Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ekonomi dunia sekarang memang pelik. Harga minyak mentah turun mendadak dari USD100 ++ setong merosot sehingga kurang dari USD50. Arab Saudi pulak tetap berdegil tidak mahu mengurangkan pengeluaran walaupun didesak oleh banyak negara pengeluar minyak yang lain. Adakah Arab Saudi mendapat bayaran bawah meja daripada askar dajjal yang mengawal ekonomi dunia? Mungkin Arab Saudi akan mengambil pendekatan berbeza setelah kemangkatan Raja Abdullah.
Kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan pantas dengan mengubah suai bajet 2015 yang ketika dirangka menggunakan harga minyak mentah USD100 setong. Pelbagai perbelanjaan yang dirangka dalam bajet 2015 telah dipotong untuk persediaan ekonomi yang semakin teruk. Kerajaan sudah bersiap sedia untuk memotong lagi bajet 2015 sekiranya harga minyak mentah jatuh lebih banyak. Bagaimana pula persiapan kita untuk menghadapi kemerosotan ekonomi dunia?
Seperti tulisan blogger hensem Ariff Shah matlamat kewangan antara kita tidak sama. Untuk menghadap kemerosotan ekonomi dunia kita tidak boleh hanya jadi keyboard warrior menyalahkan sana dan sini kerana akhirnya yang menanggung kesusahan adalah diri kita sendiri. Sebagaimana telah Kerajaan lakukan memotong bajet 2015 maka kita pun kena lakukan sesuatu sebelum menjadi lebih teruk.
Pilihan kita ada dua samada meningkatkan pendapatan atau memotong perbelanjaan.
1. Tukar kereta sekarang kepada yang lebih rendah bayaran bulanan supaya berkurangan hutang atau mengisi kereta kita dengan produk yang boleh dijual kepada kawan-kawan untuk menambahkan pendapatan.
2. Menukar pakej broadband kepada yang paling murah untuk mengurangkan perbelanjaan atau buat bisnis online seperti buat blog, bisnis affiliate atau jaul produk online untuk menambah pendapatan. Kepada yang nak belajar cara buat duit online ada banyak cara antaranya cara menjana komisen dengan Klikjer mana tahu boleh dapat income seperti di bawah ini.
3. Lebihkan masa duduk di rumah untuk mengurangkan perbelajaan yang tidak perlu atau kita keluar buat kerja sampingan seperti buat MLM, jual insuran atau berniaga pasar malam untuk menambah pendapatan. Kita tidak boleh terlalu memilih pekerjaan sampingan yang penting boleh menjana pendapatan sampingan bukan sekadar mengembirakan hati sendiri tapi duit tak masuk.
4. Mencari rumah sewa yang lebih murah untuk mengurangkan berbelanjaan atau rumah yang ada sekarang kita isi dengan produk-produk yang kita boleh jual secara online, jual pada kawan-kawan ofis atau jual di pasar malam untuk meningkatkan pendapatan. Isteri juga boleh menambah pendapatan dari rumah seperti binis baju kurung yang boleh dijual melalui instagram dan FB.
5. Menjual saham-saham yang berada dalam posisi untung seperti sahan FGV atau saham-saham lain yang dana keuntungan boleh digunakan untuk membeli kembali saham yang sama apabila harga turun banyak.
6. Banyak memberi sehingga apabila tangan kanan memberi tangan kiri pun tak tahu. Memberi akan membuka lebih banyak pintu rezeki yang tidak disangka-sangka seperti kisah umat Nabi Musa a.s yang memberi ketika susah.
7. Kongsikan cadangan anda diruangan komen.
Sebenarnya ALLAH dalam Al Quran telah mengajar kita untuk merancang kewangan cuma kekadang kita terlepas pandang. Aku memilih untuk menambah pendapatan dan berjimat mana yang perlu untuk persediaan masa susah. Bagaimana pulak anda? Kalau masih binggung mencari peluang jom kita ngopi mana tahu ada idea yg boleh dibincangkan bersama kerana kerja yg terbaik adalah kerja berjemaah.
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. – ayat 46 – 49 Surah Yusof
154 Comments
Dari sehari ke sehari keadaan ekonomi dunia berada ditahap yang membimbangkan terutamanya di Malaysia. barang makin makin naik. Orang yang susah akan terus susah dan orang yang senang akan terus menikmati kesenangan.
tengok sama ada kita nak kawal ekonomi dunia, atau kita boleh kawal ekonomi sendiri.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..4 Kesilapan Bisnes Yang Sering Dilakukan
amat berguna kaedah ini kepada kita agar ekonomi kita sentiasa utuh. kadang kadang hidup ni seperti roda, so prepare la. fikir tentang generasi akan datang, macam mana la zaman anak anak kita nnti, masalah ekonomi dapat diselesaikan dan tiada masalah. insyallah cara ini dapat menyelamatkan masa depan negara.
Curahan rasa Farina Al-Khareid @ ..Ovari kena buang sebab Shaklee??
makin lama harga barang makin naik. lepas ni kena struggle betul2 nak kaya dgn berbisnes
dh tahu nk merosot. kene la berusaha nk dpt duit lebih. asyik nk membantah je sampai bila nk maju ye dok.
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
Kalau berbisnes pun sesuai kan untuk menambahkan pendapatan sara hidup.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Nampaknya, setiap orang perlu membuat simpanan yang bijak untuk menghadapi krisis ekonomi yang bakal berlaku.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Kita kena pandai mengukur baju pada badan sendiri. Bila ekonomi makin meruncing, kita kena cari sumber pendapatan sampingan, antaranya yang bermodal rendah seperti buat dropship, buat affiliate atau buat kerja sambilan dari rumah. Insyallah untuk orang yang rajin berusaha, Allah swt akan tunjukkan jalan.
Curahan rasa Sani Yunus @ ..7 Sebab Kenapa Anda Kena Dapatkan Fbviralism
bersiap selalu dengan merasa qanaah selalu merasa cukup akan segala nikmat Dari Nya
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kakek Ini Merangkak selama 60 tahun ke Mesjid Shalat Berjamaah Karena Cacat (Masihkan Anda malas Berjamaah di MEsjid?)
harga minyak jatuh tapi harga barang masih sama. Alasan lain pulak kata RM turut jatuh. Walau apapun, kena cari alternatif untuk tingkatkan ekonomi keluarga. kena cari peluang untuk dapatkan duit sampingan. Yang penting kerja hakiki jangan terjejas. Baru berkat
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..12 tahun berhenti merokok
Setuju dengan nombor 3..kurangkan berjalan..duduk di rumah lebih banyak penjimatan..masak pon sendiri.. 🙂
Curahan rasa faezahjalil @ ..Vita-Lea Iron Formula Untuk Kecergasan Tubuh Badan, Tambah Tenaga Segera!
duduk di rumah, sambil buat bisnes online, gunakan komputer dan broadband sebagai modal permulaan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Drama Wang Atau Cinta Dan Perspektif Kerjaya
nasib baik la hari ni banyak kemudahan, online pun bolej jana pendapatan. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Bagi keluarga mungkin harus berinvestasi sedini mungkin, bagi negara bisa dengan meningkatkan barang ekspor untuk mendongkrak devisa bagi pendapatan nasional. Salam
Curahan rasa setiawandewa @ ..Cara Meningkatkan Barang Ekspor Indonesia
Comments are closed.