Mustajabnya doa orang musafir

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Musafir adalah perjalanan seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang lain.

Contohnya mengerjakan ibadat fardhu haji ke Mekah. Ianya boleh menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kesukaran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam beribadah sepanjang perjalanan.

Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir: “Datanglah kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan:

“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.” (HR Tirmizi, No. 3443)

Justeru, Rasulullah SAW telah mengajar para sahabat mengenai sunnah yang sangat baik untuk diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan doa kepadanya.

Terdapat juga dalam hadith yang lain doa berikut:

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”

Kebiasaannya, bermusafir akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.

Sebagai Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan kepada mereka untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah sepanjang perjalanan tersebut.

Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa. Elakkan hubungan yang buruk dengan orang lain hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.

Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

a. Doa dari orang yang dizalimi
b. Doa orang yang sedang bermusafir
c. Doa dua ibu bapa kepada anak

solat di new zealand

Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk dengan menzalimi orang lain sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita.

Bagi yang bermusafir, ambillah kesempatan waktu doa mustajab dengan perbanyakkan berdoa untuk diri dan orang lain. Moga kita mendapat pahala yang berterusan.

Bagi ibu bapa, ambillah kesempatan perbanyakkan doa yang baik untuk anak-anak. Kata-kata yang buruk kepada anak juga boleh menjadi doa buat mereka dan ia perlu dielakkan.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!