiri. lakukan pilihan dengan kebijaksanaan dan bukan mengikut perasaan dan hasutan.

    salah langkah mungkin kita mendapat lebih baik atau sebaliknya.
    Curahan rasa megat @ ..Salam Aidilfitri 2011, Merdekakah Kita!?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!